- Saya tertarik untuk memetik sebahagian ayat dari blog Soppy di bawah tajuk "Ditagged oleh Kish". Kata Soppy dalam blognya itu, "Dan aku sangat benci jamban duduk."
- Teringat pula sahabat baik saya yang juga orangnya tidak suka dengan jamban duduk apatah lagi menggunakan tisu.
- Bagaimana dia meluahkan perasaannya kepada saya, sewaktu menjalani latihan industri di bangunan berkembar milik syarikat gergasi negara.
- Katanya, jamban-jamban di situ semuanya menggunakan air yang dipancut dari dalam, dan kebanyakkannya jamban duduk. Kalau ada tandas cangkung, daripada 10 mungkin hanya 1.
- Bagaimana dia terasa sukar untuk membuang air besar di sana. Oleh kerana tidak terbiasa dengan keadaan sebegitu, dia terpaksa berjalan kaki tergesa-gesa menuju ke tandas LRT. Oleh kerana dirinya ada pas bulanan, maka keluar masuk tidak menjadi masalah. Di situ ada tandas cangkung dan yang pentingnya sekali, air tak dipancut dari dalam. Deras juga airnya di situ. Terasa yakin suci. "Ini baru selesa!" katanya kepada saya.
- Bukan tidak pernah mencuba, tapi sangat sukar dan fikiran tidak tenang selepas menggunakannya. Was-was.
- Namun selepas dua ke tiga bulan berlari-lari anak turun dari tingkat lima dan bergerak sejauh lebih kurang 800m setiap kali sakit perut, terpaksa juga memaksakan diri menghilangkan was-was menggunakan tandas sebegitu. Itupun selepas mendapat tunjuk ajar dari kakitangan yang telah lama bekerja di situ.
- Ujar mereka, "kat level 4, ada library, situ ada tandas baik punya. Kau masuk amek bilik last skali."
- Terkenang pula ajaran Docmat. Sewaktu dia menuntut di luar negara, bagaimana pihak pengurusan universitinya selalu merungut, perihal jamban duduk yang terpaksa ditukar ganti selalu. Kebanyakkan pelajar Asia sudah biasa menggunakan tandas cangkung. Lalu kerana itu, walaupun disediakan jamban duduk, mereka tetap naik ke atasnya dan mencangkung. Jamban duduk menjadi rosak. Terpaksalah ditampal notis supaya menggunakan jamban duduk dengan betul, jangan mencangkung!
- Ahhh jamban. Ada kaitan ke dengan budaya?
Saturday, December 20, 2008
Jamban. Ada kaitan ke dengan budaya?
Wednesday, December 17, 2008
Antropologi
- Docmat mengajar kami dalam kelas antropologi budaya nya. Budaya itu penting. Sangat penting. Sebagai perbandingannya, budaya Melayu sangat berbeza dengan budaya kaum Eskimo yang tinggal di Alaska. Sertanya juga, sangat berkait rapat dengan suasana persekitaran dan alam sekitarnya.
- Docmat bercerita lagi. Dalam kaum eskimo, mereka mempunyai pelbagai makna bahasa untuk salji (bahasa juga merupakan salah satu elemen budaya) kerana dipengaruhi persekitaran mereka yang membeku. Seperti kaum Melayu yang tinggal dalam suasana khatulistiwa. Kita memiliki banyak makna untuk hujan. Hujan lebat, hujan rintik, hujan panas dan sebagainya sedangkan di dalam bahasa Inggeris, mereka hanya mempunyai satu perkataan iaitu 'Rain'.
- Mungkin ada perkataan-perkataan lain (saya tidak pasti) tetapi tidak sebanyak perkataan hujan dalam bahasa Melayu/Malaysia (betulkan saya jika fakta ini salah atau perlu ditambah).
- Cerita Docmat lagi, tempat kami belajar ini direka oleh arkitek Eropah. Mereka mencipta bangunan-bangunan yang sungguh indah. Kawasan yang asalnya bekas lombong bijih timah yang tandus menjadi tempat yang sangat menarik. Sesuai untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Namun mereka terlupa elemen alam dan keadaan geografi setempat itu berbeza dari negara asal mereka. Akibatnya, bangunan yang indah siap dibina tanpa satu pun sistem saliran longkang. Bila hujan lebat, habis banjir.
- Saya mendapat tahu khabar angin dari rakan-rakan, server-server (boleh tahan juga mahalnya) yang diletakkan di bawah tanah rosak teruk tidak boleh digunakan lagi kerana ditelenggami air. Hanya selepas itu, barulah mereka membina saliran longkang untuk mengalirkan air.
- Cerita itu menguatkan keyakinan saya terhadap apa yang telah diajarkan oleh Docmat. Lalu baru-baru ini terjadi bencana alam(?) di Taman Bukit Mewah. Setakat hari ini 4 orang direkodkan terkorban.
- Mungkinkah perlu ada panel aspek-aspek budaya setempat dalam pembinaan selain dari kejuruteraan. Mungkinkah perlu projek-projek ala 'Beverly Hills' dihentikan di seluruh Malaysia? Mengambil kira keadaan setempat yang panas dan hujan sepanjang tahun!
Tuesday, December 16, 2008
Shah-Era
edited: my friend say i look chubby in previous picture.
The only couple in our batch who survived until marriage. 06-12-2008. Congrats!
Monday, December 1, 2008
Latihan Industri
- Ada beberapa orang adinda saya akan melanjutkan pelajaran fasa baru dalam hidup mereka. Pelajaran kali ini amat berlainan sekali rasa dan feelnya. Sudah tentu berbeza dari kehidupan akademik. Kehidupan sebagai pelajar bergelumang dengan nota, ujian, kuiz, peperiksaan akhir dan sebagainya. Kehidupan sebagai pelatih industri, anda bergelumang dengan pengalaman dan office politic yang memang berlaku di mana-mana. Kita adalah sebahagian daripada sistem itu. Jangan rasa kita bebas hanya kerana status kita sebagai pelatih. Tapi, sudah tentu! Perkara itu sangat menghiburkan.
- Kepada mereka-mereka yang sudah melalui pengalaman latihan yang sangat menyeronokkan, pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Beza di antara kehidupan sebagai pelajar dan pelatih. Tidak perlulah saya senaraikan apa bezanya kerana anda semua akan melaluinya juga nanti. Cuma yang boleh dibincangkan di sini, attitude sebagai pelajar perlu diubah 100% kepada attitude pekerja yang sangat professional (ok, ayat professional itu saya tambah-tambah, sengaja mahu bikin gempak sikit). Kepala itu perlu ditune kepada "Ahhh aku bukan student lagi!" (walaupun untuk sela masa yang sekejap)
- Biasanya kalau kehidupan dalam akademik, asal mengantuk, tido sahaja di dalam kelas. Terbangun lewat pada waktu pagi tidak menjadi hal sangat. Sama ada kita memutuskan untuk tidak datang ke kelas atau menghadirkan diri juga dengan buat muka selamba bodoh. Kalau lecturer tanya, pandai-pandailah jawab. Diarrhea adalah alasan saya yang paling popular. Tapi kalau zaman internship pun masih mahu melakukan perkara yang sama, alamatnya anda bakal merasailah apa yang saya rasa dan orang-orang lain yang senasib dengan saya.
- Kepentingan patuh kepada masa juga menjadi sangat kritikal. Saya melalui 2 pengalaman internship training di dalam dua zaman yang berbeza. Satu waktu diploma dan satu lagi ijazah. Oleh kerana saya sangat lemah dalam pengurusan masa, dimaki dengan bos menjadi satu rutin kepada saya. Semasa diploma, saya pernah dipanggil masuk ke dalam bilik bos kerana selalu datang lewat ke office. Satu ayat beliau yang masih terngiang-ngiang di suatu sudut penjuru gegendang telinga saya (sudah tentu terpaksa diolah mengikut acuan ingatan saya ya), "Company ni tak perlukan kamu pun. Kamu datang lewat, takde kami nak rugi juta-juta! Tapi rugi pada kamu bla bla." Sejak itu saya menjadi antara orang yang paling ekstreme datang awal (orang kata kalau dah terhantuk, terngadah bukan?). Tetapi sekali sekala kantoi juga kerana lena diulit mimpi menyeronokkan bersama gadis-gadis jelita. Mintak maaflah bos, mana boleh miss beb! (oleh kerana kelemahan itu, saya mendapat markah yang paling sedikit dibandingkan dengan 2 rakan sepelatih yang lain. Bila mana mereka mendapat 100%, hanya saya seorang mendapat 99%. Ada elemen metafora dalam permakahan itu! Apa pun saya bersyukur. Terima kasih En Hanif dan Abg Budi kerana memberi peluang.)
- Masalah mengantuk semasa bekerja juga adalah salah satu penyakit saya yang paling besar. Tambah-tambah kalau suasana tempat kerja yang ekstreme sejuknya dan juga jenis kerja yang dilakukan. Kalau banyak buat kerja melibatkan fizikal kuranglah rasa mengantuknya. Tetapi kalau kena buat penyelidikan tentang sesuatu topik (atau menyiapkan dokumen, laporan dsbnya) memang sangat menyakinkan mata pasti membengkak menjerit-jerit mahu ditutup. Kadang apabila tidak tahan sangat, saya terpaksa pergi ke surau. Di sana saya akan mencari satu sudut penjuru yang strategik. Kemudiannya saya akan bersandar pada dinding sambil menggayakan gaya berzikir yang paling kusyuk. Mata tertutup rapat dan anda pasti tahu saya ke mana. Tetapi kadang-kadang kebarangkalian untuk kantoi dengan mana-mana staff agak tinggi. Pandai-pandailah. Kalau mahu tidur di dalam bilik air boleh juga. Tetapi takkan mahu diulit mimpi sambil separa sedar menghidu udara-udara di situ. Anda tahu maksud saya bukan? Lagipun, tidur di surau dipeluk malaikat, tidur di tandas alamatnya dinodai syaitan. Cewah~ Ok, saya bergurau.
- Saya juga mengalami masalah gemuk yang agak parah. Metabolisma badan menjadi rendah dalam suasana office yang sejuk. Tambah-tambah breakfast dan lunch menjadi wajib. Saya tidak biasa sarapan pagi tetapi kalau telah diajak takkan mahu menolak pula. Lagipun hubungan yang baik di antara colleague dan staff terbina semasa waktu itu. Binalah networking anda dengan sebaiknya ya.
- Paling genting sekali adalah menjaga imej syarikat. Jangan sekali-kali mencemar nama baik host company anda. Saya terpaksa tekankan di sini sebab saya melakukan kesilapan sebegitu. Hari kedua saya di Petronas eLearning, saya ditangkap oleh polis bantuan KLCC. Tidak perlulah saya beritahu kesilapan saya tetapi sangat malu ok! Kalau tanggung seorang diri tidak mengapalah kerana saya sudah biasa mengalami perkara sebegitu tetapi kalau sampai orang lain pun terkena kesannya, ia sangat menjengkelkan. Saya tidak mahu sampai orang berkata "baru 2 hari di sini sudah buat kepala!" Sumpah tidak mahu buat lagi! Mintak maaf kak Dayang.
- Akhir kalam, suka saya untuk berkongsi dengan adinda-adinda ataupun mereka yang sudi membaca blog saya, pesan yang disampaikan oleh Chief Operating Officer (COO) Netbase Connect Sdn Bhd dan Account Assistant Petronas eLearning Solution Sdn Bhd yang lebih kurang berbunyi begini;
- COO: "Hanya 20% peratus apa yang kau belajar masa poli masuk dalam office! (a.k.a alam kerjaya)"
- Account assistant: "80% peratus kau akan belajar pasal organizational behavior!"
p/s: Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~
Subscribe to:
Posts (Atom)