Sunday, November 23, 2008

Butterfly



  1. We should appreciate butterfly much.
  2. It taught us that before you turn into beautiful, you must be ugly.
  3. It's a metamorphosis process. You know that!
  4. Well, use the analogy and imagine this.
  5. Hardwork is ugly. It's messy.  
  6. Especially when we work hard on something, but we don't gain the desired result.
  7. But if we keep on working, experiencing and trying and have no fear of failing.
  8. Someday we will be just as beautiful as the butterfly. 
  9. Well the butterfly has made its promise. Believe it!
  10. So now tell me. Why the hell that people associated butterfly with female's nature?
  11. It's obviously universal.
  12. Even Muhammad Ali uses butterfly as one of his favorite lethal movement.
  13. And Muhammad Ali is male!
  14. Thank you.

Be sexy, will you?

  1. The meaning of sexy has been misinterpret lately.
  2. Sexy doesn't mean that you have to wear less cloth (or what-so-ever to the point of the sceptical meaning),  it's a whole different.
  3. We should re-define the word so that people would see it something positively.
  4. So please.
  5. Be sexy!

Thursday, November 20, 2008

Sally Si Penggoda Durjana

  1. Sally seorang yang menawan. Pipinya gebu. Matanya bulat. Bentuk badan persis kerengge. Rambutnya panjang lurus dan ikal mayang di hujungnya. Gaya pakaian seksi, ketat dan nipis. Bak kata orang muda zaman sekarang “See through beb!” Bodohlah lelaki mana yang tidak mahu menggoda.

  2. Di dalam kawasannya, Sally yang paling popular sekali. Pendek kata, ada sahaja rumah tangga yang berantarakan dek kerana mahukan si Sally. Malah ada yang bergaduh mahu merebut manusia pujaan. Kalau ada orang luar yang tahu cerita, mereka akan berkata “Apa ni, bergaduh kerana hal-hal sebegini!” Tapi itulah kenyataannya. Penangan Sally sangat mengujakan. Ramailah yang menjadi ‘stalker’. Asalkan dapat melihat bumbung rumah Sally yang bewarna merah itu pun sudah memadai buat mereka, lelaki-lelaki miang yang keparat tak ingat anak bini di rumah. 

  3. Yang lebih parah, kanak-kanak sekecil 10 tahun pun sudah pandai meminati Sally. Ramailah yang mencuba menjadi akil baligh lebih awal dengan menonton video-video tak senonoh. Maka ramailah di antara mereka yang kantoi dengan ibu bapa sampai disebat berbirat tubuhnya. Malah ada yang membuat permintaan “Mak, saya rasa saya sudah besar, esok sunat ok!” Kalau ditanya pada budak-budak perempuan yang baru nak naik, siapa idola mereka? Serentak mereka menjawab “Sally!” 

  4. Oleh kerana keadaan tahap sosial di kawasan itu semakin parah, komuniti kaum ibu telah mengadakan mesyuarat tergempar. Lalu berdebatlah sesama mereka, cuba menyelesaikan hal si Sally. Akhir mesyuarat, terbitlah satu konsensus bersama yang pada pandangan mereka bakal menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Semua korum bersetuju untuk melantik tok imam sebagai orang yang bertanggungjawab mengembalikan Sally ke pangkal jalan. Bagi mereka tok imam merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai di kawasan itu. Berkatalah ketua komuniti kaum ibu dengan semangat “Tok imam neutral, lagipun dia mahir benar hukum halal haram agama, tidak mungkin dia akan terpengaruh dengan Sally durjana itu!”

  5. Hal itu pun dibawa ke pengetahuan tok imam. Menggeleng-geleng kepala tok imam, tidak disangka si Sally mampu membawa pengaruh sebesar begitu. Lalu bersetujulah dirinya untuk menggalas tanggungjawab yang bukan calang-calang untuk dikendong di belakang bahu. Berjumpalah tok imam dengan Sally di satu kawasan yang terbuka agar tidak difitnah orang. Berkatalah tok imam dengan nada yang lembut dan bijaksana “Biarlah aku berterus terang dengan kamu. Ramai orang sudah berkata banyak, kamu pun dah menjadi buah mulut penduduk kawasan kita ini. Aku datang di hadapan kamu, bukan nak beri nasihat tapi maklumat yang berguna. Kalau kamu tak berubah diri kamu itu, penduduk dah buat cadangan nak halau kamu dari sini! Aku pun sudah tidak boleh buat apa-apa untuk menghalang apa yang mereka hajatkan. Apa kata kamu?”

  6. Sally terdiam. Ada tanda sebak di dadanya. Ini kawasannya, tempat tinggalnya turun temurun dari dulu. Tidak pernah dia berganjak dari kawasan yang dicintainya ini walaupun ramai orang berkata Kuala Lumpur itu best. Sampai hati penduduk kawasannya mahu menghalau pergi. Berjurailah air mata Sally mengalir membasahi pipi.
     
  7. Tok imam menyambung “Berubahlah, kembalilah diri kamu seperti dahulu. Nama sudah elok, ditukar menjadi Sally.” Sally masih membatu diri. Seperti ada tanda-tanda mahu berubah pada dirinya. Ditarik nafas dalam-dalam dan berkata dengan sedikit esakan tangisan pada suaranya “Baiklah tok, demi keharmonian kawasan kita ini, saya akan berubah, saya berjanji tok.”

  8. Sebulan sudah berlalu. Sally sudah mula menampakkan perubahan. Dipakainya tudung menutup kepala. Baju-baju yang ketat dan nampak dalam dibuang jauh-jauh. Nama pun ditukar dari Sally kepada Salmah. “Baju kurung kebaya adalah fesyen aku sekarang!” kata Sally dengan teruja. Maka hebohlah penduduk kawasan itu mengatakan hal si Sally sudah bertukar imej. Oh mereka tidak memanggil Sally lagi. Salmah panggilan namanya. Walaupun nama itu sedikit kampung, biarlah kerana bagi dirinya, dia mahu menjadi diri sendiri.

  9. Berita tentang perubahan Sally sampai ke dalam pengetahuan tok imam. Banggalah dirinya. “Sudah tentu kaum ibu akan memuji-muji aku sekarang!” ada sedikit sifat riak sudah membasahi hati tok imam. Bersiaplah tok imam mahu berjumpa Salmah yang dikatakan sudah berubah. Maka dibuatlah temu janji melalui SMS untuk bertemu di warung Pak Ali. Tok imam pun berjalan sambil senyum lebar di pipi. Dia mahu memberi sedikit penghargaan kepada Salmah dengan belanja nasi goreng ayam kerana telah menaikkan reputasinya. Sampailah tok imam di warung Pak Ali. “Assalammualaikum Tok,” ucap Salmah dengan berseri-seri. 

  10. “Pang!!” sebiji pelempang dilepaskan tok imam ke arah pipi Salmah. Tak cukup dengan itu, disingkap kain pelekat supaya mudah tok imam menghayun penerajang. Senaklah perut si Salmah. “Apa salah saya tok? Apa salah saya? Wooo…” berteriaklah Salmah dengan penuh perasaan. “Aku suruh kamu berubah, tapi jadi lagi teruk kamu ye!!” jerit tok imam sambil menghala penumbuk pula ke batang hidung Salmah. Habis penuh darah berjurai membasahi baju Salmah. 

  11. Memang tok imam benar-benar hilang sabar masa itu. Ramailah orang-orang yang sedang lepak meminum kopi menahan tok imam. Menghalang pak imam dari terus membelasah Salmah yang sudah rebah ke tanah. 

  12. “Saya sudah berubah tok, saya sudah berubah, kenapa sampai begini saya diperlakukan? Apa salah dan dosa saya?” kata Salmah dengan lemah. “Tak salah kata kamu?! Aku suruh kamu berubah, kamu itu lelaki!! Nama kamu Salman anak Pak Dollah!! Yang kamu pakai baju kurung red kebaya, berlagak lagi macam perempuan siapa suruh?! Kurang ajar!!” jerit tok imam tidak dapat mengawal perasaan. 

  13. “Oh..begitu ke?” kata Salman dengan lemah terus pengsan tidak bermaya.    

Thursday, November 13, 2008

Seramlah Sangat II

  1. Hari itu ramai penduduk kampung berpusu ke rumah Pak Mat. Mereka mahu tahu kisah dari Pak Mat yang hilang seminggu. Maka sesaklah rumah Pak Mat penuh dengan manusia. Khabarnya Pak Mat disorok hantu Rudy. Hantu yang cukup terkenal di kampung itu.

  2. “Seminggu lebih kamu hilang. Penat kami mencari. Bini kamu sudah pengsan entah berapa kali. Pelbagai cara kami ikhtiarkan. Sudahnya jumpa kamu di bawah reban ayam rumah Ali. Terbujur kaku. Kami ingat kamu sudah mati! Lega hati kami bila urat nadi kamu masih berdenyut lagi. Apa yang jadi Mat?” tanya tok ketua memulakan bicara. Pak Mat masih terbaring lemah. Mengumpul tenaga dan semangat setelah apa yang berlaku ke atas dirinya.
       

  3. “Saya ke kampung sebelah. Ada hal yang perlu saya selesaikan. Saya ingat boleh balik petang, sudahnya sampai ke tengah malam. Mahu pulang ikut jalan biasa, jauh sangat. Saya potong ikut estet getah. Kapcai saya boleh pula mati tengah jalan. Terpaksalah jalan kaki. Saya ingat cerita hantu Rudy sudah habis. Tak sangka boleh jadi begini.”

  4. “Berani benar kamu Mat lalu di situ tengah-tengah malam. Kamu bukan tidak tahu hantu Rudy mengganas di situ. Lagi satu, kenapa kamu ke kampung sebelah? Kamu pergi berjudi ye Mat? Tok ketua mengeraskan sedikit suara. Pantang bagi dirinya bila ada penduduk kampung suka berjudi. Berjudi merosakkan anak bangsa.

  5. “Hish tok ketua. Saya mana main judi tok. Malulah tok cakap macam itu depan ramai-ramai macam ini.” Pak Mat menghela nafas. Mengerut-ngerutkan dahinya. Cuba berlakon sedang sakit yang amat sangat.

  6. “Kamu usah nak kelentong aku. Bini kamu sudah cerita segala-galanya. Semua orang sudah tahu. Lagi satu, bila kami jumpa kamu, jubah buruk sahaja kamu pakai. Tergadai sampai baju-baju kamu sekali Mat. Motor kamu? Jangan tipulah mati tengah jalan!” Tok ketua semacam tidak peduli. Dia tahu Pak Mat masih lemah setelah hilang seminggu. Tapi dia tidak endah. Dia perlu bertegas dalam hal ini.

  7. “Ye la ye la, usahlah marah saya Tok. Saya sakit lagi ni. Tak kesian ke dengan saya?!”  Memang saya ke kampung sebelah pergi berjudi. Saya memang nak berubah Tok. Tapi saya nak main untuk kali terakhir. Mana boleh nak berubah terus. Tapi saya kalah teruk hari itu. Mereka buli saya. Mereka ambil pakaian dengan motor saya sebagai cagaran untuk duit yang saya hutang,” Pak Mat menarik nafas panjang setelah menghurai panjang lebar. Tok Ketua hanya tersenyum sinis. 

  8. “Sudah! Aku tak mahu kamu pergi berjudi lagi. Esok lusa bila kamu makin sihat, kita ke kampung sebelah, ambil balik motor kamu. Sekarang aku nak kamu bagitahu, apa yang jadi dekat estet getah tu!” arah Tok Ketua dengan tegas. Sebagai ketua kampung di situ, dia perlu melakukan sesuatu. Dia tidak mahu gangguan-gangguan sebegini mengganggu ketenteraman penduduk kampung. 

  9. “Saya nampak kereta berhenti di tepi jalan. Saya pergilah. Niat di hati mahu menumpang. Saya nampaklah kelibat manusia tengah membetul tayar. Tak sangka pula hantu Rudy. Tengok macam terkial-kial. Saya pun datang membantu. Habis sahaja, si hantu Rudy mempelawa saya menumpang keretanya. Banyak cakap juga si hantu Rudy. Saya hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Lagipun kecewa kalah duit tak hilang lagi. Sampailah bila dia menjelmakan diri, saya jerit kuat-kuat. Boleh pula masa itu sudah sampai ke hujung estet. Ada gaung di situ. Terus sahaja terjunam. Lepas itu saya tidak sedar apa jadi.”
     
  10. "Eh Mat, kamu nak menipu lagi? Gaung tu dalam. Mana boleh selamat kalau dah terhempas dalam tu. Kamu cerita baik-baik sikit Mat!" Tok Ketua membentak. Panas hatinya bila orang bercerita tapi tak kena pula logiknya.

  11. “Laa Tok Ketua, tak nampak ke lubang di dada dan usus saya terkeluar dari perut ni!!”

  12. “……….”

  13. “Warghhhhhhhh”

  14. “…………..”


Monday, October 13, 2008

Kreatif

  1. OK. Mana-mana perempuan. Boleh saya minta sedikit perhatian. Sekejap je. Baca ya.
  2.  Kalau ada yang berminat pada stuff-stuff yang artful, creative &  girlish ala-ala Gossip Girl tu, saya terjumpa satu blog untuk anda (nota: perkataan "anda" membuatkan blog saya semakin skema. Tapi saya sukakannya!).
  3. Baik. Di mana? Di sini. 
  4. http://stuffybym.blogspot.com
  5. Sesuatu yang menarik. Sekurang-kurangnya bagi saya ya. Semuanya buatan sendiri. Homemade. Mahu tempah custom made pun boleh.
  6. Mahu lihat gambar? Biar saya curi satu sebagai preview, boleh?
  7. Berminat? Sila layari dan buat tempahan di sana ya. 
  8. Nota kaki: Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam promosi ini. Cuma sokonglah Industri Kecil Sederhana D.I.Y tempatan ;)

Sunday, September 28, 2008

Seram lah sangat

  1. Saya pernah baca ini. Saya tidak ingat bila. Mungkin umur saya 12 atau 13 tahun. Sangat menarik! Sekurang-kurangnya untuk saya ya. Dikeluarkan dalam majalah Ujang. Penulis dan pelukisnya oleh kartunis Bawang jika tidak silap saya. Lalu saya ingin menceritakan kembali. Di sini. Saya terpaksa mengolah jalan ceritanya. Mengikut acuan ingatan saya. Saya mulakan ya.

  2.  Hari itu Rudy pulang ke kampung. Mahu berhari raya bersama keluarga tercinta. Waktu itu malam. Tepatnya tengah malam. Rudy memang tidak biasa balik semasa siang. “Panas!” katanya. Rudy balik berseorangan. Dia memang berani orangnya. Tidak kisah memandu seorang diri dalam jarak perjalanan yang jauh. Waktu malam pula. Rudy semakin hampir ke destinasi. Semena-mena Rudy merasakan keretanya tidak stabil. Rudy memberhentikan kereta, betul-betul di bahu jalan. Jalan sungguh sunyi. Gelap. Hanya ditemani cahaya bulan dan cahaya lampu kereta. Samar-samar di sekelilingnya. Ladang getah di kiri kanan. “Ahhhrgh!” bentak Rudy. Tayar sebelah belakang pemandu bocor. Pancit dan kempis. “Masa inilah dia nak buat hal!” rungut Rudy. Dia membuka but kereta. Mengeluarkan tayar simpanan. Rudy sibuk memulas spanar.

  3. Rudy tidak tahu dirinya sedang diperhatikan. Dia langsung tidak sedar. Rudy dihampiri. Pun dia tidak sedar lagi. Dalam hening malam, sesusuk lembaga berjalan perlahan-lahan ke arah Rudy. “Kus semangat pakcik! Hampir pengsan saya tadi, pheww..saya ingat apalah tadi haha, “ Rudy cuba menenangkan diri selepas terkejut besar. Agak lama juga jantungnya berdegup kencang. “Pakcik nak ke mana seorang diri tengah-tengah malam macam ni?” Rudy cuba berbual. Namun tiada jawapan. Rudy termangu. Dia melihat seorang lelaki tua berpakaian aneh, kasar dan selekeh. Badannya agak membongkok dan kedut seribu jelas kelihatan di wajahnya. Rudy mengagak pastinya lelaki tua itu dalam lingkungan 70 tahun ke atas. Bulu roma Rudy meremang. Rudy tidak pasti mengapa.

  4. Tiba-tiba sahaja lelaki tua itu mengambil spanar dari tangan Rudy. Lantas sekejap sudah tayar yang kempis ditukar ganti. Rudy kagum. Dalam umur-umur sebegitu kudratnya masih kuat. Walaupun terkejut spanar dari tangan Rudy dirampas begitu sahaja, Rudy sangat berterima kasih pada lelaki tua itu. Dia pun lelah juga hendak menukar tayar. Biasalah kononnya orang bandar. Malas menggunakan tenaga. Rudy menawarkan diri menghantar pulang, sebagai membalas jasa. Tambah-tambah malam yang gelap gelita sebegitu. Kejam membiarkan lelaki tua itu berjalan seorang diri. Tanpa mengungkapkan kata setuju atau menganggukkan kepala, pantas sahaja lelaki tua itu membuka pintu dan duduk di sebelah pemandu. Rudy merasa pelik tapi dia membiarkan sahaja.

  5. Mereka menyusuri jalan yang gelap gelita. Rudy cuba berbual. Memecahkan kesunyian. “Pakcik mahu saya hantar ke mana ya?” Tanya Rudy. Lelaki tua itu hanya mengangkat tangan kanan dan melunjurkan jari telunjuk ke hadapan. “Pakcik ni bisu ke?” ngomel Rudy di dalam hati. Rudy tidak berputus asa. Dia terus sahaja berbual. Mengharapkan lama-lama nanti pasti lelaki tua itu mengeluarkan suara.

  6. “Pakcik tak takut ke jalan sorang-sorang dalam gelap tadi?” tanya Rudy. Masih lelaki tua itu mendiamkan diri. “Pakcik tak takut hantu, makhluk halus mengganggu pakcik? Saya banyak dengar cerita kawasan tadi keras tempatnya,” celupar sahaja mulut Rudy.

  7. “Ahhh aku tak percaya! Zaman sekarang mana ada hantu, semua karut!” Lelaki tua itu membentak, mengeluarkan suara seperti yang diidam-idamkan Rudy.

  8. “Pakcik pasti? Pakcik tak pernah dengar pasal hantu Rudy? Sayalah!”

  9. "..........."

  10. “Warghhhhh!!!!”

  11. “…….......”

Thursday, September 25, 2008

Ayah

  1. Semalam, lepas sahaja saya menyiapkan laporan projek tahun akhir (aaahh sempurnanya bahasa atau skema? Ahah), saya berehat-rehat. Menenangkan kepala. Merehatkan fikiran. Rasa seperti mahu sahaja saya format otak. Menghiburkan diri dengan filem-filem yang berlambak-lambak dalam network UTP. Lalu saya pun menghidupkan DC++, sebuah program yang telah saya ikrarkan sebelumnya, “Selagi FYP aku tak habis, aku tak sentuh kau!” Tapi semuanya sama sahaja. Cerita-cerita yang telah saya layan sebelumnya. 

  2. Bosan. Nak main Warcraft, ramai gamers dalam rumah saya sudah pun bahagia berangkat pulang sempena raya. Termasuklah rakan sebilik yang dah pun selamat sampai ke Terenggganu dua hari lepas. Nak masuk Bnet, tak sampai taraf. Keputusan akhir, saya pun melayari internet. Masuk blog sendiri, nak tulis apa ini? Takder idea. Masuk blog orang, duduk diam-diam, sepuntung rokok di jemari dan baca. Dari blog ke blog saya layari sehinggalah saya sampai di sini;

  3. http://ciksunshine.blogspot.com/2008/09/thismade-me-cry.html 
  4. Dan membawa saya ke sini;
  5. http://ilisyazwani.blogspot.com/2008/09/ayah.html#links 

  6. Bacalah. Saya sangat terharu membacanya. Saya tidak kenal siapa Ili Syazwani tu. Tapi saya pasti, dia mampu membawakan jalan cerita yang baik, yang menangkap hati semua orang. Tentang ayah. Tentang pengorbanan mereka terhadap kita dan bagaimana kita memberontak bila kehendak hati tidak dipenuhi. 

  7. Lalu saya teringat ayah saya. Semua orang ada kisah masing-masing. Mungkin saya juga ada sesuatu yang ingin dicoretkan. Bagaimana hubungan kami renggang sejak saya berumur 15 tahun. Tetapi dia tidak pernah gagal untuk menyara kehidupan saya. Seperti orang lain, tiada sebenar ayah yang tidak sayangkan anaknya. 

  8. Diinspirasikan oleh Ili Syazwani. Menanti waktu sehingga semua kerja saya selesai. Err di depan ayah saya, saya sangat malu untuk katakan ini dan tidak pernah pun. Tetapi saya sayang dia. Sungguh! Terima kasih Ili Syazwani!