Thursday, November 20, 2008

Sally Si Penggoda Durjana

  1. Sally seorang yang menawan. Pipinya gebu. Matanya bulat. Bentuk badan persis kerengge. Rambutnya panjang lurus dan ikal mayang di hujungnya. Gaya pakaian seksi, ketat dan nipis. Bak kata orang muda zaman sekarang “See through beb!” Bodohlah lelaki mana yang tidak mahu menggoda.

  2. Di dalam kawasannya, Sally yang paling popular sekali. Pendek kata, ada sahaja rumah tangga yang berantarakan dek kerana mahukan si Sally. Malah ada yang bergaduh mahu merebut manusia pujaan. Kalau ada orang luar yang tahu cerita, mereka akan berkata “Apa ni, bergaduh kerana hal-hal sebegini!” Tapi itulah kenyataannya. Penangan Sally sangat mengujakan. Ramailah yang menjadi ‘stalker’. Asalkan dapat melihat bumbung rumah Sally yang bewarna merah itu pun sudah memadai buat mereka, lelaki-lelaki miang yang keparat tak ingat anak bini di rumah. 

  3. Yang lebih parah, kanak-kanak sekecil 10 tahun pun sudah pandai meminati Sally. Ramailah yang mencuba menjadi akil baligh lebih awal dengan menonton video-video tak senonoh. Maka ramailah di antara mereka yang kantoi dengan ibu bapa sampai disebat berbirat tubuhnya. Malah ada yang membuat permintaan “Mak, saya rasa saya sudah besar, esok sunat ok!” Kalau ditanya pada budak-budak perempuan yang baru nak naik, siapa idola mereka? Serentak mereka menjawab “Sally!” 

  4. Oleh kerana keadaan tahap sosial di kawasan itu semakin parah, komuniti kaum ibu telah mengadakan mesyuarat tergempar. Lalu berdebatlah sesama mereka, cuba menyelesaikan hal si Sally. Akhir mesyuarat, terbitlah satu konsensus bersama yang pada pandangan mereka bakal menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Semua korum bersetuju untuk melantik tok imam sebagai orang yang bertanggungjawab mengembalikan Sally ke pangkal jalan. Bagi mereka tok imam merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai di kawasan itu. Berkatalah ketua komuniti kaum ibu dengan semangat “Tok imam neutral, lagipun dia mahir benar hukum halal haram agama, tidak mungkin dia akan terpengaruh dengan Sally durjana itu!”

  5. Hal itu pun dibawa ke pengetahuan tok imam. Menggeleng-geleng kepala tok imam, tidak disangka si Sally mampu membawa pengaruh sebesar begitu. Lalu bersetujulah dirinya untuk menggalas tanggungjawab yang bukan calang-calang untuk dikendong di belakang bahu. Berjumpalah tok imam dengan Sally di satu kawasan yang terbuka agar tidak difitnah orang. Berkatalah tok imam dengan nada yang lembut dan bijaksana “Biarlah aku berterus terang dengan kamu. Ramai orang sudah berkata banyak, kamu pun dah menjadi buah mulut penduduk kawasan kita ini. Aku datang di hadapan kamu, bukan nak beri nasihat tapi maklumat yang berguna. Kalau kamu tak berubah diri kamu itu, penduduk dah buat cadangan nak halau kamu dari sini! Aku pun sudah tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang apa yang mereka hajatkan. Apa kata kamu?”

  6. Sally terdiam. Ada tanda sebak di dadanya. Ini kawasannya, tempat tinggalnya turun temurun dari dulu. Tidak pernah dia berganjak dari kawasan yang dicintainya ini walaupun ramai orang berkata Kuala Lumpur itu best. Sampai hati penduduk kawasannya mahu menghalau pergi. Berjurailah air mata Sally mengalir membasahi pipi.
     
  7. Tok imam menyambung “Berubahlah, kembalilah diri kamu seperti dahulu. Nama sudah elok, ditukar menjadi Sally.” Sally masih membatu diri. Seperti ada tanda-tanda mahu berubah pada dirinya. Ditarik nafas dalam-dalam dan berkata dengan sedikit esakan tangisan pada suaranya “Baiklah tok, demi keharmonian kawasan kita ini, saya akan berubah, saya berjanji tok.”

  8. Sebulan sudah berlalu. Sally sudah mula menampakkan perubahan. Dipakainya tudung menutup kepala. Baju-baju yang ketat dan nampak dalam dibuang jauh-jauh. Nama pun ditukar dari Sally kepada Salmah. “Baju kurung kebaya adalah fesyen aku sekarang!” kata Sally dengan teruja. Maka hebohlah penduduk kawasan itu mengatakan hal si Sally sudah bertukar imej. Oh mereka tidak memanggil Sally lagi. Salmah panggilan namanya. Walaupun nama itu sedikit kampung, biarlah kerana bagi dirinya, dia mahu menjadi diri sendiri.

  9. Berita tentang perubahan Sally sampai ke dalam pengetahuan tok imam. Banggalah dirinya. “Sudah tentu kaum ibu akan memuji-muji aku sekarang!” ada sedikit sifat riak sudah membasahi hati tok imam. Bersiaplah tok imam mahu berjumpa Salmah yang dikatakan sudah berubah. Maka dibuatlah temu janji melalui SMS untuk bertemu di warung Pak Ali. Tok imam pun berjalan sambil senyum lebar di pipi. Dia mahu memberi sedikit penghargaan kepada Salmah dengan belanja nasi goreng ayam kerana telah menaikkan reputasinya. Sampailah tok imam di warung Pak Ali. “Assalammualaikum Tok,” ucap Salmah dengan berseri-seri. 

  10. “Pang!!” sebiji pelempang dilepaskan tok imam ke arah pipi Salmah. Tak cukup dengan itu, disingkap kain pelekat supaya mudah tok imam menghayun penerajang. Senaklah perut si Salmah. “Apa salah saya tok? Apa salah saya? Wooo…” berteriaklah Salmah dengan penuh perasaan. “Aku suruh kamu berubah, tapi jadi lagi teruk kamu ye!!” jerit tok imam sambil menghala penumbuk pula ke batang hidung Salmah. Habis penuh darah berjurai membasahi baju Salmah. 

  11. Memang tok imam benar-benar hilang sabar masa itu. Ramailah orang-orang yang sedang lepak meminum kopi menahan tok imam. Menghalang pak imam dari terus membelasah Salmah yang sudah rebah ke tanah. 

  12. “Saya sudah berubah tok, saya sudah berubah, kenapa sampai begini saya diperlakukan? Apa salah dan dosa saya?” kata Salmah dengan lemah. “Tak salah kata kamu?! Aku suruh kamu berubah, kamu itu lelaki!! Nama kamu Salman anak Pak Dollah!! Yang kamu pakai baju kurung red kebaya, berlagak lagi macam perempuan siapa suruh?! Kurang ajar!!” jerit tok imam tidak dapat mengawal perasaan. 

  13. “Oh..begitu ke?” kata Salman dengan lemah terus pengsan tidak bermaya.    

Related Posts by Categories



8 comments:

simah said...

mengom la post ko amin. da la gune ayat aku mase call rumet ko smlm. 'lelaki durjana'.

datang ilham trus kau ehhhh... hahaha.

Ashraf.K said...

letak gambar beb.. awek yg ikal mayang... baru hot.. hehe

eVy-D-YaNa said...

Salman rupanya..icic~

tp bole plak dia ada body mcm kerengga...ah-ha!~

chillsberry said...

shima: durjana mmg pinjam ayat ko. sorilah bukan aku sengaja nak curi dengar korang punya conversation yang sedikit geli itu, terpaksa hehe ;p. tapi idea asal dapat masa aku ngan pingu hantar arep gi medan gopeng ;)

ashkam: aku dah letak hehe

evy: haaa jgn tak tau ;)

asotoko said...

pekena orang!! hahahahaha

fishies said...

salam..
huhu.. nie nak komen lar nie...

hmm.. sal si sally tu ker??
ish... tak patut2.. ader ker cam tuh..laki nak jadik pompuan.. aper da~

abg amin jgn jadik cam tuh eh,,
walaupun minat BSB tapi... kawal sket yer.. jadik lelaki yang gentleman tapi bukan "gentle"..

hehehehe..
okes~
adios~

anak melayu said...

hye bang~

chillsberry said...

asotoko: aku tak berniat nak perkenakan orang. hanya menyalurkan tenaga yang berlebihan ni dlm bentuk penulisan haha

kierah: a.amin membesar dgn lagu2 BSB haha..awww i like~

kord: hye adinda~