Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Wednesday, October 21, 2009
Peminta Simpati
Semasa saya berada di dalam semester pertengahan, sewaktu belajar di politeknik dahulu, berlaku banyak kecurian dan kehilangan barang terutamanya telefon bimbit di kalangan kami yang disimpan di dalam rumah. Malah, sahabat baik saya, yang menuntut di sebuah universiti di Pulau Pinang dan menumpang tidur di rumah saya semalaman turut kehilangan telefon bimbitnya. Kehilangan-kehilangan yang berlaku menyebabkan saya sedikit tertekan untuk menjaga barang-barang beharga saya dengan selamat. Kawan-kawan lain juga begitu. Tekanan itu memuncak bila mana kecurian berlaku dengan sangat kerap, seolah-olah tidak dapat dihentikan, malah kesan pecah masuk juga tiada. Lalu kami mula merasakan kawan-kawan rapat sendiri termasuklah mereka yang serumah punya angkara. Kami mula mencurigai di antara satu sama lain.
Macam-macam cara diusahakan untuk mencari mereka yang membuat onar. Bagi yang mempercayai bomoh, sanggup turun ke daerah yang paling dalam dan jauh. Pernah sekali saya menemani kawan saya yang kehilangan telefon bimbitnya sehingga sampai ke daerah Taiping (kalau tidak silap) kerana mahu mencari seorang bomoh 'photostat' yang popular ketika itu. Cara bomoh itu cukup mudah, menghiris cebisan-cebisan kertas (sehingga menyerupai saiz gambar berukuran passport) dan ditaburkan ke dalam mangkuk plastik yang diisi dengan air. Kemudian, bomoh itu meminta kawan saya untuk berniat di dalam hati akan hajatnya sementara dia menggenggam-genggam tangannya. Aksinya itu mengundang sedikit tarikan kepada saya kerana tangannya seolah-olah berbunyi tulang berlaga-laga dan kuat. Tidak lama kemudian, bomoh itu mengeluarkan kertas-kertas tadi tetapi kali ini dengan gambar hitam putih seorang pemuda di dalamnya. Walaupun saya skeptikal, sedikit perasaan takjub juga bermain dalam fikiran, memikirkan bagaimana kertas-kertas putih tadi bertukar menjadi gambar hitam putih di dalamnya. Namun kami agak kecewa kerana gambar itu tidak menyerupai mana-mana orang perseorangan yang kami kenal.
Suatu hari seorang kawan serumah memberitahu saya, dia mencurigai seorang kawan bernama Badak (gelaran) dan selalu bertandang ke rumah kami. Setiap kali kehadirannya, pasti ada barang yang hilang. Malah seorang sahabat yang lain pernah melihat dirinya yang cuba menarik sesuatu dari luar pintu besi rumah seorang rakan tetapi malangnya ketika itu, dia tidak merasakan apa-apa yang boleh menimbulkan syak. Bila sudah ramai menceritakan perihal Badak, kami sepakat untuk ke rumahnya beramai-ramai. Ketika itu ada tiga orang yang berada di dalam rumah Badak termasuk dirinya. Kami menceritakan niat kehadiran kami dan Badak membenarkan kami masuk ke dalam rumahnya. Beberapa orang rakan masuk bersama seorang ahli rumah (tidak silap ingatan) ke dalam bilik dan memeriksa sementara kami di ruang tamu bersembang dengan Badak dan rakan-rakan rumahnya yang sudah saya lupa namanya. Bagaimanapun sembang-sembang biasa itu bertukar menjadi tragedi bilamana seorang rakan saya bertindak melempang sehingga rebah kawan serumah Badak sementelah rakan-rakan yang memeriksa dari bilik ke bilik tidak menjumpai apa-apa.
Sehari kemudian, ketika saya lepak di rumah seorang rakan lama di Taman Cempaka, Ipoh, kawan saya yang melempang ahli rumah Badak telah dipanggil berseorangan ke satu kawasan perumahan separa siap. Dia diberitahu untuk datang bagi menyelesaikan hal semalam. Tanpa pengetahuan rakan saya itu, rupanya lebih dari berbelas buah motor telah menunggu di situ. Di sana dia dibelasah oleh mereka yang tidak puas hati kerana rakan mereka dilempang sedangkan tiada barang curi yang dijumpai. Tindakan kami hanyalah semata-mata atas keyakinan tetapi tiada bukti. Bila saya sampai di rumah, rakan saya yang dibelasah itu marah-marah. Satu rumah marah. Masing-masing mula menghubungi kawan-kawan. Saya berpatah balik ke rumah kawan di Taman Cempaka.
Malam itu kami sekali lagi bergerak ke rumah Badak beramai-ramai. Namun kali ini dalam lingkungan hampir 60 buah motor (jangkaan). Laluan ke rumah Badak yang terletak agak dalam di sebuah kampung menjadi sesak. Kiri kanan kereta saya penuh dengan motor-motor yang bergerak perlahan. Entah sesiapa kawan atas kawan yang bergerak bersama kami. Malangnya bila sampai di rumah Badak, mereka tiada di rumah. Ada seorang lelaki berambut dreadlock yang tidak saya kenali mengamuk-amuk di situ memanggil nama Badak. Akhirnya television yang boleh dicapai dengan tangan melalui tingkap rumah dipecahkan oleh lelaki tersebut. Kemudian kami beredar ke sebuah rumah yang lain. Saya rasa tidak perlulah saya ceritakan lebih lanjut apa yang berlaku. Ingatan pun makin kurang.
Beberapa hari kemudian, kami mengadakan perjumpaan di sebuah restoran mamak. Hanya ada 4 orang di antara kami dan Badak salah seorang darinya bersama seorang rakan rumahnya. Di situ kami meluahkan apa-apa yang kami tidak puas hati. Kalau tidak diselesaikan sekarang, perkara sebelumnya boleh melarat menjadi besar. Badak sayu menceritakan apa yang berlaku. Dia kata dia tak buat, dia tidak pernah mencuri barang-barang kami. Lebih menyedihkan, set televisionnya dirosakkan, terburai di atas lantai. Tambahnya, dia merasa malu bila dituduh sebegitu, mana mahu diletakkan muka di kalangan kawan-kawan politeknik yang tahu. Manakala rakan serumahnya menceritakan perihal dirinya dilempang. Sudahlah sakit pipi, maruah diri jatuh berderai.
Semena-mena terbit rasa simpati pada diri saya, malah kawan saya juga turut bersimpati. Rasa bersalah mula bersarang di dalam hati. Menuduh tanpa bukti, melakukan kekerasan fizikal dan merosakkan harta benda, kami mula merasakan kami sudah jauh bertindak dan menyimpang. Selepas berbincang berjam lamanya, kami berpelukan semasa mahu pulang. Saya minta maaf sungguh-sungguh. Tak dapat digambarkan bagaimana sayunya rasa hati ketika itu.
Tidak lama kemudian, sewaktu saya sedang tidur, lebih kurang 3 pagi waktunya, datang seorang rakan mengejutkan saya dari lena. Dia mengkhabarkan, Badak tertangkap mencuri di rumahnya. Katanya Badak ada kunci pendua dan menyelinap masuk sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur. Saya yang sedikit mamai ketika itu terus bergerak ke rumah rakan saya itu. Bila saya sampai dan masuk ke dalam sebuah bilik yang terletak di tingkat atas rumah, saya lihat lebih kurang 40 orang (jangkaan) berada di dalamnya sehingga melimpah keluar. Badak terduduk separuh baring di hujung bilik. Dia merayu agar dilepaskan dan tidak dipukul lagi. Semena-mena saya menyirap. Ingatan bagaimana saya memeluk dirinya dan meminta maaf datang bertali arus..
Cerita ini berlaku 6-7 tahun lepas. Banyak cerita yang saya langkau kerana lupa tetapi isinya tetap sama.
Bersambung..
Wednesday, October 7, 2009
Pangkat: Pertengahan
Saya pernah menulis di sini tentang saya mempunyai 3 orang anak angkat. Sebenarnya mereka bukanlah benar-benar anak angkat saya. 3 orang itu menyertai program yang dinamakan "Program Anak Angkat" (maaf, nama sebenar program saya tidak boleh dedahkan) di tempat saya bekerja. Sebulan mereka akan membayar sejumlah yuran dan saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka. Antara rutin harian ialah menghantar dan mengambil mereka dari sekolah, kelas persedian (prep) pada waktu petang, tutorial pada waktu malam dan jika mereka sakit, menghantar mereka ke klinik. Pada awalnya saya menerima tugas tersebut dengan rela hati, namun lama-lama kemudian saya mendapati, kehidupan saya hanya tertumpu pada mereka, dari awal pagi sehinggalah mereka masuk tidur.
Menjadi kelaziman fitrah saya yang masih muda, tidak dapat dinafikan saya sedikit tertekan ketika itu dan kadang-kala jika saya memarahi mereka, sedikit dipengaruhi oleh rasa tidak ikhlas dan tidak redha dalam tugasan saya.
Bersambung..
Thursday, September 10, 2009
Pangkat: Permulaan
Semasa saya di sekolah menengah, saya mengikuti ayah ke tempat dia mencari rezeki, di sebuah sekolah. Ayah sudah lama berhenti (tanpa pencen) dengan kerajaan sebagai pengamal undang-undang. Ayah meninggalkan kerja tetap dan selesa dengan pangkat tinggi serta gaji lebih 6000 sebulan. Dia mahu buat perkara yang dia minat lakukan, memperjuangkan perkara yang dia percaya ke dalam masyarakat setempat. Dia banyak menulis, berceramah dan juga mengajar. Berbelas buku karangan ayah telah berjaya diterbitkan untuk membantu perjuangan dia.
Di sekolah itu, saya membantu ayah menjaga buku semasa dia sibuk berceramah. Apabila tiba masanya, saya akan menjual buku-buku itu. Kebanyakan siri ceramah ayah dilakukan secara percuma. Hasil jualan buku-buku karangan ayah digunakan untuk menampung kos operasi dan sedikit tampungan untuk meneruskan kehidupan kami sekeluarga.
Selesai berceramah, ayah didatangi seorang pesara polis. Mereka bersembang-sembang. Perbualan itu berlanjutan sehingga ke kantin sekolah. Ketika itu, tugas saya sudah selesai. Saya duduk semeja dengan mereka, mengisi perut yang lapar. Oleh kerana hampir dengan mereka, mahu atau tidak mahu, saya mendengar apa yang dibualkan ayah dengan pesara polis itu, saya kira umurnya mungkin dalam lingkungan 60an.
Saya mendengar dirinya memanggil ayah dengan panggilan Tuan. Entah beberapa kali ayah memohon dengan cara baik agar tidak memanggilnya begitu. Ayah pun sudah lama berhenti kerja kerajaan. Tapi, tetap dipanggilnya juga. Saya melihat ayah terlalu muda jika dibandingkan dengan dia.
Dengan pantas, saya membina persepsi di situ. Betapa pegawai dalam sesuatu organisasi dilatih untuk menghormati dan mengikut arahan pemimpin atasan mereka. Sikap itu terbawa-bawa walaupun mereka telah bersara. Saya fikir, jika sikap setia itu jatuh ke tangan pemimpin yang salah, korup dan suka memanipulasi orang lain untuk kepentingan sendiri, mungkin akan jadi penyalahgunaan kuasa yang dasyat dan boleh menghancurkan keseluruhan struktur organisasi. Saya juga fikir, kalau ketua bersikap angkuh dan hanya baik dengan orang yang lebih atas dari mereka, pengikut akan lari. Mungkin pembodek sahaja yang akan tinggal.
Saya juga menimbangkan, jika mempunyai pengikut yang tidak tahu mengikut arahan dan kurang ajar dengan pemimpin, bagaimana kerja mahu jalan? Mungkin perkembangan kemajuan menjadi terbantut. Saya melihat para rakyat yang tidak tahu menghormati pemimpin ataupun bekas pemimpin mereka seperti sangat membahayakan. Seperti yang berlaku hari ini. Generasi muda yang mengutuk Tun Dr. Mahathir itu dan ini, memberi nama yang tidak elok dan lain-lain (sebagai contoh). Ahhh..macamlah mereka pandai dan bijak sangat. Kalau tidak suka, berlalu sahajalah ke tempat lain. Seperti saya. Hehe.
Seperti golongan pengikut yang selalu diberi kursus, mungkin, golongan pemimpin juga perlu diberi kursus latihan dan ilmu yang berterusan, terutamanya dalam penyalahgunaan kuasa.
Mungkin saya perlu berhati-hati memilih siapa pemimpin saya. Pemimpin kencing berdiri, pengikut kencing berlari. Tunggulah pilihanraya nanti!
Saturday, August 29, 2009
Mistik: Permulaan
Dua atau tiga bulan lepas, lebih kurang, saya dan beberapa orang anak angkat saya, Jay, Helmi dan Faiz bersiap-siap untuk keluar makan. Kereta diletakkan bersebelahan dan di hadapan restoren Kak Adik, tempat saya bekerja sepenuh masa. Saya sudah pun berada di dalam kereta apabila tiba-tiba, saya diberitahu oleh Helmi, Jay terpijak botol air mineral yang dipenuhi air kencing. Busuk. Saya pun pergi melihatnya.

Saya menyuruh Jay membersihkan kaki sementara saya memeriksa botol yang diletakkan betul-betul di hadapan restoren. Ada sejenis air kekuningan yang berada di dalamnya. Saya melihat sebentar dan terus berlalu. Kalau benar air kumbahan, tidak sangguplah saya menatapinya lama-lama. Mahu pergi makan selepas ini. Cuma dalam sejenak, saya terfikir, siapa yang buang air kecil di dalam botol? Pemabuk? Mungkin. Kawasan ini banyak pub.
Tidak lama kemudian, tuan kedai tempat saya bekerja mendapat rungutan dari sahabat-sahabat masjidnya. "Nape kedai kau ni tutup memanjang?"
Pelik. Saya bekerja hari-hari. Tidak pernah sekali saya tutup hingga sampai waktu. Cuma, saya perasan, jumlah pelanggan dan pulangan sehari-hari makin berkurangan. Lalu, satu hari itu, kami buat perjumpaan sesama kami. Ya, saya fikir, mungkin kami perlu meningkatkan kualiti servis. Namun, terkeluar cadangan yang saya tidak pernah fikirkannya. Cadangan dari tukang masak. Kata dia, kedai tempat kami bekerja ini tidak ada pendinding. Sejak hari pertama dia masuk bekerja lagi, dia mempunyai perasaan yang bukan-bukan tentang kedai ini. Dia meminta tuan kedai untuk berikhtiar, berjumpa mana-mana bomoh. Tambahnya lagi, dia berfirasat, ada hantu sialan yang sedang melingkari. Kalau tidak diselesaikan, akibatnya hati pelanggan boleh dicalit rasa mahu tidak mahu masuk ke dalam untuk menjamu selera.
Saya akui, memang ada adat-adat tertentu, masyarakat tradisi orang Melayu, dalam menjalankan perniagaan makanan. Tidak perlulah saya bercerita lebih lanjut kerana saya pun tidaklah berpengetahuan sangat, cuma pada asasnya, adatnya lebih kurang persis menduduki rumah baru, ada acara membaca Yassin, ada jamuan makan-makan dan lain-lain lagi. Saya pasti, yang berniaga makan-makan pasti tahu jauh dalamnya adat itu.
Cuma, saya sedikit skeptikal kalau berikhtiar berlebihan, jumpa bomoh itu, jumpa bomoh ini. Kalau servis dan rasa makan itu sangat berkualiti, tidak mengapa juga.
Lepas itu, saya cerita pada tuan punya kedai, perihal botol mineral yang diisi air kencing dan diletakkan di hadapan kedai. Kami sama-sama menjadi pelik. Tidak lama kemudian, tuan kedai bercerita kembali kepada saya. Perihal air botol kencing itu, dikhabarkan pada seorang lelaki yang terkenal dan diakui kebolehannya dalam perkara-perkara menentang serangan tahyul dan khurafat. Diterangkan, air kuning itu bukan air kencing seperti disangkakan awal-awal tetapi sebenarnya air mayat. Tambahnya, air jenis itu memang selalu digunakan dalam perniagaan makan-makan. Saya tidak tahu, mahu percaya atau tidak tetapi peliklah bila orang meletakkan air pelik di hadapan restoren.
Beberapa hari lamanya, saya bawa berita itu ke dalam pengetahuan emak. Waktu itu, saya menemani emak ke rumah baru kami, rumah kedua yang dibeli oleh adik perempuan saya dengan hasil pinjaman bank. Emak mahu menempah kabinet dapur dan seorang lelaki Cina datang mengukur spesifikasi ruang yang ada.
Saya bersembang dengan emak sehingga sampai topik air mayat. Tiba-tiba lelaki cina yang sedang mengukur, menyampuk perbualan kami, "biasalah Melayu, dengki tak habis-habis, macam mana nak maju?"
Saya yang mendengarnya merasa panas hati. Berani benar bangsa lain mengata bangsa Melayu itu bangsa dengki-dengki. Saya hanya tersenyum dalam keadaan mendidih. Bila kerja mengukur sudah selesai, kami pun pulang. Saya bertanya kepada ibu tentang lelaki Cina tadi, rupa-rupanya dia berbangsa Melayu campuran. Bapanya berbangsa Cina. Patutlah.
Persoalannya sekarang, benarkah bangsa Melayu itu bangsa yang jelik, suka dengki itu dan ini, benarkah? Dipuji dan dimuliakan pula bangsa lain, suka tolong-menolong di antara satu sama lain.
Yang mengata itu Melayu. Ahhh..meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.

Proses Menaik Taraf
Pos seterusnya: Benar atau tidak bangsa Melayu itu dengki-dengki?
Pos seterusnya: Mistik - Pertengahan
Saturday, August 22, 2009
Budaya juga kadang-kadang boleh mengelirukan
Semasa saya masih seorang pelajar di Bandar Sri Iskandar, saya terlihat peristiwa yang menjelikkan. Waktu itu, saya baru selesai meletakkan motor di tempatnya. Keadaan agak gelap dan samar-samar. Saya berjalan menerusi laluan yang disediakan.
Entah bagaimana, mata saya bingkas menyedari dua orang pelajar asing, sedang berjalan bertentangan. Mereka sedang menuju ke arah saya. Mulanya, saya tidak merasakan apa-apa. Namun, sebaik sahaja hampir kepada mereka, pantas saya menyedari mereka sedang berpegangan tangan. Mesra, intim dan menggelikan.
"Gay! Agak-agak la nak show off love affection depan public pun!" Dengus saya di dalam hati.
Saya berlalu pergi membiarkan sahaja mereka. Malaslah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang. Dua ke tiga semester kemudian, sewaktu saya di tahun dan semester terakhir, saya mengambil kursus wajib, Professional Communication Skills. Tenaga pengajarnya, seorang yang bertaraf Doktor PhD, menceritakan pengalaman sewaktu dia melawat Pakistan, beberapa tahun lalu.
Lebih kurangnya begini mengikut apa yang saya faham. Budaya orang-orang di Pakistan sangat unik. Salah satunya ialah hubungan sesama sahabat. Jika mereka keluar berjalan-jalan, mereka akan saling berpimpin tangan. Memegang tangan sahabat adalah cara untuk menunjukkan betapa akrabnya mereka. Cuba bayangkan kalau kita buat begitu di Malaysia.
Ahhh..baru saya teringat. Lelaki yang saya lihat berpegangan tangan, memang berbangsa Pakistan, berdasarkan pakaian dan raut wajah tipikal mereka.
Kesian, tak pasal-pasal kena sumpah.
Thursday, August 20, 2009
Perbezaan budaya dan cara hidup boleh memutuskan rasa kasih
Semasa saya kecil, kami sekeluarga tinggal di Teluk Intan, Perak. Waktu itu ayah bekerja dengan kerajaan. Jadi, kami diberi peluang tinggal di kuarters kerajaan di Jalan Maharajalela. Sekarang, rumah itu sudah tiada lagi. Pemaju robohkan dan diganti dengan bangunan komersil.
Suatu hari ayah membawa pulang seorang perempuan berbangsa India ke rumah. Umurnya mungkin setengah abad. Sejak dari itu, dia tinggal dengan kami. Dia menguruskan kami adik-beradik dan membantu ibu dalam kerja-kerja rumah.
Dia selalu melayan karenah kami, adik-beradik yang nakal. Biasalah, kanak-kanak kan? Perlahan-lahan saya mula rasa sayang kepada dirinya. Dia selalu tidur dengan kami. Suatu malam, dia tidur membelakangkan saya. Entah bagaimana saya boleh memeluknya. Walaupun memori itu terasa berbalam-balam, tetapi saya masih ingat lagi perasaan kasih saya kepada dia. Perasaan kasih seperti kasihnya kepada ibu dan opah saya.
Agak lama dia tinggal dengan kami sehinggalah pada satu hari. Kami sekeluarga menghadiri satu majlis keramaian (tak silap saya). Kami pulang agak lewat. Sampai sahaja di rumah, sebaik sahaja ayah membuka pintu, bau yang busuk menerjah ke hidung.
Kami masuk ke dalam rumah. Di atas lantai, dia terlentang, terbaring dalam keadaan tidur. Sebotol air todi berada tidak jauh darinya. Ayah menyuruh kami naik ke atas rumah. Malam itu, dia tidak tidur dengan kami. Keesokkan harinya, saya tidak lagi nampak kelibat dirinya di dalam rumah. Entah ke mana dia pergi.
Rumah kami ada dua bahagian. Bahagian pertama ialah bahagian utama, tempat kami sekeluarga berteduh. Bahagian kedua ialah untuk pembantu rumah (tidak silap ingatan). Saiznya kecil sahaja, mungkin sebesar ruang tamu rumah dan tiada bahagian ruangan di dalamnya.
Lama-lama baru saya perasan, dia tinggal di situ. Tidak lagi tinggal bersama kami. Saya hanya mampu melihat dirinya dari jauh.
Bila sudah besar-besar begini, baru saya memahami, kenapa dia diasingkan dari rumah kami.
Sunday, May 17, 2009
Sahabat
Mukadimah
- Semasa saya bersekolah di tingkatan 3, saya mengenali seorang kenalan bernama Azrul (bukan nama sebenar). Kami tidaklah terlalu rapat kerana dia seorang yang pendiam dan tidak selalu lepak bersama kami kawan-kawan yang lain.
- Kemudian bila di Tingkatan 4, saya bertukar ke sekolah teknik meninggalkan sekolah kebangsaan.
- Saya hampir melupakan tentang Azrul.
- Namun bila saya berada semester 2 di salah sebuah politeknik tertua di Malaysia, saya kembali bertemu dengan Azrul. Dia baru sahaja berada di dalam semester pertama.
- Tetapi karakter Azrul sudah sedikit banyak berubah daripada apa yang saya kenali dia beberapa tahun dahulu.
- Dia tidak lagi pendiam. Sudah mempunyai ramai kawan dan nakal seperti kami yang lain-lain.
- Beberapa semester kemudian, kenakalan kami bertambah menjadi sesuatu yang berat. Tidak perlulah saya jelaskan apa yang beratnya tetapi ia sedikit melanggar undang-undang.
- Azrul menjadi bertambah hebat lagi bila dia sudah sampai ke peringkat tokan (pembekal). Saya mula tidak sedap hati.
- Cuma agak seronok bila kawan sendiri menjadi tokan. Pengaruh besar. Tiada siapa yang berani kacau. Duit tidak pernah kering. Malah saya masuk ke kelab malam dengan percuma kerana ditanggung sepenuhnya oleh Azrul. Oleh kerana saya ada kereta pada masa itu, mudah bagi Azrul untuk ke mana-mana.
Permulaan
- Keadaan kami memang hanyut masa itu. Hampir tidak pernah masuk ke kelas. Bagaimana hendak ke kelas kalau hidup macam kelawar. Malam hidup, siang tidur.
- Saya hampir sahaja digantung dari mengambil peperiksaan akhir. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Surat sampai ke rumah. Tetapi sedikit beruntung kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.
- Bila keluar keputusan peperiksaan, gred kumulatif saya teruk. Saya mula risau. Pesan ibu bapa saya, jangan setakat sampai diploma sahaja. Tapi macam mana nak lanjutkan pelajaran kalau CGPA tidak atas 3.
- Bersama kawan-kawan seangkatan yang lain, kami berpindah rumah. Di rumah baru kami buat peraturan. Jangan sesekali sentuh benda tu lagi. Kami pun berjanji sesama sendiri. Tambahan pula ada 2 orang daripada kami tidak terbabit. Maka kami harus menghormati mereka.
- Azrul tetap seperti biasa. Dia sudah seronok menjadi tokan. Saya tidak langsung cuba menasihati dia. Biarkanlah.
- Azrul menetap dengan kawan-kawannya di rumah sewa yang lain. Aktiviti masih diteruskan seperti biasa.
- Kadang-kadang dia akan datang melepak di rumah saya. Tetapi lama-kelamaan kemudian..
Pertengahan
- Azrul bawa kembali benda-benda lama. Kalau dulu hanyalah tumbuhan, sekarang kimia.
- "Bagus untuk study", katanya. Memang benar. 3 hari 3 malam tak tidur pun tak mengapa. Segar sepanjang masa.
- Pada mulanya saya tak selesa. Perkara lama seperti mahu berulang kembali. Benarlah jangkaan saya. Jadi lagi. Tambah-tambah ada sokongan majoriti teman serumah yang seangkatan. Leburlah janji-janji lama. Saya pun mula balik. Tak seronoklah kalau timbul perasaan kita bukan sebahagian dari kawan-kawan. Peer pressure, tahu kan?
- Azrul pun semakin berani bawa benda-benda yang pelik-pelik ke dalam rumah. Penimbang, paket plastik, kertas timah dll.
- Kadang-kadang seronok. Kadang-kadang tidak seronok. Seronoknya sebab bila kita dianggap kawan kepada orang-orang seperti ini, hormat orang luar pada kita lain macam. Macam taiko besar sahaja rasanya perasaan. Yang tak seronok, perasaan risau. Kalau kena serbu macam mana? Kawan-kawan yang tak terbabit pun boleh kena.
- Tapi saya teruskan juga. Tak tahu mengapa. Seronok lebih penting, yang lain tolak tepi.
- Lama-lama kemudian, kawan-kawan serumah yang tak ada kena mengena mula mengadu. "Apa cerita janji dulu ni?"
- Bila semester 6, semester terakhir di politeknik, keadaan berubah. Teman serumah yang lain mula bertegas. Azrul pun tak datang lagi ke rumah. Kalau nak buat, pergi ke tempat dia.
Pengakhiran
- Azrul ketika itu sudah semester 5. Tinggal satu semester lagi untuk menghabiskan pengajian.
- Suatu hari, sedang saya melepak di dalam rumah bersama teman-teman serumah yang lain, berita sampai dari sms.
- Azrul kena tangkap. Dalam milikannya ada sejumlah tumbuhan larangan dan beratnya sudah cukup untuk ke tali gantung.
- Saya terkejut. Memang terkejut. Tapi itulah risiko yang kita kena menerimanya bila jadi tokan. Bila nikmatnya besar, risikonya juga pasti besar.
- Azrul memang berani, tapi perlukah kita menjadi berani dalam soal-soal yang merosakkan bangsa dan negara?
- Saya tidak pasti jika ada kawan-kawan lain yang pergi melawatnya dalam tahanan tetapi kami tidak. Nak mampus? Kalau kena soal siasat, bagaimana pula nanti kan?
- Tersebar juga khabar angin di kalangan kami, bila polis pergi kepada pentadbiran politeknik, mereka tidak mengaku Azrul pelajar di situ.
- Habis lebur pengajiannya dari awal sampai semester 5. Dua tahun setengah menjadi sia-sia. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi.
- Sekarang saya sudah pun melanjutkan pelajaran di tempat saya belajar ketika ini. Saya dapat tahu, Azrul tidaklah sampai dikenakan hukuman berat. Saya tidak tahu bagaimana. Ada khabar mengatakan, dalam milikan Azrul itu bukanlah dia seorang yang punya. Jadi pihak yang berkenaan mengarahkan Azrul untuk memberitahu nama-nama yang melabur untuk membeli. Ada yang kata umur belum cukup. Saya tidak pasti.
- Beberapa tahun kemudian, seorang sahabat baik saya mengkhabarkan, dia berjumpa dengan Azrul di suatu negeri. Katanya Azrul dibuang daerah tetapi dilanggarnya juga. Dia pergi juga keluar dari kawasan yang sepatutnya.
- Saya hanya mampu mendoakan keselamatan dan kebaikan untuk Azrul, semoga suatu hari nanti dia boleh jadi seperti dirinya dahulu.
Perlukah konklusinya?
- Kalaulah saya tidak takut..
Thursday, May 14, 2009
Diri Sendiri
- Maaflah. Ikut perancangannya, saya mahu menulis tentang "Kenapa kau taksub sangat ni?" Ia tentang Dr. Mahathir. Pemimpin yang banyak berjasa pada negara selama 22 tahun. Tetapi saya tahan dahulu artikel tentangnya. Kata tentatif bukan? hehe.
- Kali ini saya mahu menulis tentang diri sendiri. 100 peratus diri sendiri. Bagi peluang sekejap. Memang sebelum ini, saya ada blog lain. Blog itu memang tentang diri sendiri. Tetapi ada orang kata "Kau ini mencapap lah!" Lalu saya fikir ada benarnya juga. Jadi saya pun padam. Padam dengan perasaan yang berat.
- Namun saya buat blog baru. Cuba mengubah cara menulis dan isinya juga. Saya hanya mahu menulis isu-isu penting. Yang bagi saya mustahak juga. Saya juga kadang-kadang cuba berjinak-jinak menulis cerita pendek. Yang direka-reka. Untuk menguji batas kreativiti saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bukan? Dan orang putih kata "practice makes perfect." haha.
- Saya juga sangat berharap. Saya tidak cuba-cuba menulis untuk mendatangkan kebencian kepada orang lain, ataupun memburuk-burukkan peribadi orang lain. Blog berbaur politik selalunya sebegitu. Memburukkan kerajaan mahupun pembangkang. Saling serang-menyerang. Mungkin itu strategi zaman sekarang. Tidak tahulah.
- Jadi, kalau kamu sekalian, mereka yang sudi membaca blog saya, jika tidak bersetuju dengan pandangan saya di dalam blog, ataupun terhidu unsur-unsur negatif, tegurlah. Saya memang seorang yang ego. Susah menerima pandangan orang lain. Tetapi saya akan cuba belajar untuk menerimanya dengan fikiran dan hati yang terbuka. Dan jika saya juga bersetuju dengan pendapat kalian (cewah~), mungkin saya akan mengubah isinya. Agar tidak langsung terjerumus dengan elemen-elemen tidak sihat yang menyakitkan hati orang lain yang membacanya.
- "Eleh..yang kau tulis tentang 'Baik Kau Blah' tu apa? Tak memburukkan orang lain ke?"
- Maaflah kepada mereka yang terasa. Mungkin saya menulis bercampur nafsu marah. Jadi kalau ikut nafsu, pastinya terlajak kata. Bila hawa datang, bercampur dengan nafsu bertukarlah ia menjadi emosi.
- Tetapi jauh di sudut hati saya. Saya menulis artikel itu kerana perasaan kasih kepada seorang sahabat. Sekurangnya-kurangnya tanggungjawab saya sebagai seorang teman lepaslah sedikit. Bukan kah kita saling diamanahkan untuk mengingat-ingati antara satu sama lain?
- "Kau cakap tiada siapa yang layak bagi nasihat, sekarang macam mana? Cerita macam kelinglah!"
- Benar! Saya berpegang kepada itu. Tetapi pada pandangan peribadi saya, nasihat datang dengan "Mutual Respect". Kita saling percaya-mempercayai. Kalau aku tak kenal kau ataupun kita jarang bersembang-sembang secara peribadi (rapat), ataupun ada satu-satu sebab yang menyebabkan tiada 'chemistry' antara kita, bagaimana kita mahu menerimanya dengan hati yang terbuka bukan? Kita bukan sempurna sangat untuk tabligh orang lain. Macamlah kau bagus sangat?!
- Baru-baru ini, seorang sahabat sebilik saya membunyikan ceramah-ceramah agama di dalam komputernya. Saya jarang mendengar ceramah-ceramah agama kecuali ceramah yang disampaikan oleh Guru saya. Dalam salah satu audio syarahan agama itu, diceritakan tentang gerakan Kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Cara mereka menyebarkan fahaman agama mereka ialah dengan mendapat kepercayaan terlebih dahulu. Dikisahkan ceritanya di dalam wad-wad sakit hospital. Gerakan 'missionary' ini mengambil berat keadaan pesakit. Mereka membantu keperluan-keperluan pesakit itu. Paling kurang, mendukung pesakit untuk ke tandas ataupun memandikan mereka. Lalu kerana sikap baik mereka itu, pesakit menjadi terhutang budi. Kepercayaan terbentuk. Hubungan mesra terjalin. "Mutual Respect" terbina. Selepas itu persoalannya, mustahil atau tidak untuk pesakit itu menukar fahaman agamanya? Dan penceramah itu menekankan di dalam ceramahnya "Sangat kurang pendakwah-pendakwah kita yang melakukan cara sebegitu sedangkan gerakan dan kaedah "missionary" itu mengikut nilai-nilai murni yang dianjurkan Islam. Mungkin hal ini boleh dipersoalkan. Tetapi lihatlah berapa ramai yang murtad? Belum termasuk lagi yang kafir dalam hati. (Semoga Tuhan menyelamatkan kita semua dari bahaya hilangnya iman)
- "Jadi sekarang apa hak kau untuk nasihatkan dia? Tulis dalam blog pulak tu! Kau ni memecah-belahkan orang la, rosak bangsa macam ni!"
- "Kau pun dua kali lima jugak! Main dota sampai cirit. Kena buang pengajian dua kali. Apa hak kau nak bagi nasihat?"
- Sekali lagi saya memohon maaf. Sangat-sangat mengharapkan kemaafan.
- Dan saya juga langsung tidak terniat sebelum itu untuk memanjangkan sampai ke blog.
- Saya benar-benar marah pada waktu itu. Tidak pernah saya memandang dirinya seperti saya memandang ke arah musuh kecuali pada masa itu.
- Sebagai simpulannya, begini. Katakan kau ada rumah. Ada seorang teman datang menumpang. Niatnya kerana hendak menghabiskan pengajian. Satu 'paper' je pun. Sikit je lagi sebelum kau intern dan grad. Lalu tuan rumah pun mengorbankan keselesaan. Rumah kecik. 2 orang je muat. Meja study yang sekangkang kera itu pun dibahagikan dua. Satu untuk kau dan satu untuk aku. Tidak mengapalah kerana niatnya hanya satu. Supaya kau boleh habiskan paper yang satu itu. Satu je pun. Come on lah.
- Tapi kau habiskan masa dengan Dota dan CS. Mengetuk-ngetuk kuat keyboard dan mouse. Sampai kawan-kawan pun cakap "bahagianya hidup kau". Aku senyap je satu sem walaupun kadang-kadang aku cakap jugak.."Passion kau main game tu kalau diconvert passion ke study, mesti power gila laa.." Dan kau balas balik.
- "Nikmat study tak sama dengan nikmat main dota.."
- Aku cuma mampu diam. Siapa aku nak berlebih-lebih. Aku pun cirit dota jugak. Dia tu senior. Abang pula tu. Tua aku bertahun-tahun kut.
- Tetapi lama-lama aku rasa bersalah jugak. Bersalah kerana sebagai kawan, aku langsung tak buat apa-apa. Nak masuk syurga sorang-sorang, nak masuk neraka tarik orang.
- Hujung sem kita slow talk. Aku meluahkan perasaan aku. Kau pun sama. Kita saling berbincang. Aku pun declare "Next sem ko gi intern, kalau kau ada lagi kat sini, aku halau." Kau pun nampaknya paham. Sekurang-kurangnya tak main game dalam bilik aku dan menyiapkan kerja-kerja akhir. Alhamdu Lillah.
- Tapi..
- Next sem kau ada lagi! Fail lagi! Datang lepak bilik aku lagi. Tak mengapalah. Kali ini kau buatlah betul-betul. Aku takde hal kalau kau nak tumpang satu sem lagi. Sahabat mesti tolong sahabat. Kau pun banyak jasa. Aku kenang semua itu.
- Cuma sentap sikitlah kau balas dengan tuba. Kau main game lagi. Kalau sekejap-kejap takpelah jugak. Selang dengan study tu sekali. Tapi bila orang tidur kau main game, bila orang bangun kau masih game lagi. Kau ni ada tenaga jin ke apa? Hebatlah.
- Sebulan pertama boleh tahan lagi. Next month hanya aku dan engkau sahaja yang tahu apa jadinya.
- Jadi sebab sebenar aku panjangkan sampai ke blog? Sebab aku lalu blog kau. Kau burukkan nama syarikat minyak penyumbang terbesar cukai negara. Kau marah mereka bina itu dan ini, kaya gila tetapi kenapa biasiswa kau kena tarik? Kau merungut. Kau mendatangkan kebencian, salah paham dan kekeliruan kepada orang luar. Sedangkan ikut logik akal yang waras, kalau kau study, boleh ke mereka tarik balik biasiswa?
- Bila orang menghasut orang yang lain, mematuk macam ular, maaflah aku kena pertahankan. Aku bukan nak bodek-bodek syarikat minyak tu, aku bukan scolar. Aku PTPTN je. SPM tak sehebat kau. Sekolah ceruk kampung. Pusat komunis dulu kampung tu. Bahasa omputih pun aku tak pandai sampai sekarang. Best student in the state? Jangan mimpilah aku. Nak mengharap kerja dengan mereka? Haha.
- Aku tulis dalam "Baik Kau Blah III", aku tak mahu fikir lagi. Noktah. Cukuplah. Tapi aku tulis lagi. Munafik betul aku ni. Terpaksa redha je lah kalau orang cap aku sebegitu. Mungkin benar juga. Aku kena check diri aku sendiri. Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik walaupun perlahan.
- Cuma janganlah cap aku pemecah belah bangsa, walaupun tidak secara langsung, kinayah sahaja bunyinya.
- Sentap sedikitlah.
- Emosi?
- You bet it!
p/s: Lepas ni aku nak tulis pasal filem "The Pursuit of Happyness". Ditujukan khas untuk adik-adik yang merasa sentap kena suruh itu dan ini oleh abang-abang dan kakak-kakak. Mereka bukan suka-suka suruh itu dan ini untuk kepentingan peribadi, ada sebabnya. Tetapi kalau masih tak dapat menerima, terpulanglah. Jangan jadi ular cukuplah. Pantang itu!
6.22 pagi.
Kay-Ell.
Monday, March 2, 2009
Char Koey Teow
- Char Koey Teow atau Char Kue Teow atau juga Char Kuey Teow.
- Yang mana satu ejaan yang betul?
- Tak mengapalah. Bukan itu yang mahu dituliskan.
- Tapi untuk entri ini, biarlah saya gunakan Char Koey Teow (CKT). Tak perlu diperdebatkan ok. Hehe.
- CKT bukanlah makanan kegemaran saya. Tidak sehingga saya kembali dari latihan industri.
- Itupun setelah mendapat cerita dari seorang sahabat saya. Betapa sedapnya CKT. Di tempat kami belajar ini.
- Memang benar. Saya menjadi ketagih. Pada satu ketika, saya mengalami simtom mengidam pada nasi. Hanya kerana saya mengamalkan CKT berhari-hari secara berturut-turut.
- Lazatlah. Berlaukkan udang atau kerang, bersilih-silih ganti. Ditambah pula cili jeruk yang diperam berjam-jam lamanya. Slurppsss~
- Lalu bila kerap sangat berkunjung ke gerai CKT, saya menjadi kenal kepada tukang masaknya dan sebaliknya.
- Tukang masaknya ada dua. Sepasang suami isteri. Mereka berganti-ganti memasak atau mengambil oder.
- Sambil menunggu CKT siap dimasak, kami akan berbual-bual. Tentang apa-apa yang boleh diceritakan.
- Lama-kelamaan kami menjadi mesra. Tetapi tidaklah sampai mereka tahu nama saya. Dan saya pun tidaklah tahu nama mereka. Mereka cuma memanggil saya dengan panggilan 'adik'. Woot Woot. Terasa muda.
- Setelah 2 bulan menjadi pelanggan setia, tanpa disedari, mereka mula menceritakan perjuangan mencari rezeki di tempat saya belajar ini.
- Bunyinya semacam tidak adil. Saya pun rasa-rasanya sebegitu juga. Setiap bulan mereka perlu membayar Rm900. Sama seperti gerai-gerai yang lain. Bezanya mereka hanya dibenarkan menjual satu menu.
- Ramai pelanggan meminta mereka masak menu lain. Malangnya mereka tidak dibenarkan.
- Kalau pihak pengurusan kafe tahu, masak mereka.
- Lalu suatu hari, mereka memohon kepada pihak pengurusan kafe untuk menambah menu. Char Koey Teow Ketam ke apa, saya tak ingat. Pun tidak dibenarkan.
- Takkan hari-hari orang nak makan menu yang itu sahaja, bukan?
- Kalau begitu, macam mana nak hidup? Tipislah survival mereka di sini.
- Mungkin kalau tidak dibenarkan menambah menu, boleh dikurangkan sewa.
- Kesian mereka. Kalau tempat belajar saya ini ada majlis perwakilan pelajar, mereka ada siapa ye?
- Makanan berkualiti tapi tiada pembelaan sewajarnya.
- Oh malangnya!
Saturday, February 28, 2009
Baik Ko Blah III
- Dia seorang sahabat yang baik. Sebaik sahabat-sahabat saya yang lain.
- Banyak jasanya kepada saya.
- Tetapi jasa yang baik itu tidak boleh saya jadikan alasan untuk terus membiarkan dirinya hanyut dari matlamat kami di sini: "Kenapa saya berada di UTP?"
- Poyo? Terpulanglah. Tetapi sudah sedekad di sini, itu sesuatu yang serius. Tindakan radikal tanpa memperdulikan akibatnya adalah opsyen yang tinggal. Percayalah. Saya tidak peduli.
- Mahu seranah? Mahu kutuk? Mahu pulau? Saya tidak mampu membuat apa-apa untuk menghalangnya. Mahu pukul? Itu mungkin akan memerlukan sedikit reaksi.
- Saya sudah cuba segala-gala yang mampu. Tidak perlulah diungkitkan lagi.
- Saya cuma sedikit terkilan. Pengorbanan langsung tidak dihargai.
- Dan saya juga rasa dipermainkan. Sifat marah saya diperbodoh-bodohkan. 'Slow Talk' macam tidak ada apa kesannya. Terus sahaja ligat dalam dunia khayalan. Mungkin ini bala atas kesilapan saya sebelum ini.
- Dia sudah pun pulang ke kampung halaman. Tetapi percayalah, saya lebih suka dirinya terus berada di sini. Menyiapkan kerja-kerja akhirnya...dengan sedikit tumpuan.
- Ini adalah siri akhir. Saya tidak mahu fikir lagi. Noktah.
- Cukuplah.
Pos seterusnya: 1. Char Kuey Teow | 2. Kenapa Kau Taksub Sangat Ni? | 3. Hantu. Ada Kaitan Ke Dengan Budaya? | 4. Speaking Is Not A Crime! | 5. 1999 | 6. Gila-Gila Remaja
Tuesday, February 17, 2009
Baik Ko Blah La II
Salah
- Selalu kita mendengar, di akhir rangkap ucapan, pasti diungkapkan "yang baik datang dari Tuhan, yang buruk datang dari-Nya juga tetapi dibahasakan atas diri sendiri."
- Selalu juga, kita diajar, dididik dan dibasuh, "jari telunjuk yang menunding ke depan, tiga yang lain menunding balik ke diri."
- Apa-apa musibah yang berlaku terhadap diri kita, pastinya disebabkan kesalahan diri kita sendiri.
- Payah. Cakap memang la senang. Tetapi itulah realitinya.
- Sejak dari kecil lagi, saya memang suka salahkan sesuatu bila terjadi sesuatu. Kalau tidak dihalakan pada manusia, sudah tentu pada Tuhan yang maha Esa. Mengadu beb. Dia sahajalah yang sudi mendengar tanpa prejudis.
- Seronok mencari salah orang lain. Melegakan perasaan. Tetapi terlupa silap sendiri. Akhirnya, bila asyik menyalahkan orang lain, kita terlupa sesuatu. Membetulkan diri dan berusaha.
- Kadang kala, bila fikir-fikir balik, ada bagus juga menyalahkan diri walaupun sangat jelas kita rasa itu bukan salah kita. Mungkin dengan itu, kita ada kesedaran untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.
- Saya sebenarnya tertarik membaca blog salah seorang rakan kenalan saya. Situasinya lebih kurang begini. Petronas menubuhkan Universiti Teknologi Petronas. Kemudian Petronas memberi biasiswa kepada pelajar yang layak. Sudah tentu pelajar yang layak itu bukan calang-calang manusia. Sebulan RM500 (atau lebih?) sudah cukup mewah untuk mereka yang masih bergelar pelajar. Namun ada yang lupa diri dan ada yang bersyukur. Yang lupa diri itu bila mereka sudah tidak mahu belajar tetapi masih mahu berada di UTP. Tidak mengapalah. Mungkin mereka boleh berubah suatu hari nanti. Kelemahan manusia. Sesuatu yang normal dan boleh diterima. Masih, Petronas menyalurkan biasiswa kepada mereka ini. Beruntungnya. Namun bertahun-tahun kemudian, gred semakin teruk. Tidak meningkat tetapi bersifat menurun. Petronas mula mengenakan kaedah baru. Tarik balik biasiswa kecuali sekurang-kurangnya gred 2.00. Ada yang marah. Mula berkata itu dan ini. "Petronas kaya gila kut, nak stop schollar buat apa? Mana duit tu pergi? Ouh KLCC. Shit!" Kalau yang jenis baran, mula menumbuk dinding, melepaskan geram. Hampir patah jari dibuatnya. Kalau ada blog, dikarangnya perenggan untuk memburukkan Petronas. Rasional? Entahlah.
- Ada juga yang tidak marah. Mula berubah. Perlahan-lahan. Kemudian, mereka dapat biasiswa mereka kembali. Hidup kembali normal. Tidak menyusahkan mak ayah lagi. Baguslah.
- Pada yang marah itu, mula mencari punca untuk disalahkan. Normal. Perkara biasa dalam kehidupan manusia. Saya faham itu sebab saya pun begitu.
- Tetapi pantangnya bila kita menghasut orang lain. Meracuni pemikiran untuk membenci sesuatu walaupun masalah itu datang kerana salah diri.
- Situasi itu membuatkan saya terfikir. Rasional ke nak salahkan biasiswa yang sangkut bila kita yang tak mahu berusaha? Bila kita sudah berubah, gred semakin ok tetapi masih juga biasiswa sangkut, baru kita boleh dakwa kita dianiaya. Baru kita boleh kata, "dorang buat KLCC, KLIA, Sepang International F1 Circuit et cetera tapi nak bagi duit support belajar pun susah, damnit!"
Respect
- Saya sangat percaya ini. Tiada siapa yang layak bagi nasihat. Nasihat hanya layak diberi bila dipinta, ataupun dari seseorang yang sangat-sangat dihormati. Kadang kala, terasa nasihat itu hanya diberi untuk menunjukkan diri macam bagus. Tambah-tambah bila nasihat itu datang tanpa diminta. Menyampah gila ok!
- Zaman sekarang, maklumat lebih diperlukan dari nasihat. Entahlah. Mungkin saya ego. Sebenarnya, saya tak layak pun menulis ini. Siapa saya? Junior? Senior? Orang lama? Ada jawatan? Ada pangkat? Ada kredibiliti? Layak ke nak bercakap?
- Entahlah.
- Tapi saya sangat percaya ini. Bila kita berada di rumah orang, kita harus menghormati tuan punya rumah. Tidak kira tetamu itu siapa, Perdana Menteri, Agong, Sultan ataupun betapa tinggi pun darjat dia di muka bumi ini, bila kita berada di rumah orang, pandai-pandailah bawak diri.
- Bila tuan rumah kata, jangan hisap rokok di dalam rumah (sebagai contoh ye), janganlah hisap. Bila tuan rumah kata, jangan buang sampah merata-rata, jagalah kebersihan. Saya rasa tak perlu tuan rumah cakap pun, ini adalah common sense. Jangan kurang ajar di rumah orang, bukan? Respect.
- Kalau tuan rumah bagi nasihat, dia berhak walau dia tidak layak. "Eh engkau, dok umah aku nak sambung belajar kan? Hah gi lah study!" (sebagai contoh ye)
- Maaflah kalau tulisan ini semacam emo. Mana taknya. Hampir setahun aku bersabar bai.
- Bersambung.
Pos seterusnya: a. Baik Ko Blah III | b. Char Kue Teow | c. Kenapa Kau Taksub Sangat Ni?
p/s: Aku sangat benci dengan orang yang burukkan kerajaan, walaupun sekarang aku rasa tak selesa dengan kerajaan yang ada. Mungkin perlu untuk tulis ini, tentang apa yang terbuku selama ini. Sejak 1999 sampailah sekarang.
p/s2: Apa-apa komen aku terima. Nak bantai aku, bantailah. Aku hanya nyatakan pendirian. Tapi kalau personal attack, vulgar words and profanities, maaflah. Terpaksa padam. Terima Kasih.
Tuesday, January 27, 2009
Baik ko blah la

- Semua orang tahu, saya tidaklah cerdik orangnya apatah lagi bijak. Dan saya rasa hampir semua pun tahu, terutamanya mereka yang sudi melawat blog saya sejak zaman slumber-jer berleluasa, yang saya ini, semasa kecilnya dimasukkan ke kelas permulihan.
- Masa itu saya sangat malu. Dari kumpulan A cikgu tukarkan saya ke kumpulan C. Terpaksa meninggalkan kawan-kawan rapat yang saya kenal sejak awal persekolahan. Cuma saya terasa hati sedikit dengan seorang sahabat baik saya, Mahadi namanya. Kerana saya telah direndahkan darjat, dia tidak mahu beratur dengan saya lagi. Waktu itu, semasa beratur, perlu berpasangan dan berpegangan tangan. Bila saya cuba memegang tangannya, dia melepaskan dan katanya, dia tidak mahu beratur dengan budak kumpulan C. Saya terpinga-pinga tetapi apakan daya saya. Tetapi saya sangat berterima kasih dengan Mahadi, kerana dia saya cuba berusaha bersungguh-sungguh walaupun tidak secemerlang mana.
- Kemudian, bila saya di sekolah menengah, masalah baru melanda saya. Bahasa Inggeris! Waktu itu saya memberontak dengan falsafah saya. Kenapa perlu orang Melayu di tanah air sendiri perlu belajar bahasa penjajah bukan? Kenapa Jepun, Perancis, Jerman dan negara-negara maju lain sangat bangga dengan bahasa mereka? Ayah saya, entah berapa banyak duit dihabiskan membeli kamus-kamus dan buku-buku, supaya kami adik-beradik lancar berbahasa Inggeris. Namun, bila saya menjengah tingkatan 4, saya cuba mengubah persepsi saya. Mungkin kerana saya dimasukkan ke set 4, kumpulan yang paling jahil sekali dalam kemahiran berbahasa Inggeris. Tetapi yang utamanya hanya kerana cikgu kelas bercerita kepada kami. Tentang kenapa kami semua ditempatkan di dalam bilik audio video sekolah sedangkan set 1, 2 dan 3 di dalam kelas. Kata cikgu, pihak pengurusan sekolah tidak mahu kami mengganggu pelajar-pelajar set lain. Mungkin persepsi mereka waktu itu, terdapat budak-budak nakal di dalam kelas kami. Biasalah, budak bodoh selalu dikaitkan dengan kenakalan. Lalu kami diasingkan. Betapa terasa hinanya saya. Tetapi saya bersyukur, kalau tidak dibuat begitu, saya tidak akan cuba berusaha untuk memahami bahasa Inggeris.
- Sekarang, hampir semua kawan-kawan saya tahu. Saya masih menuntut ilmu di salah sebuah universiti tempatan. Menjengah 26 tahun dan sepatutnya sudah ada 2 orang anak. Haha. Pada mulanya, saya berasa seronok untuk berada lama-lama di sini. Tetapi berubah selepas adik perempuan saya, yang usianya kurang setahun dari saya, tamat belajar sejak 2-3 tahun yang lepas dan kini sudahpun menghadiahkan 2 buah rumah untuk ibu bapa saya. Dan saya masih di sini, berseronok dalam dunia yang tidak nyata. Betapa tercabarnya saya.
- Alhamdu lillah, harap-harap ini adalah semester terakhir saya di sini. Semoga segalanya dipermudahkan.
- Sebenarnya, saya bukan hendak bercerita tentang pengalaman lalu. Saya berada dalam dilema terhadap seorang rakan saya. Apakah pilihan terbaik yang perlu saya lakukan terhadap dirinya?
- Kawan, kalau kau baca pos ini, biar aku berterus-terang. Ini adalah gelombang ke-dua. Gelombang pertama tak menjadi bila kau masih tidak mahu berubah. Tolonglah, jangan sampai gelombang ke-tiga. Aku masih menghormati kamu sebagai orang yang lebih tua! Masa berjalan dan masa tidak akan menolong..
- Bersambung.
Pos seterusnya: Baik ko blah la II
Tuesday, January 20, 2009
Palestin

- Cerita Tun, nak jihad boleh, tetapi boleh menang ke?
- Orang Islam buat kesalahan besar iaitu menolak ilmu Sains dan Matematik pada abad ke-15.
- Kerana tidak tahu ilmu Sains dan Matematik, kita tidak boleh membangunkan senjata canggih sehinggakan orang Islam terpaksa bergantung kepada AS atau Rusia untuk mendapatkan senjata.
- Adakah anda fikir AS akan memberi senjata (tercanggih) kepada orang Islam untuk memerangi mereka? Kalau ada ilmu kita boleh bina senjata canggih sendiri.
- Sebelum abad ke-15, zaman kegemilangan Islam ada ilmu Sains dan Matematik sehingga mampu membina tamadun canggih malahan orang Eropah datang untuk belajar dengan orang Islam.
- Selepas abad ke-15, hanya pendidikan agama diutamakan menyebabkan umat Islam ketinggalan.
Pos seterusnya: Baik ko blah la.
Monday, December 1, 2008
Latihan Industri
Ada beberapa orang adinda saya akan melanjutkan pelajaran fasa baru dalam hidup mereka. Pelajaran kali ini amat berlainan sekali rasa dan feelnya. Sudah tentu berbeza dari kehidupan akademik. Kehidupan sebagai pelajar bergelumang dengan nota, ujian, kuiz, peperiksaan akhir dan sebagainya. Kehidupan sebagai pelatih industri, anda bergelumang dengan pengalaman dan office politic yang memang berlaku di mana-mana. Kita adalah sebahagian daripada sistem itu. Jangan rasa kita bebas hanya kerana status kita sebagai pelatih. Tapi, sudah tentu! Perkara itu sangat menghiburkan.- Kepada mereka-mereka yang sudah melalui pengalaman latihan yang sangat menyeronokkan, pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Beza di antara kehidupan sebagai pelajar dan pelatih. Tidak perlulah saya senaraikan apa bezanya kerana anda semua akan melaluinya juga nanti. Cuma yang boleh dibincangkan di sini, attitude sebagai pelajar perlu diubah 100% kepada attitude pekerja yang sangat professional (ok, ayat professional itu saya tambah-tambah, sengaja mahu bikin gempak sikit). Kepala itu perlu ditune kepada "Ahhh aku bukan student lagi!" (walaupun untuk sela masa yang sekejap)
- Biasanya kalau kehidupan dalam akademik, asal mengantuk, tido sahaja di dalam kelas. Terbangun lewat pada waktu pagi tidak menjadi hal sangat. Sama ada kita memutuskan untuk tidak datang ke kelas atau menghadirkan diri juga dengan buat muka selamba bodoh. Kalau lecturer tanya, pandai-pandailah jawab. Diarrhea adalah alasan saya yang paling popular. Tapi kalau zaman internship pun masih mahu melakukan perkara yang sama, alamatnya anda bakal merasailah apa yang saya rasa dan orang-orang lain yang senasib dengan saya.
Kepentingan patuh kepada masa juga menjadi sangat kritikal. Saya melalui 2 pengalaman internship training di dalam dua zaman yang berbeza. Satu waktu diploma dan satu lagi ijazah. Oleh kerana saya sangat lemah dalam pengurusan masa, dimaki dengan bos menjadi satu rutin kepada saya. Semasa diploma, saya pernah dipanggil masuk ke dalam bilik bos kerana selalu datang lewat ke office. Satu ayat beliau yang masih terngiang-ngiang di suatu sudut penjuru gegendang telinga saya (sudah tentu terpaksa diolah mengikut acuan ingatan saya ya), "Company ni tak perlukan kamu pun. Kamu datang lewat, takde kami nak rugi juta-juta! Tapi rugi pada kamu bla bla." Sejak itu saya menjadi antara orang yang paling ekstreme datang awal (orang kata kalau dah terhantuk, terngadah bukan?). Tetapi sekali sekala kantoi juga kerana lena diulit mimpi menyeronokkan bersama gadis-gadis jelita. Mintak maaflah bos, mana boleh miss beb! (oleh kerana kelemahan itu, saya mendapat markah yang paling sedikit dibandingkan dengan 2 rakan sepelatih yang lain. Bila mana mereka mendapat 100%, hanya saya seorang mendapat 99%. Ada elemen metafora dalam permakahan itu! Apa pun saya bersyukur. Terima kasih En Hanif dan Abg Budi kerana memberi peluang.)
Masalah mengantuk semasa bekerja juga adalah salah satu penyakit saya yang paling besar. Tambah-tambah kalau suasana tempat kerja yang ekstreme sejuknya dan juga jenis kerja yang dilakukan. Kalau banyak buat kerja melibatkan fizikal kuranglah rasa mengantuknya. Tetapi kalau kena buat penyelidikan tentang sesuatu topik (atau menyiapkan dokumen, laporan dsbnya) memang sangat menyakinkan mata pasti membengkak menjerit-jerit mahu ditutup. Kadang apabila tidak tahan sangat, saya terpaksa pergi ke surau. Di sana saya akan mencari satu sudut penjuru yang strategik. Kemudiannya saya akan bersandar pada dinding sambil menggayakan gaya berzikir yang paling kusyuk. Mata tertutup rapat dan anda pasti tahu saya ke mana. Tetapi kadang-kadang kebarangkalian untuk kantoi dengan mana-mana staff agak tinggi. Pandai-pandailah. Kalau mahu tidur di dalam bilik air boleh juga. Tetapi takkan mahu diulit mimpi sambil separa sedar menghidu udara-udara di situ. Anda tahu maksud saya bukan? Lagipun, tidur di surau dipeluk malaikat, tidur di tandas alamatnya dinodai syaitan. Cewah~ Ok, saya bergurau.- Saya juga mengalami masalah gemuk yang agak parah. Metabolisma badan menjadi rendah dalam suasana office yang sejuk. Tambah-tambah breakfast dan lunch menjadi wajib. Saya tidak biasa sarapan pagi tetapi kalau telah diajak takkan mahu menolak pula. Lagipun hubungan yang baik di antara colleague dan staff terbina semasa waktu itu. Binalah networking anda dengan sebaiknya ya.
- Paling genting sekali adalah menjaga imej syarikat. Jangan sekali-kali mencemar nama baik host company anda. Saya terpaksa tekankan di sini sebab saya melakukan kesilapan sebegitu. Hari kedua saya di Petronas eLearning, saya ditangkap oleh polis bantuan KLCC. Tidak perlulah saya beritahu kesilapan saya tetapi sangat malu ok! Kalau tanggung seorang diri tidak mengapalah kerana saya sudah biasa mengalami perkara sebegitu tetapi kalau sampai orang lain pun terkena kesannya, ia sangat menjengkelkan. Saya tidak mahu sampai orang berkata "baru 2 hari di sini sudah buat kepala!" Sumpah tidak mahu buat lagi! Mintak maaf kak Dayang.
- Akhir kalam, suka saya untuk berkongsi dengan adinda-adinda ataupun mereka yang sudi membaca blog saya, pesan yang disampaikan oleh Chief Operating Officer (COO) Netbase Connect Sdn Bhd dan Account Assistant Petronas eLearning Solution Sdn Bhd yang lebih kurang berbunyi begini;
- COO: "Hanya 20% peratus apa yang kau belajar masa poli masuk dalam office! (a.k.a alam kerjaya)"
- Account assistant: "80% peratus kau akan belajar pasal organizational behavior!"
p/s:
Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~
Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~
Subscribe to:
Posts (Atom)
