Tuesday, January 27, 2009

Baik ko blah la


  1. Semua orang tahu, saya tidaklah cerdik orangnya apatah lagi bijak. Dan saya rasa hampir semua pun tahu, terutamanya mereka yang sudi melawat blog saya sejak zaman slumber-jer berleluasa, yang saya ini, semasa kecilnya dimasukkan ke kelas permulihan.

  2. Masa itu saya sangat malu. Dari kumpulan A cikgu tukarkan saya ke kumpulan C. Terpaksa meninggalkan kawan-kawan rapat yang saya kenal sejak awal persekolahan. Cuma saya terasa hati sedikit dengan seorang sahabat baik saya, Mahadi namanya. Kerana saya telah direndahkan darjat, dia tidak mahu beratur dengan saya lagi. Waktu itu, semasa beratur, perlu berpasangan dan berpegangan tangan. Bila saya cuba memegang tangannya, dia melepaskan dan katanya, dia tidak mahu beratur dengan budak kumpulan C. Saya terpinga-pinga tetapi apakan daya saya. Tetapi saya sangat berterima kasih dengan Mahadi, kerana dia saya cuba berusaha bersungguh-sungguh walaupun tidak secemerlang mana.

  3. Kemudian, bila saya di sekolah menengah, masalah baru melanda saya. Bahasa Inggeris! Waktu itu saya memberontak dengan falsafah saya. Kenapa perlu orang Melayu di tanah air sendiri perlu belajar bahasa penjajah bukan? Kenapa Jepun, Perancis, Jerman dan negara-negara maju lain sangat bangga dengan bahasa mereka? Ayah saya, entah berapa banyak duit dihabiskan membeli kamus-kamus dan buku-buku, supaya kami adik-beradik lancar berbahasa Inggeris. Namun, bila saya menjengah tingkatan 4, saya cuba mengubah persepsi saya. Mungkin kerana saya dimasukkan ke set 4, kumpulan yang paling jahil sekali dalam kemahiran berbahasa Inggeris. Tetapi yang utamanya hanya kerana cikgu kelas bercerita kepada kami. Tentang kenapa kami semua ditempatkan di dalam bilik audio video sekolah sedangkan set 1, 2 dan 3 di dalam kelas. Kata cikgu, pihak pengurusan sekolah tidak mahu kami mengganggu pelajar-pelajar set lain. Mungkin persepsi mereka waktu itu, terdapat budak-budak nakal di dalam kelas kami. Biasalah, budak bodoh selalu dikaitkan dengan kenakalan. Lalu kami diasingkan. Betapa terasa hinanya saya. Tetapi saya bersyukur, kalau tidak dibuat begitu, saya tidak akan cuba berusaha untuk memahami bahasa Inggeris.

  4. Sekarang, hampir semua kawan-kawan saya tahu. Saya masih menuntut ilmu di salah sebuah universiti tempatan. Menjengah 26 tahun dan sepatutnya sudah ada 2 orang anak. Haha. Pada mulanya, saya berasa seronok untuk berada lama-lama di sini. Tetapi berubah selepas adik perempuan saya, yang usianya kurang setahun dari saya, tamat belajar sejak 2-3 tahun yang lepas dan kini sudahpun menghadiahkan 2 buah rumah untuk ibu bapa saya. Dan saya masih di sini, berseronok dalam dunia yang tidak nyata. Betapa tercabarnya saya.

  5. Alhamdu lillah, harap-harap ini adalah semester terakhir saya di sini. Semoga segalanya dipermudahkan.

  6. Sebenarnya, saya bukan hendak bercerita tentang pengalaman lalu. Saya berada dalam dilema terhadap seorang rakan saya. Apakah pilihan terbaik yang perlu saya lakukan terhadap dirinya?

  7. Kawan, kalau kau baca pos ini, biar aku berterus-terang. Ini adalah gelombang ke-dua. Gelombang pertama tak menjadi bila kau masih tidak mahu berubah. Tolonglah, jangan sampai gelombang ke-tiga. Aku masih menghormati kamu sebagai orang yang lebih tua! Masa berjalan dan masa tidak akan menolong..

  8. Bersambung.

Pos seterusnya: Baik ko blah la II

Related Posts by Categories



16 comments:

eVy-D-YaNa said...

huhu~

simah said...

kau membuat aku ingin sentiase membuke link blog kau untuk mengetahui pengakhiran cerita baik ko blah. dem. :)

syafeenamk said...

dulu masa sekolah saya bodoh english.
insyaAllah lagi 4 tahun akan dtg, saya akan jadi teacher atau lecturer english. (:

syafeenamk said...

eh2 kerek nye mahadi tu.

chillsberry said...

mahadi tak kerek. dia sahabat yg baik. dia berbual. dia menemani. dia menolong. asalkan satu gerabak. mungkin dia dah jd seseorang skrang. dia budak yg pandai. tp kita yg tak brape pandai ni kena buktikan sesuatu lah kan? we're definitely not a second class citizenship ;)

anak melayu said...

salam...

semuga segalanya dipermudahkan olehNya. Insya Allah...

btw,tq la bro 4 evrything.sy xkan lupekan jasa abg dan segala saham abg ke atas saya terutamanya dlm bidang persatuan.terima kasih...

yunyung said...

dikesempatan ini sya juge ingin berterima kasih kepada abg amin.. suatu mase dahulu kite pernah berkongsi cerita.. abg amin jugelah yg mendorong sya untuk meluahkan rasa melalui blog.. dan ia sgt2 membantu! windu pulak nak borak ngan abg sya sorang neh.. hegu.. moga dalam keadaan sejahtera hendaknya ;)

chillsberry said...

korang ni..
buat aku menangis dlm hati.
cukup cukup.

Michael said...
This comment has been removed by the author.
Michael said...

Hi

Thanks for reading my blog!

Regards, Mike

chillsberry said...

it's a great pleasure to read urs. open my mind over aviation world. keep writing ;)

angah`izza said...

tinggi nye saham ko ye min..huhu
cayala bro~ dh jd idola

chillsberry said...

angah. lama tak dengar cerita ko. hehe. dah kembali blog. nice.


dorang bkn mengidolakan aku angah. dorang just anak muda yang lebih muda dari kita 4-5 tahun and give a full respect. and i appreciate that.

fishies said...

abg amin.. serius..
ingat kan kiera sorang je
yg ader masalah.. tp tak terpk pulak org laen..

ariff ezwan said...

semacam aku tau ja entry ko ni min...aku dapat detect...kalu tak kilang aku ni..kira master alarm la..huhu..sori aku baru nak baca blog hang..tgh takdak keja kt kilang ni..huhu

chillsberry said...

kiera: masalah letak kat belakang. Tuhan letak kat depan. payah. ckp mmg la senang. tapi perlahan-lahanlah cuba. sama-sama kayh.

arif: arip. kasi wat blog la satu.