Monday, March 2, 2009

Char Koey Teow

  1. Char Koey Teow atau Char Kue Teow atau juga Char Kuey Teow.

  2. Yang mana satu ejaan yang betul?

  3. Tak mengapalah. Bukan itu yang mahu dituliskan.

  4. Tapi untuk entri ini, biarlah saya gunakan Char Koey Teow (CKT). Tak perlu diperdebatkan ok. Hehe.

  5. CKT bukanlah makanan kegemaran saya. Tidak sehingga saya kembali dari latihan industri.

  6. Itupun setelah mendapat cerita dari seorang sahabat saya. Betapa sedapnya CKT. Di tempat kami belajar ini.

  7. Memang benar. Saya menjadi ketagih. Pada satu ketika, saya mengalami simtom mengidam pada nasi. Hanya kerana saya mengamalkan CKT berhari-hari secara berturut-turut.

  8. Lazatlah. Berlaukkan udang atau kerang, bersilih-silih ganti. Ditambah pula cili jeruk yang diperam berjam-jam lamanya. Slurppsss~ 

  9. Lalu bila kerap sangat berkunjung ke gerai CKT, saya menjadi kenal kepada tukang masaknya dan sebaliknya.

  10. Tukang masaknya ada dua. Sepasang suami isteri. Mereka berganti-ganti memasak atau mengambil oder.

  11. Sambil menunggu CKT siap dimasak, kami akan berbual-bual. Tentang apa-apa yang boleh diceritakan.

  12. Lama-kelamaan kami menjadi mesra. Tetapi tidaklah sampai mereka tahu nama saya. Dan saya pun tidaklah tahu nama mereka. Mereka cuma memanggil saya dengan panggilan 'adik'. Woot Woot. Terasa muda. 

  13. Setelah 2 bulan menjadi pelanggan setia, tanpa disedari, mereka mula menceritakan perjuangan mencari rezeki di tempat saya belajar ini. 

  14. Bunyinya semacam tidak adil. Saya pun rasa-rasanya sebegitu juga. Setiap bulan mereka perlu membayar Rm900. Sama seperti gerai-gerai yang lain. Bezanya mereka hanya dibenarkan menjual satu menu. 

  15. Ramai pelanggan meminta mereka masak menu lain. Malangnya mereka tidak dibenarkan. 

  16. Kalau pihak pengurusan kafe tahu, masak mereka. 

  17. Lalu suatu hari, mereka memohon kepada pihak pengurusan kafe untuk menambah menu. Char Koey Teow Ketam ke apa, saya tak ingat. Pun tidak dibenarkan. 

  18. Takkan hari-hari orang nak makan menu yang itu sahaja, bukan? 

  19. Kalau begitu, macam mana nak hidup? Tipislah survival mereka di sini. 

  20. Mungkin kalau tidak dibenarkan menambah menu, boleh dikurangkan sewa. 

  21. Kesian mereka. Kalau tempat belajar saya ini ada majlis perwakilan pelajar, mereka ada siapa ye? 

  22. Makanan berkualiti tapi tiada pembelaan sewajarnya. 

  23. Oh malangnya!