Saturday, February 28, 2009

Baik Ko Blah III

  1. Dia seorang sahabat yang baik. Sebaik sahabat-sahabat saya yang lain.

  2. Banyak jasanya kepada saya. 

  3. Tetapi jasa yang baik itu tidak boleh saya jadikan alasan untuk terus membiarkan dirinya hanyut dari matlamat kami di sini: "Kenapa saya berada di UTP?

  4. Poyo? Terpulanglah. Tetapi sudah sedekad di sini, itu sesuatu yang serius. Tindakan radikal tanpa memperdulikan akibatnya adalah opsyen yang tinggal. Percayalah. Saya tidak peduli. 

  5. Mahu seranah? Mahu kutuk? Mahu pulau? Saya tidak mampu membuat apa-apa untuk menghalangnya. Mahu pukul? Itu mungkin akan memerlukan sedikit reaksi. 

  6. Saya sudah cuba segala-gala yang mampu. Tidak perlulah diungkitkan lagi. 

  7. Saya cuma sedikit terkilan. Pengorbanan langsung tidak dihargai. 

  8. Dan saya juga rasa dipermainkan. Sifat marah saya diperbodoh-bodohkan. 'Slow Talk' macam tidak ada apa kesannya. Terus sahaja ligat dalam dunia khayalan. Mungkin ini bala atas kesilapan saya sebelum ini. 

  9. Dia sudah pun pulang ke kampung halaman. Tetapi percayalah, saya lebih suka dirinya terus berada di sini. Menyiapkan kerja-kerja akhirnya...dengan sedikit tumpuan. 

  10. Ini adalah siri akhir. Saya tidak mahu fikir lagi. Noktah. 

  11. Cukuplah. 

Pos seterusnya: 1. Char Kuey Teow | 2. Kenapa Kau Taksub Sangat Ni? | 3. Hantu. Ada Kaitan Ke Dengan Budaya? | 4. Speaking Is Not A Crime! | 5.  1999 | 6. Gila-Gila Remaja 

Related Posts by Categories



5 comments:

ariff ezwan said...

mudah2an individu itu selamat dan berjaya dalam segala urusannya...

simah said...

yeahh!! btol abg arip! :)

btw amin, tu mungkin ujian untuk melihat sejauh mane kau menghargai seorang sahabat yang alpa, yang mungkin kau perlu perbetulkan. itu baru seorang, mungkin bertiga datang kemudian.

take care dude!

yunyung said...

sya juga pingin abg itu grad dan meneruskan kehidupan realiti... moga die sadar.. amiinn...

Ashraf.K said...

saya suka amin. kuat dan tahan lasak.

chillsberry said...

ariff: mudah-mudahan.

sima: terima kasih shima ;)

yunyang: mudah-mudahan. sambil2 tu bleh jd tauladan.

ashkam: aku sentimental dowh. tahan lasak ke?