Ada beberapa orang adinda saya akan melanjutkan pelajaran fasa baru dalam hidup mereka. Pelajaran kali ini amat berlainan sekali rasa dan feelnya. Sudah tentu berbeza dari kehidupan akademik. Kehidupan sebagai pelajar bergelumang dengan nota, ujian, kuiz, peperiksaan akhir dan sebagainya. Kehidupan sebagai pelatih industri, anda bergelumang dengan pengalaman dan office politic yang memang berlaku di mana-mana. Kita adalah sebahagian daripada sistem itu. Jangan rasa kita bebas hanya kerana status kita sebagai pelatih. Tapi, sudah tentu! Perkara itu sangat menghiburkan.
Kepada mereka-mereka yang sudah melalui pengalaman latihan yang sangat menyeronokkan, pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Beza di antara kehidupan sebagai pelajar dan pelatih. Tidak perlulah saya senaraikan apa bezanya kerana anda semua akan melaluinya juga nanti. Cuma yang boleh dibincangkan di sini, attitude sebagai pelajar perlu diubah 100% kepada attitude pekerja yang sangat professional (ok, ayat professional itu saya tambah-tambah, sengaja mahu bikin gempak sikit). Kepala itu perlu ditune kepada "Ahhh aku bukan student lagi!" (walaupun untuk sela masa yang sekejap)
Biasanya kalau kehidupan dalam akademik, asal mengantuk, tido sahaja di dalam kelas. Terbangun lewat pada waktu pagi tidak menjadi hal sangat. Sama ada kita memutuskan untuk tidak datang ke kelas atau menghadirkan diri juga dengan buat muka selamba bodoh. Kalau lecturer tanya, pandai-pandailah jawab. Diarrhea adalah alasan saya yang paling popular. Tapi kalau zaman internship pun masih mahu melakukan perkara yang sama, alamatnya anda bakal merasailah apa yang saya rasa dan orang-orang lain yang senasib dengan saya.
Kepentingan patuh kepada masa juga menjadi sangat kritikal. Saya melalui 2 pengalaman internship training di dalam dua zaman yang berbeza. Satu waktu diploma dan satu lagi ijazah. Oleh kerana saya sangat lemah dalam pengurusan masa, dimaki dengan bos menjadi satu rutin kepada saya. Semasa diploma, saya pernah dipanggil masuk ke dalam bilik bos kerana selalu datang lewat ke office. Satu ayat beliau yang masih terngiang-ngiang di suatu sudut penjuru gegendang telinga saya (sudah tentu terpaksa diolah mengikut acuan ingatan saya ya), "Company ni tak perlukan kamu pun. Kamu datang lewat, takde kami nak rugi juta-juta! Tapi rugi pada kamu bla bla." Sejak itu saya menjadi antara orang yang paling ekstreme datang awal (orang kata kalau dah terhantuk, terngadah bukan?). Tetapi sekali sekala kantoi juga kerana lena diulit mimpi menyeronokkan bersama gadis-gadis jelita. Mintak maaflah bos, mana boleh miss beb! (oleh kerana kelemahan itu, saya mendapat markah yang paling sedikit dibandingkan dengan 2 rakan sepelatih yang lain. Bila mana mereka mendapat 100%, hanya saya seorang mendapat 99%. Ada elemen metafora dalam permakahan itu! Apa pun saya bersyukur. Terima kasih En Hanif dan Abg Budi kerana memberi peluang.)
Masalah mengantuk semasa bekerja juga adalah salah satu penyakit saya yang paling besar. Tambah-tambah kalau suasana tempat kerja yang ekstreme sejuknya dan juga jenis kerja yang dilakukan. Kalau banyak buat kerja melibatkan fizikal kuranglah rasa mengantuknya. Tetapi kalau kena buat penyelidikan tentang sesuatu topik (atau menyiapkan dokumen, laporan dsbnya) memang sangat menyakinkan mata pasti membengkak menjerit-jerit mahu ditutup. Kadang apabila tidak tahan sangat, saya terpaksa pergi ke surau. Di sana saya akan mencari satu sudut penjuru yang strategik. Kemudiannya saya akan bersandar pada dinding sambil menggayakan gaya berzikir yang paling kusyuk. Mata tertutup rapat dan anda pasti tahu saya ke mana. Tetapi kadang-kadang kebarangkalian untuk kantoi dengan mana-mana staff agak tinggi. Pandai-pandailah. Kalau mahu tidur di dalam bilik air boleh juga. Tetapi takkan mahu diulit mimpi sambil separa sedar menghidu udara-udara di situ. Anda tahu maksud saya bukan? Lagipun, tidur di surau dipeluk malaikat, tidur di tandas alamatnya dinodai syaitan. Cewah~ Ok, saya bergurau.
Saya juga mengalami masalah gemuk yang agak parah. Metabolisma badan menjadi rendah dalam suasana office yang sejuk. Tambah-tambah breakfast dan lunch menjadi wajib. Saya tidak biasa sarapan pagi tetapi kalau telah diajak takkan mahu menolak pula. Lagipun hubungan yang baik di antara colleague dan staff terbina semasa waktu itu. Binalah networking anda dengan sebaiknya ya.
Paling genting sekali adalah menjaga imej syarikat. Jangan sekali-kali mencemar nama baik host company anda. Saya terpaksa tekankan di sini sebab saya melakukan kesilapan sebegitu. Hari kedua saya di Petronas eLearning, saya ditangkap oleh polis bantuan KLCC. Tidak perlulah saya beritahu kesilapan saya tetapi sangat malu ok! Kalau tanggung seorang diri tidak mengapalah kerana saya sudah biasa mengalami perkara sebegitu tetapi kalau sampai orang lain pun terkena kesannya, ia sangat menjengkelkan. Saya tidak mahu sampai orang berkata "baru 2 hari di sini sudah buat kepala!" Sumpah tidak mahu buat lagi! Mintak maaf kak Dayang.
Akhir kalam, suka saya untuk berkongsi dengan adinda-adinda ataupun mereka yang sudi membaca blog saya, pesan yang disampaikan oleh Chief Operating Officer (COO) Netbase Connect Sdn Bhd dan Account Assistant Petronas eLearning Solution Sdn Bhd yang lebih kurang berbunyi begini;
COO: "Hanya 20% peratus apa yang kau belajar masa poli masuk dalam office! (a.k.a alam kerjaya)"
Account assistant: "80% peratus kau akan belajar pasal organizational behavior!"
p/s:Kenapa saya menceritakan semuanya di sini? Orang kata manusia yang berjaya adalah yang belajar dari kesilapan diri sendiri tetapi yang paling berjaya di dalam dunia ini adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Selamat maju jaya! Renung-renungkan dan selamat beramal!~
it seems u still feel guilty about dayang's pass ;). u should take my pass instead of hers, mine can open the bridge access to tower 2 then u can become the 1st intern crossing & entering tower 2 without permission..hehe
erm...i think if u use dayang's pass to masuk tower 2, u will be charge with crossing & breaking instead of crossing & entering coz hers cannot access tower 2, mine can =). luckily u tak try..else u'll be in much bigger trouble..on the bright side, u were officially the most famous intern from UTP for breaking the law..hahaha
mala..u never asked me to go anywhere, for sure if u need me to do something with the aid of ur pass..im pretty sure i'll enjoy ur pass's priviledge around klcc. luckily at that time, u never asked for my help, if not, u are the one who will facing down towards the big mouthache police guy..not dayang. and if that do happens, im confident..i akan segan dgn u sampai mati! aaaaaa.. ermm tapi kalau i banje u mcD, u akan sejuk hati kan? kan? kan?
ashkam. ap** mmg otai. dari dulu, kini dan selamanya haha. tapi tido kt mikroskop pun dia, sireh pulang ke gagang juga..selamat da dia kat kalsom? (camne eja nama company dia tuh?). pasal office politic. betul. jgn masuk campur. duduk atas pagar. tapi nak jadi orang yang berkecuali pun kena ada skill juga. nanti senang2 org tuduh mcm lalang. so pandai2 lah.
"Selalunya, orang tulis blog dari hati, dari pengalaman dan perasaan."
Soopy
Quote 2
"Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang."
Tun
Quote 3
"Bahasa mereka, bahasa Melayu adalah bahasa Melayu yang tidak hanya digunakan di pantai-pantai, tetapi digunakan di seluruh Hindia Belanda, termasuk negeri-negeri di timur sebagai bahasa yang dimengerti di mana saja dan oleh siapa saja. Terlebih lagi, jika anda tidak mengerti bahasa ini, anda akan dianggap sebagai orang yang sangat tidak terdidik di dunia Timur, sedangkan orang Melayu sudah terbiasa mempelajarinya, berusaha bersungguh-sungguh dengan memperluas pengetahuan tentang bahasa tersebut."
Francois Valentyn
Quote 4
"And make ready against them all you can of power, including steeds of war to threaten the enemy of Allah and your enemy, and others besides whom, you may not know but whom Allah does know. And whatever you shall spend in the Cause of Allah shall be repaid unto you, and you shall not be treated unjustly."
Al-Anfaal: 60
Quote 5
"Ma'al Hijrah is the time to change, as this was what the Prophet did 1430 years ago. For Muslims it is the time to resolve to work harder, acquire more knowledge and more skills and help in bringing back the respect for Islam and the Muslims in the years to come."
Tun
Quote 6
"Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election."
A Kadir Jasin
Quote 7
"Sayang kepada bahasa, tidak boleh melebihi sayang kepada bangsa!"
12 comments:
it seems u still feel guilty about dayang's pass ;). u should take my pass instead of hers, mine can open the bridge access to tower 2 then u can become the 1st intern crossing & entering tower 2 without permission..hehe
haha. tu ke issue ko dengan dayang? no wonder ko cuak ngn dayang~ hehe.
mala. i was almost there. just a few steps before tower 2 is under my feet ;p. but the police simply broke my dream..alahai. sobs :(
shima. takde la sampai cuak. tapi malu la menyusahkan dia sobs :(
tapi yg tak tahan. terjumpa dgn sorang kenalan. lepak2. pastu dia citer pasal kes tu, "apa la perak sangat budak yang kantoi tu"
cis sialan. ramai yg dah tahu rupanya. jgn harap la nak ngaku "oh sayalah orangnya jeng jeng!"
erm...i think if u use dayang's pass to masuk tower 2, u will be charge with crossing & breaking instead of crossing & entering coz hers cannot access tower 2, mine can =). luckily u tak try..else u'll be in much bigger trouble..on the bright side, u were officially the most famous intern from UTP for breaking the law..hahaha
Aku curik tido jugak kat site; carik rumah yg dah furnished lantai pastu wat2 nak check bawak chart sume padahal nak landing.
Tapi tido yg paling otai sekali Ap** la... depan mikroskop wat2 nak pakai padahal tido sambil mata terlekap kat mikroskop. hahaha..
Satu lagi nak tambah, jgn libatkan diri dalam office politic, kalo masih intern. Bnyk yg tak baik yg kita dapat dari yg baik...
mala..u never asked me to go anywhere, for sure if u need me to do something with the aid of ur pass..im pretty sure i'll enjoy ur pass's priviledge around klcc. luckily at that time, u never asked for my help, if not, u are the one who will facing down towards the big mouthache police guy..not dayang. and if that do happens, im confident..i akan segan dgn u sampai mati! aaaaaa..
ermm tapi kalau i banje u mcD, u akan sejuk hati kan? kan? kan?
ashkam. ap** mmg otai. dari dulu, kini dan selamanya haha. tapi tido kt mikroskop pun dia, sireh pulang ke gagang juga..selamat da dia kat kalsom? (camne eja nama company dia tuh?). pasal office politic. betul. jgn masuk campur. duduk atas pagar. tapi nak jadi orang yang berkecuali pun kena ada skill juga. nanti senang2 org tuduh mcm lalang. so pandai2 lah.
hehehehhe..... sya macam tau jek abg ap** tuu.. hik3.... uhoh.. sgt berguna post abg amin kali ini.. terima kasih~
p/s: tmpat keje sya ramai akak2 gossip.. tadi derang bercerita tentang alam perkahwinan org lain
-__-" ...herk~~~
mcD mane cukup nak sejukkan ati..kene la chilli's ker..tony roma's ke..hehehe. btw, da keje nati kene blanje i tau..byk pahale blanje i nih..hehe =)
effa: alam perkahwinan? dengar dan belajar..jgn praktikkkan lagi..hish ;p
mala: sure!
uh, kenape taleh pratik?
-sya innocent, tatau pape :P -
sy intern di sebuah kilang...
rmi minah kilang cun giler...
tang tu yang nak dengar.
slurpsssss ;p
Post a Comment