- Saya tertarik untuk memetik sebahagian ayat dari blog Soppy di bawah tajuk "Ditagged oleh Kish". Kata Soppy dalam blognya itu, "Dan aku sangat benci jamban duduk."
- Teringat pula sahabat baik saya yang juga orangnya tidak suka dengan jamban duduk apatah lagi menggunakan tisu.
- Bagaimana dia meluahkan perasaannya kepada saya, sewaktu menjalani latihan industri di bangunan berkembar milik syarikat gergasi negara.
- Katanya, jamban-jamban di situ semuanya menggunakan air yang dipancut dari dalam, dan kebanyakkannya jamban duduk. Kalau ada tandas cangkung, daripada 10 mungkin hanya 1.
- Bagaimana dia terasa sukar untuk membuang air besar di sana. Oleh kerana tidak terbiasa dengan keadaan sebegitu, dia terpaksa berjalan kaki tergesa-gesa menuju ke tandas LRT. Oleh kerana dirinya ada pas bulanan, maka keluar masuk tidak menjadi masalah. Di situ ada tandas cangkung dan yang pentingnya sekali, air tak dipancut dari dalam. Deras juga airnya di situ. Terasa yakin suci. "Ini baru selesa!" katanya kepada saya.
- Bukan tidak pernah mencuba, tapi sangat sukar dan fikiran tidak tenang selepas menggunakannya. Was-was.
- Namun selepas dua ke tiga bulan berlari-lari anak turun dari tingkat lima dan bergerak sejauh lebih kurang 800m setiap kali sakit perut, terpaksa juga memaksakan diri menghilangkan was-was menggunakan tandas sebegitu. Itupun selepas mendapat tunjuk ajar dari kakitangan yang telah lama bekerja di situ.
- Ujar mereka, "kat level 4, ada library, situ ada tandas baik punya. Kau masuk amek bilik last skali."
- Terkenang pula ajaran Docmat. Sewaktu dia menuntut di luar negara, bagaimana pihak pengurusan universitinya selalu merungut, perihal jamban duduk yang terpaksa ditukar ganti selalu. Kebanyakkan pelajar Asia sudah biasa menggunakan tandas cangkung. Lalu kerana itu, walaupun disediakan jamban duduk, mereka tetap naik ke atasnya dan mencangkung. Jamban duduk menjadi rosak. Terpaksalah ditampal notis supaya menggunakan jamban duduk dengan betul, jangan mencangkung!
- Ahhh jamban. Ada kaitan ke dengan budaya?
Saturday, December 20, 2008
Jamban. Ada kaitan ke dengan budaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
kat u kta pun, toilet berbudaya inggeris ;P
mungkin ye,mungkin tidak...:)
wadeeee... jamban duduk? jamban cangkung? persetannn~ asal lepas hajat sudeyyy~ :)
geli jamban duduk.kdang2 ternampak ada kencing tertinggal kat tempat duduk die tu. geli gila!!!!!!
jamban duduk best pee??
boleh makan burger dan baca komik sambil bersilang kaki kan?
to annaheim..
i do realized that you have same interest with me but unfortunately, when i tried to access your blog, it seems that you only open it to invited readers only. if you somehow return to this blog, and happen to read this message, would you kindly invite me to your blog?
bersyukur.. sesb mempunyai jamban melayu :P
ahahhaha
tu klakaaa
toilet duduk pegi cangkung
mau xpecah jamban ituuu
i read somewhere, i forgot, that foreigner(i forgot whether the writer mention they are english or elsewhere) sangat tak reti nak mencangkung. dan mereka sangat kagum sebab kita orang asia boleh tahan mencangkung.
so,ada lah kot kaitan dengan budaya:)
secara ikhlas hati sy suka jamban cangkung.terasa selesa kerana ketika dlm keadaan mencangkung,terasa mudah benar rasanya utk melampiaskan hajat tersebut.sy agak keberatan utk menggunakan jamban duduk kerana seperti yang dikatakan oleh ilya syafeena,mungkin terdapat serpihan2 najis yg mungkin tertinggal.mungkin ada yg bersih,tp sebelum ia bersih ia mestilah menjadi kotor dahulu.sy tak bersedia utk duduk di atas bekas najis org lain.
aku rase, its just a matter of fitting in into the culture. mungkin bg kite tak selesa tp same je kalau western people have to use jamban cangkung. just get used to it lah. kalau rase tabest, bawak extra bottled water takpun wipe la dulu seat tuh ngan tissue paper.
act aku rase walaupun western people punye toilet tadek air, mostly toilet derang jauh lagi bersih. kite ke yg ade attitude prob? hehe
bahaya gak toilet duduk kalo mencangkung. baru dpt satu email, toilet pecah, terbelah peha uuhhhhh..
layan do cangkung... keskeskes
sambil cangkung, sap kok pastu makan cikedis..mmmm slurpsss
aku boleh ingat shopping complex mana yang ada jamban duduk.
bahagian mana. toilet mana. level berapa.
Post a Comment