Monday, March 2, 2009

Char Koey Teow

  1. Char Koey Teow atau Char Kue Teow atau juga Char Kuey Teow.

  2. Yang mana satu ejaan yang betul?

  3. Tak mengapalah. Bukan itu yang mahu dituliskan.

  4. Tapi untuk entri ini, biarlah saya gunakan Char Koey Teow (CKT). Tak perlu diperdebatkan ok. Hehe.

  5. CKT bukanlah makanan kegemaran saya. Tidak sehingga saya kembali dari latihan industri.

  6. Itupun setelah mendapat cerita dari seorang sahabat saya. Betapa sedapnya CKT. Di tempat kami belajar ini.

  7. Memang benar. Saya menjadi ketagih. Pada satu ketika, saya mengalami simtom mengidam pada nasi. Hanya kerana saya mengamalkan CKT berhari-hari secara berturut-turut.

  8. Lazatlah. Berlaukkan udang atau kerang, bersilih-silih ganti. Ditambah pula cili jeruk yang diperam berjam-jam lamanya. Slurppsss~ 

  9. Lalu bila kerap sangat berkunjung ke gerai CKT, saya menjadi kenal kepada tukang masaknya dan sebaliknya.

  10. Tukang masaknya ada dua. Sepasang suami isteri. Mereka berganti-ganti memasak atau mengambil oder.

  11. Sambil menunggu CKT siap dimasak, kami akan berbual-bual. Tentang apa-apa yang boleh diceritakan.

  12. Lama-kelamaan kami menjadi mesra. Tetapi tidaklah sampai mereka tahu nama saya. Dan saya pun tidaklah tahu nama mereka. Mereka cuma memanggil saya dengan panggilan 'adik'. Woot Woot. Terasa muda. 

  13. Setelah 2 bulan menjadi pelanggan setia, tanpa disedari, mereka mula menceritakan perjuangan mencari rezeki di tempat saya belajar ini. 

  14. Bunyinya semacam tidak adil. Saya pun rasa-rasanya sebegitu juga. Setiap bulan mereka perlu membayar Rm900. Sama seperti gerai-gerai yang lain. Bezanya mereka hanya dibenarkan menjual satu menu. 

  15. Ramai pelanggan meminta mereka masak menu lain. Malangnya mereka tidak dibenarkan. 

  16. Kalau pihak pengurusan kafe tahu, masak mereka. 

  17. Lalu suatu hari, mereka memohon kepada pihak pengurusan kafe untuk menambah menu. Char Koey Teow Ketam ke apa, saya tak ingat. Pun tidak dibenarkan. 

  18. Takkan hari-hari orang nak makan menu yang itu sahaja, bukan? 

  19. Kalau begitu, macam mana nak hidup? Tipislah survival mereka di sini. 

  20. Mungkin kalau tidak dibenarkan menambah menu, boleh dikurangkan sewa. 

  21. Kesian mereka. Kalau tempat belajar saya ini ada majlis perwakilan pelajar, mereka ada siapa ye? 

  22. Makanan berkualiti tapi tiada pembelaan sewajarnya. 

  23. Oh malangnya!

Related Posts by Categories



13 comments:

eVy-D-YaNa said...

sedapnya CKT!~
huhu~ ;P

simah said...

kau mengingatkan aku pada masa2 deting aku dan paih mkn CKT kerang, western v5, nasik lemak dgn sambal kerang dan kentang yang sedap, dll.

menyesal bace post ni. dem.

p/s: im on diet!

eVy-D-YaNa said...

hik3~
sah2 post ni xsesuai utk org yg tgh berdiet...
mmbgkitkan selera makan ja..hehe~ ;P

yunyung said...

mereka ade abg amin~ hegu.. hmm.. wakil pelajar.. gah ngan status mane layan makcik cafe...

syafeenamk said...

char kuey teow is my favorite! hehe.
abg stall tu pun dah kenal muke and tau nak order ape. ckt special,tauge lebih dan kerang lebih.
lapar.....................

syafeenamk said...

bang,kat sini ada delivery char kuey teow tak?

Nash said...

yup...nak berniaga ni bkn mudah~
mcm2 dugaan datang..
sewa mahal xkene dgn benefit.
nk carik tmpat lain,laen plak mslah timbul.
mak sye skrg ni pun ade orang nk pekena bisnes nye.hope doakan mereka yang berniaga ni dipermudahkan n diberkati rezki mereka...

chillsberry said...

evy: sedap menjilat sampai ke tulang sum sum ;)

sima: ckt juge mengingatkan aku pd seseorang..sobs. All the best diet shima.

yunyang: a.amin bkn sesiapa.

ilya syafeena: abg stall? woot woot. ilya, sy tak jual ckt. delivery? bleh call 755-25-25 kayh. hehe.

nash: moga semuanya selamat.

ariff ezwan said...

kalu nak beli akak ngn abg CKT itu..kita kena guna salur pembangkang...tak bolek pakai salur MPP.tu suma pengampu management...(btw CKT yg ko maksudkan mmg superb..supernice..nanti aku p sana leh hang blanja)

chillsberry said...

bleh2. dtg la. bila mau mai sini?

syafeenamk said...

saya call no 755-25-25, haram tak dapat. :P

anak melayu said...

undilah car koer tiyau untuk keamanan dunia!

car koer tiyau merubah segalanya...

ubahlah selera anda ke car koer tiyau

tanpa pengawet,tanpa bahan tiruan,tanpa waswas.100% halal!

Cik TiRa said...

utp ker?
char kuew tiaw<----ejaan ni betul kot..haha

nway, CKT mmg my feveret!! waaaa, sgt sedappppppppppppp!!!!!

leleh air liur pikir~~~lalalal~~~