- Hari itu ramai penduduk kampung berpusu ke rumah Pak Mat. Mereka mahu tahu kisah dari Pak Mat yang hilang seminggu. Maka sesaklah rumah Pak Mat penuh dengan manusia. Khabarnya Pak Mat disorok hantu Rudy. Hantu yang cukup terkenal di kampung itu.
- “Seminggu lebih kamu hilang. Penat kami mencari. Bini kamu sudah pengsan entah berapa kali. Pelbagai cara kami ikhtiarkan. Sudahnya jumpa kamu di bawah reban ayam rumah Ali. Terbujur kaku. Kami ingat kamu sudah mati! Lega hati kami bila urat nadi kamu masih berdenyut lagi. Apa yang jadi Mat?” tanya tok ketua memulakan bicara. Pak Mat masih terbaring lemah. Mengumpul tenaga dan semangat setelah apa yang berlaku ke atas dirinya.
- “Saya ke kampung sebelah. Ada hal yang perlu saya selesaikan. Saya ingat boleh balik petang, sudahnya sampai ke tengah malam. Mahu pulang ikut jalan biasa, jauh sangat. Saya potong ikut estet getah. Kapcai saya boleh pula mati tengah jalan. Terpaksalah jalan kaki. Saya ingat cerita hantu Rudy sudah habis. Tak sangka boleh jadi begini.”
- “Berani benar kamu Mat lalu di situ tengah-tengah malam. Kamu bukan tidak tahu hantu Rudy mengganas di situ. Lagi satu, kenapa kamu ke kampung sebelah? Kamu pergi berjudi ye Mat? Tok ketua mengeraskan sedikit suara. Pantang bagi dirinya bila ada penduduk kampung suka berjudi. Berjudi merosakkan anak bangsa.
- “Hish tok ketua. Saya mana main judi tok. Malulah tok cakap macam itu depan ramai-ramai macam ini.” Pak Mat menghela nafas. Mengerut-ngerutkan dahinya. Cuba berlakon sedang sakit yang amat sangat.
- “Kamu usah nak kelentong aku. Bini kamu sudah cerita segala-galanya. Semua orang sudah tahu. Lagi satu, bila kami jumpa kamu, jubah buruk sahaja kamu pakai. Tergadai sampai baju-baju kamu sekali Mat. Motor kamu? Jangan tipulah mati tengah jalan!” Tok ketua semacam tidak peduli. Dia tahu Pak Mat masih lemah setelah hilang seminggu. Tapi dia tidak endah. Dia perlu bertegas dalam hal ini.
- “Ye la ye la, usahlah marah saya Tok. Saya sakit lagi ni. Tak kesian ke dengan saya?!” Memang saya ke kampung sebelah pergi berjudi. Saya memang nak berubah Tok. Tapi saya nak main untuk kali terakhir. Mana boleh nak berubah terus. Tapi saya kalah teruk hari itu. Mereka buli saya. Mereka ambil pakaian dengan motor saya sebagai cagaran untuk duit yang saya hutang,” Pak Mat menarik nafas panjang setelah menghurai panjang lebar. Tok Ketua hanya tersenyum sinis.
- “Sudah! Aku tak mahu kamu pergi berjudi lagi. Esok lusa bila kamu makin sihat, kita ke kampung sebelah, ambil balik motor kamu. Sekarang aku nak kamu bagitahu, apa yang jadi dekat estet getah tu!” arah Tok Ketua dengan tegas. Sebagai ketua kampung di situ, dia perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu gangguan-gangguan sebegini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.
- “Saya nampak kereta berhenti di tepi jalan. Saya pergilah. Niat di hati mahu menumpang. Saya nampaklah kelibat manusia tengah membetul tayar. Tak sangka pula hantu Rudy. Tengok macam terkial-kial. Saya pun datang membantu. Habis sahaja, si hantu Rudy mempelawa saya menumpang keretanya. Banyak cakap juga si hantu Rudy. Saya hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Lagipun kecewa kalah duit tak hilang lagi. Sampailah bila dia menjelmakan diri, saya jerit kuat-kuat. Boleh pula masa itu sudah sampai ke hujung estet. Ada gaung di situ. Terus sahaja terjunam. Lepas itu saya tidak sedar apa jadi.”
- "Eh Mat, kamu nak menipu lagi? Gaung tu dalam. Mana boleh selamat kalau dah terhempas dalam tu. Kamu cerita baik-baik sikit Mat!" Tok Ketua membentak. Panas hatinya bila orang bercerita tapi tak kena pula logiknya.
- “Laa Tok Ketua, tak nampak ke lubang di dada dan usus saya terkeluar dari perut ni!!”
- “……….”
- “Warghhhhhhhh”
- “…………..”
Thursday, November 13, 2008
Seramlah Sangat II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
haha ni citer lawak ni Amin...
aiseh..tak seram ke? sobs :(
pak mat tu pn jd hantu jgk ek? ^_^
haha bukan x seram.. tah camne aku gelak bile baca ending... huhu.
begitulah hendaknya evy..tapi abg ashkam ckp tak seram sobs :(
erm..jap,
cerita ni ada part 3 x?
mcm mana pak mat tu bole jadi hantu?
xseramm ponnnnn... ahahaha.
evy: tgklah kalau ada part3, blom terfikir lagi hehe
shima: maksud citer aku tak sampai sobs :(
Post a Comment