Tuesday, December 16, 2008
Shah-Era
edited: my friend say i look chubby in previous picture.
The only couple in our batch who survived until marriage. 06-12-2008. Congrats!
Monday, December 1, 2008
Latihan Industri
Ada beberapa orang adinda saya akan melanjutkan pelajaran fasa baru dalam hidup mereka. Pelajaran kali ini amat berlainan sekali rasa dan feelnya. Sudah tentu berbeza dari kehidupan akademik. Kehidupan sebagai pelajar bergelumang dengan nota, ujian, kuiz, peperiksaan akhir dan sebagainya. Kehidupan sebagai pelatih industri, anda bergelumang dengan pengalaman dan office politic yang memang berlaku di mana-mana. Kita adalah sebahagian daripada sistem itu. Jangan rasa kita bebas hanya kerana status kita sebagai pelatih. Tapi, sudah tentu! Perkara itu sangat menghiburkan.- Kepada mereka-mereka yang sudah melalui pengalaman latihan yang sangat menyeronokkan, pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Beza di antara kehidupan sebagai pelajar dan pelatih. Tidak perlulah saya senaraikan apa bezanya kerana anda semua akan melaluinya juga nanti. Cuma yang boleh dibincangkan di sini, attitude sebagai pelajar perlu diubah 100% kepada attitude pekerja yang sangat professional (ok, ayat professional itu saya tambah-tambah, sengaja mahu bikin gempak sikit). Kepala itu perlu ditune kepada "Ahhh aku bukan student lagi!" (walaupun untuk sela masa yang sekejap)
- Biasanya kalau kehidupan dalam akademik, asal mengantuk, tido sahaja di dalam kelas. Terbangun lewat pada waktu pagi tidak menjadi hal sangat. Sama ada kita memutuskan untuk tidak datang ke kelas atau menghadirkan diri juga dengan buat muka selamba bodoh. Kalau lecturer tanya, pandai-pandailah jawab. Diarrhea adalah alasan saya yang paling popular. Tapi kalau zaman internship pun masih mahu melakukan perkara yang sama, alamatnya anda bakal merasailah apa yang saya rasa dan orang-orang lain yang senasib dengan saya.
Kepentingan patuh kepada masa juga menjadi sangat kritikal. Saya melalui 2 pengalaman internship training di dalam dua zaman yang berbeza. Satu waktu diploma dan satu lagi ijazah. Oleh kerana saya sangat lemah dalam pengurusan masa, dimaki dengan bos menjadi satu rutin kepada saya. Semasa diploma, saya pernah dipanggil masuk ke dalam bilik bos kerana selalu datang lewat ke office. Satu ayat beliau yang masih terngiang-ngiang di suatu sudut penjuru gegendang telinga saya (sudah tentu terpaksa diolah mengikut acuan ingatan saya ya), "Company ni tak perlukan kamu pun. Kamu datang lewat, takde kami nak rugi juta-juta! Tapi rugi pada kamu bla bla." Sejak itu saya menjadi antara orang yang paling ekstreme datang awal (orang kata kalau dah terhantuk, terngadah bukan?). Tetapi sekali sekala kantoi juga kerana lena diulit mimpi menyeronokkan bersama gadis-gadis jelita. Mintak maaflah bos, mana boleh miss beb! (oleh kerana kelemahan itu, saya mendapat markah yang paling sedikit dibandingkan dengan 2 rakan sepelatih yang lain. Bila mana mereka mendapat 100%, hanya saya seorang mendapat 99%. Ada elemen metafora dalam permakahan itu! Apa pun saya bersyukur. Terima kasih En Hanif dan Abg Budi kerana memberi peluang.)
Masalah mengantuk semasa bekerja juga adalah salah satu penyakit saya yang paling besar. Tambah-tambah kalau suasana tempat kerja yang ekstreme sejuknya dan juga jenis kerja yang dilakukan. Kalau banyak buat kerja melibatkan fizikal kuranglah rasa mengantuknya. Tetapi kalau kena buat penyelidikan tentang sesuatu topik (atau menyiapkan dokumen, laporan dsbnya) memang sangat menyakinkan mata pasti membengkak menjerit-jerit mahu ditutup. Kadang apabila tidak tahan sangat, saya terpaksa pergi ke surau. Di sana saya akan mencari satu sudut penjuru yang strategik. Kemudiannya saya akan bersandar pada dinding sambil menggayakan gaya berzikir yang paling kusyuk. Mata tertutup rapat dan anda pasti tahu saya ke mana. Tetapi kadang-kadang kebarangkalian untuk kantoi dengan mana-mana staff agak tinggi. Pandai-pandailah. Kalau mahu tidur di dalam bilik air boleh juga. Tetapi takkan mahu diulit mimpi sambil separa sedar menghidu udara-udara di situ. Anda tahu maksud saya bukan? Lagipun, tidur di surau dipeluk malaikat, tidur di tandas alamatnya dinodai syaitan. Cewah~ Ok, saya bergurau.- Saya juga mengalami masalah gemuk yang agak parah. Metabolisma badan menjadi rendah dalam suasana office yang sejuk. Tambah-tambah breakfast dan lunch menjadi wajib. Saya tidak biasa sarapan pagi tetapi kalau telah diajak takkan mahu menolak pula. Lagipun hubungan yang baik di antara colleague dan staff terbina semasa waktu itu. Binalah networking anda dengan sebaiknya ya.
- Paling genting sekali adalah menjaga imej syarikat. Jangan sekali-kali mencemar nama baik host company anda. Saya terpaksa tekankan di sini sebab saya melakukan kesilapan sebegitu. Hari kedua saya di Petronas eLearning, saya ditangkap oleh polis bantuan KLCC. Tidak perlulah saya beritahu kesilapan saya tetapi sangat malu ok! Kalau tanggung seorang diri tidak mengapalah kerana saya sudah biasa mengalami perkara sebegitu tetapi kalau sampai orang lain pun terkena kesannya, ia sangat menjengkelkan. Saya tidak mahu sampai orang berkata "baru 2 hari di sini sudah buat kepala!" Sumpah tidak mahu buat lagi! Mintak maaf kak Dayang.
- Akhir kalam, suka saya untuk berkongsi dengan adinda-adinda ataupun mereka yang sudi membaca blog saya, pesan yang disampaikan oleh Chief Operating Officer (COO) Netbase Connect Sdn Bhd dan Account Assistant Petronas eLearning Solution Sdn Bhd yang lebih kurang berbunyi begini;
- COO: "Hanya 20% peratus apa yang kau belajar masa poli masuk dalam office! (a.k.a alam kerjaya)"
- Account assistant: "80% peratus kau akan belajar pasal organizational behavior!"
p/s:
Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~
Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~Sunday, November 23, 2008
Butterfly

- We should appreciate butterfly much.
- It taught us that before you turn into beautiful, you must be ugly.
- It's a metamorphosis process. You know that!
- Well, use the analogy and imagine this.
- Hardwork is ugly. It's messy.
- Especially when we work hard on something, but we don't gain the desired result.
- But if we keep on working, experiencing and trying and have no fear of failing.
- Someday we will be just as beautiful as the butterfly.
- Well the butterfly has made its promise. Believe it!
- So now tell me. Why the hell that people associated butterfly with female's nature?
- It's obviously universal.
- Even Muhammad Ali uses butterfly as one of his favorite lethal movement.
- And Muhammad Ali is male!
- Thank you.
Be sexy, will you?
- The meaning of sexy has been misinterpret lately.
- Sexy doesn't mean that you have to wear less cloth (or what-so-ever to the point of the sceptical meaning), it's a whole different.
- We should re-define the word so that people would see it something positively.
- So please.
- Be sexy!
Thursday, November 20, 2008
Sally Si Penggoda Durjana
Sally seorang yang menawan. Pipinya gebu. Matanya bulat. Bentuk badan persis kerengge. Rambutnya panjang lurus dan ikal mayang di hujungnya. Gaya pakaian seksi, ketat dan nipis. Bak kata orang muda zaman sekarang “See through beb!” Bodohlah lelaki mana yang tidak mahu menggoda.- Di dalam kawasannya, Sally yang paling popular sekali. Pendek kata, ada sahaja rumah tangga yang berantarakan dek kerana mahukan si Sally. Malah ada yang bergaduh mahu merebut manusia pujaan. Kalau ada orang luar yang tahu cerita, mereka akan berkata “Apa ni, bergaduh kerana hal-hal sebegini!” Tapi itulah kenyataannya. Penangan Sally sangat mengujakan. Ramailah yang menjadi ‘stalker’. Asalkan dapat melihat bumbung rumah Sally yang bewarna merah itu pun sudah memadai buat mereka, lelaki-lelaki miang yang keparat tak ingat anak bini di rumah.
- Yang lebih parah, kanak-kanak sekecil 10 tahun pun sudah pandai meminati Sally. Ramailah yang mencuba menjadi akil baligh lebih awal dengan menonton video-video tak senonoh. Maka ramailah di antara mereka yang kantoi dengan ibu bapa sampai disebat berbirat tubuhnya. Malah ada yang membuat permintaan “Mak, saya rasa saya sudah besar, esok sunat ok!” Kalau ditanya pada budak-budak perempuan yang baru nak naik, siapa idola mereka? Serentak mereka menjawab “Sally!”
- Oleh kerana keadaan tahap sosial di kawasan itu semakin parah, komuniti kaum ibu telah mengadakan mesyuarat tergempar. Lalu berdebatlah sesama mereka, cuba menyelesaikan hal si Sally. Akhir mesyuarat, terbitlah satu konsensus bersama yang pada pandangan mereka bakal menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Semua korum bersetuju untuk melantik tok imam sebagai orang yang bertanggungjawab mengembalikan Sally ke pangkal jalan. Bagi mereka tok imam merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai di kawasan itu. Berkatalah ketua komuniti kaum ibu dengan semangat “Tok imam neutral, lagipun dia mahir benar hukum halal haram agama, tidak mungkin dia akan terpengaruh dengan Sally durjana itu!”
- Hal itu pun dibawa ke pengetahuan tok imam. Menggeleng-geleng kepala tok imam, tidak disangka si Sally mampu membawa pengaruh sebesar begitu. Lalu bersetujulah dirinya untuk menggalas tanggungjawab yang bukan calang-calang untuk dikendong di belakang bahu. Berjumpalah tok imam dengan Sally di satu kawasan yang terbuka agar tidak difitnah orang. Berkatalah tok imam dengan nada yang lembut dan bijaksana “Biarlah aku berterus terang dengan kamu. Ramai orang sudah berkata banyak, kamu pun dah menjadi buah mulut penduduk kawasan kita ini. Aku datang di hadapan kamu, bukan nak beri nasihat tapi maklumat yang berguna. Kalau kamu tak berubah diri kamu itu, penduduk dah buat cadangan nak halau kamu dari sini! Aku pun sudah tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang apa yang mereka hajatkan. Apa kata kamu?”
- Sally terdiam. Ada tanda sebak di dadanya. Ini kawasannya, tempat tinggalnya turun temurun dari dulu. Tidak pernah dia berganjak dari kawasan yang dicintainya ini walaupun ramai orang berkata Kuala Lumpur itu best. Sampai hati penduduk kawasannya mahu menghalau pergi. Berjurailah air mata Sally mengalir membasahi pipi.
- Tok imam menyambung “Berubahlah, kembalilah diri kamu seperti dahulu. Nama sudah elok, ditukar menjadi Sally.” Sally masih membatu diri. Seperti ada tanda-tanda mahu berubah pada dirinya. Ditarik nafas dalam-dalam dan berkata dengan sedikit esakan tangisan pada suaranya “Baiklah tok, demi keharmonian kawasan kita ini, saya akan berubah, saya berjanji tok.”
- Sebulan sudah berlalu. Sally sudah mula menampakkan perubahan. Dipakainya tudung menutup kepala. Baju-baju yang ketat dan nampak dalam dibuang jauh-jauh. Nama pun ditukar dari Sally kepada Salmah. “Baju kurung kebaya adalah fesyen aku sekarang!” kata Sally dengan teruja. Maka hebohlah penduduk kawasan itu mengatakan hal si Sally sudah bertukar imej. Oh mereka tidak memanggil Sally lagi. Salmah panggilan namanya. Walaupun nama itu sedikit kampung, biarlah kerana bagi dirinya, dia mahu menjadi diri sendiri.
- Berita tentang perubahan Sally sampai ke dalam pengetahuan tok imam. Banggalah dirinya. “Sudah tentu kaum ibu akan memuji-muji aku sekarang!” ada sedikit sifat riak sudah membasahi hati tok imam. Bersiaplah tok imam mahu berjumpa Salmah yang dikatakan sudah berubah. Maka dibuatlah temu janji melalui SMS untuk bertemu di warung Pak Ali. Tok imam pun berjalan sambil senyum lebar di pipi. Dia mahu memberi sedikit penghargaan kepada Salmah dengan belanja nasi goreng ayam kerana telah menaikkan reputasinya. Sampailah tok imam di warung Pak Ali. “Assalammualaikum Tok,” ucap Salmah dengan berseri-seri.
- “Pang!!” sebiji pelempang dilepaskan tok imam ke arah pipi Salmah. Tak cukup dengan itu, disingkap kain pelekat supaya mudah tok imam menghayun penerajang. Senaklah perut si Salmah. “Apa salah saya tok? Apa salah saya? Wooo…” berteriaklah Salmah dengan penuh perasaan. “Aku suruh kamu berubah, tapi jadi lagi teruk kamu ye!!” jerit tok imam sambil menghala penumbuk pula ke batang hidung Salmah. Habis penuh darah berjurai membasahi baju Salmah.
- Memang tok imam benar-benar hilang sabar masa itu. Ramailah orang-orang yang sedang lepak meminum kopi menahan tok imam. Menghalang pak imam dari terus membelasah Salmah yang sudah rebah ke tanah.
- “Saya sudah berubah tok, saya sudah berubah, kenapa sampai begini saya diperlakukan? Apa salah dan dosa saya?” kata Salmah dengan lemah. “Tak salah kata kamu?! Aku suruh kamu berubah, kamu itu lelaki!! Nama kamu Salman anak Pak Dollah!! Yang kamu pakai baju kurung red kebaya, berlagak lagi macam perempuan siapa suruh?! Kurang ajar!!” jerit tok imam tidak dapat mengawal perasaan.
- “Oh..begitu ke?” kata Salman dengan lemah terus pengsan tidak bermaya.
Thursday, November 13, 2008
Seramlah Sangat II
- Hari itu ramai penduduk kampung berpusu ke rumah Pak Mat. Mereka mahu tahu kisah dari Pak Mat yang hilang seminggu. Maka sesaklah rumah Pak Mat penuh dengan manusia. Khabarnya Pak Mat disorok hantu Rudy. Hantu yang cukup terkenal di kampung itu.
- “Seminggu lebih kamu hilang. Penat kami mencari. Bini kamu sudah pengsan entah berapa kali. Pelbagai cara kami ikhtiarkan. Sudahnya jumpa kamu di bawah reban ayam rumah Ali. Terbujur kaku. Kami ingat kamu sudah mati! Lega hati kami bila urat nadi kamu masih berdenyut lagi. Apa yang jadi Mat?” tanya tok ketua memulakan bicara. Pak Mat masih terbaring lemah. Mengumpul tenaga dan semangat setelah apa yang berlaku ke atas dirinya.
- “Saya ke kampung sebelah. Ada hal yang perlu saya selesaikan. Saya ingat boleh balik petang, sudahnya sampai ke tengah malam. Mahu pulang ikut jalan biasa, jauh sangat. Saya potong ikut estet getah. Kapcai saya boleh pula mati tengah jalan. Terpaksalah jalan kaki. Saya ingat cerita hantu Rudy sudah habis. Tak sangka boleh jadi begini.”
- “Berani benar kamu Mat lalu di situ tengah-tengah malam. Kamu bukan tidak tahu hantu Rudy mengganas di situ. Lagi satu, kenapa kamu ke kampung sebelah? Kamu pergi berjudi ye Mat? Tok ketua mengeraskan sedikit suara. Pantang bagi dirinya bila ada penduduk kampung suka berjudi. Berjudi merosakkan anak bangsa.
- “Hish tok ketua. Saya mana main judi tok. Malulah tok cakap macam itu depan ramai-ramai macam ini.” Pak Mat menghela nafas. Mengerut-ngerutkan dahinya. Cuba berlakon sedang sakit yang amat sangat.
- “Kamu usah nak kelentong aku. Bini kamu sudah cerita segala-galanya. Semua orang sudah tahu. Lagi satu, bila kami jumpa kamu, jubah buruk sahaja kamu pakai. Tergadai sampai baju-baju kamu sekali Mat. Motor kamu? Jangan tipulah mati tengah jalan!” Tok ketua semacam tidak peduli. Dia tahu Pak Mat masih lemah setelah hilang seminggu. Tapi dia tidak endah. Dia perlu bertegas dalam hal ini.
- “Ye la ye la, usahlah marah saya Tok. Saya sakit lagi ni. Tak kesian ke dengan saya?!” Memang saya ke kampung sebelah pergi berjudi. Saya memang nak berubah Tok. Tapi saya nak main untuk kali terakhir. Mana boleh nak berubah terus. Tapi saya kalah teruk hari itu. Mereka buli saya. Mereka ambil pakaian dengan motor saya sebagai cagaran untuk duit yang saya hutang,” Pak Mat menarik nafas panjang setelah menghurai panjang lebar. Tok Ketua hanya tersenyum sinis.
- “Sudah! Aku tak mahu kamu pergi berjudi lagi. Esok lusa bila kamu makin sihat, kita ke kampung sebelah, ambil balik motor kamu. Sekarang aku nak kamu bagitahu, apa yang jadi dekat estet getah tu!” arah Tok Ketua dengan tegas. Sebagai ketua kampung di situ, dia perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu gangguan-gangguan sebegini mengganggu ketenteraman penduduk kampung.
- “Saya nampak kereta berhenti di tepi jalan. Saya pergilah. Niat di hati mahu menumpang. Saya nampaklah kelibat manusia tengah membetul tayar. Tak sangka pula hantu Rudy. Tengok macam terkial-kial. Saya pun datang membantu. Habis sahaja, si hantu Rudy mempelawa saya menumpang keretanya. Banyak cakap juga si hantu Rudy. Saya hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Lagipun kecewa kalah duit tak hilang lagi. Sampailah bila dia menjelmakan diri, saya jerit kuat-kuat. Boleh pula masa itu sudah sampai ke hujung estet. Ada gaung di situ. Terus sahaja terjunam. Lepas itu saya tidak sedar apa jadi.”
- "Eh Mat, kamu nak menipu lagi? Gaung tu dalam. Mana boleh selamat kalau dah terhempas dalam tu. Kamu cerita baik-baik sikit Mat!" Tok Ketua membentak. Panas hatinya bila orang bercerita tapi tak kena pula logiknya.
- “Laa Tok Ketua, tak nampak ke lubang di dada dan usus saya terkeluar dari perut ni!!”
- “……….”
- “Warghhhhhhhh”
- “…………..”
Monday, October 13, 2008
Kreatif
- OK. Mana-mana perempuan. Boleh saya minta sedikit perhatian. Sekejap je. Baca ya.
Kalau ada yang berminat pada stuff-stuff yang artful, creative & girlish ala-ala Gossip Girl tu, saya terjumpa satu blog untuk anda (nota: perkataan "anda" membuatkan blog saya semakin skema. Tapi saya sukakannya!).
- Baik. Di mana? Di sini.
- http://stuffybym.blogspot.com
- Sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bagi saya ya. Semuanya buatan sendiri. Homemade. Mahu tempah custom made pun boleh.
- Mahu lihat gambar? Biar saya curi satu sebagai preview, boleh?
- Berminat? Sila layari dan buat tempahan di sana ya.
- Nota kaki: Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam promosi ini. Cuma sokonglah Industri Kecil Sederhana D.I.Y tempatan ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)

