Thursday, May 28, 2009

Kenapa kau taksub sangat ni?

Julai 2004

Mukadimah
  1. Itu waktunya saya bergelar pelajar di tempat saya belajar ini.
  2. Suasana baru, pengalaman baru dan juga kawan-kawan baru. Gembira.
  3. Walaupun batch saya Julai 2004 tetapi secara teknikal dan tidak langsung, saya dimasukkan ke dalam batch Mei 2003.
  4. Sebab kelebihan budak diploma, mereka mendapat pemindahan kredit yang mengecualikan dari mengambil beberapa subjek.
  5. Bermulalah cabaran baru. Cabaran pertama ialah menyusun jadual sendiri. Sebelum ini, di politeknik, jadual telah siap diberikan sejak hari pertama pendaftaran lagi. Mudah.
  6. Waktu itu, salah satu subjek kegemaran saya ialah Corporate Ethics yang dikendalikan oleh En. MNRB.
  7. Sekarang, dengar ceritanya, En. MNRB tidak lagi mengajar subjek itu. Dia telah pun dinaikkan pangkat. Sama bangunan dengan Rektor. Tinggi juga pangkatnya.
  8. Corporate Ethics menjadi kegemaran saya sebab pensyarahnya. Ramai kata ia subjek yang membosankan sebab perlu banyak membaca dan perlu mengaturkan minda menjadi skema. Kata etika korporatkan? Haha.
  9. Terima kasih kepada En. MNRB sebab menjadikannya menarik. Dia tidak mengajar semata-mata teori tetapi mengaitkan dengan kehidupan seharian. Langsung tidak jemu.

Permulaan

  1. Julai 2004 juga merupakan semester konvokesyen. Memang sibuk suasana ketika itu.
  2. Habis sahaja pesta konvo, En. MNRB bercerita kepada kami di dalam kelasnya. Tentang seorang pelajar terbaik universiti yang mendapat anugerah tertinggi.
  3. Dan cerita itu berkaitan dengan apa yang kami belajar, tentang etika.
  4. Terang En. MNRB, konvokesyen bukanlah semata-mata untuk menerima sekeping kertas yang digelar ijazah. Konvokesyen juga adalah tempat untuk meraikan mereka yang berjaya tamat dalam perjuangan akademik. Kita tahu akademik bukan sesuatu yang mudah kan?
  5. Jadi majlis sepatutnya berlangsung dalam suasana yang gembira. Tetapi berlainan dengan semester itu. Suasana konvo dirosakkan oleh..

Friday, May 22, 2009

Rama-rama

  1. Hari Selasa lepas, 2 ekor rama-rama bersayap putih dan berlainan jenis singgah di bilik saya.
  2. Orang kata, kalau ada rama-rama masuk ke dalam rumah, maksudnya ada tetamu yang akan datang melawat.
  3. Entahlah. Saya tidak tahu benar atau tidak ungkapan itu.
  4. Tetapi yang biasa berlaku kepada saya, kenapa setiap kali rama-rama masuk ke dalam rumah, pasti ada berita musibah yang akan berlaku.
  5. Hari Rabu lepas, kami buat tahlil beramai-ramai di dalam bilik selepas Maghrib. Kesihatan Guru kami agak tidak mengizinkan pada waktu ini. Semoga semuanya selamat dan pulih seperti sedia kala. 
p/s: Dia sudah berumur. Masih orang lakukan benda yang tidak elok. Kenapa dengan orang kita ni?

Sunday, May 17, 2009

Sahabat

Mukadimah

  1. Semasa saya bersekolah di tingkatan 3, saya mengenali seorang kenalan bernama Azrul (bukan nama sebenar). Kami tidaklah terlalu rapat kerana dia seorang yang pendiam dan tidak selalu lepak bersama kami kawan-kawan yang lain.
  2. Kemudian bila di Tingkatan 4, saya bertukar ke sekolah teknik meninggalkan sekolah kebangsaan.
  3. Saya hampir melupakan tentang Azrul.
  4. Namun bila saya berada semester 2 di salah sebuah politeknik tertua di Malaysia, saya kembali bertemu dengan Azrul. Dia baru sahaja berada di dalam semester pertama.
  5. Tetapi karakter Azrul sudah sedikit banyak berubah daripada apa yang saya kenali dia beberapa tahun dahulu.
  6. Dia tidak lagi pendiam. Sudah mempunyai ramai kawan dan nakal seperti kami yang lain-lain.
  7. Beberapa semester kemudian, kenakalan kami bertambah menjadi sesuatu yang berat. Tidak perlulah saya jelaskan apa yang beratnya tetapi ia sedikit melanggar undang-undang.
  8. Azrul menjadi bertambah hebat lagi bila dia sudah sampai ke peringkat tokan (pembekal). Saya mula tidak sedap hati.
  9. Cuma agak seronok bila kawan sendiri menjadi tokan. Pengaruh besar. Tiada siapa yang berani kacau. Duit tidak pernah kering. Malah saya masuk ke kelab malam dengan percuma kerana ditanggung sepenuhnya oleh Azrul. Oleh kerana saya ada kereta pada masa itu, mudah bagi Azrul untuk ke mana-mana.

Permulaan

  1. Keadaan kami memang hanyut masa itu. Hampir tidak pernah masuk ke kelas. Bagaimana hendak ke kelas kalau hidup macam kelawar. Malam hidup, siang tidur.
  2. Saya hampir sahaja digantung dari mengambil peperiksaan akhir. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Surat sampai ke rumah. Tetapi sedikit beruntung kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.
  3. Bila keluar keputusan peperiksaan, gred kumulatif saya teruk. Saya mula risau. Pesan ibu bapa saya, jangan setakat sampai diploma sahaja. Tapi macam mana nak lanjutkan pelajaran kalau CGPA tidak atas 3.
  4. Bersama kawan-kawan seangkatan yang lain, kami berpindah rumah. Di rumah baru kami buat peraturan. Jangan sesekali sentuh benda tu lagi. Kami pun berjanji sesama sendiri. Tambahan pula ada 2 orang daripada kami tidak terbabit. Maka kami harus menghormati mereka.
  5. Azrul tetap seperti biasa. Dia sudah seronok menjadi tokan. Saya tidak langsung cuba menasihati dia. Biarkanlah.
  6. Azrul menetap dengan kawan-kawannya di rumah sewa yang lain. Aktiviti masih diteruskan seperti biasa.
  7. Kadang-kadang dia akan datang melepak di rumah saya. Tetapi lama-kelamaan kemudian..

Pertengahan

  1. Azrul bawa kembali benda-benda lama. Kalau dulu hanyalah tumbuhan, sekarang kimia.
  2. "Bagus untuk study", katanya. Memang benar. 3 hari 3 malam tak tidur pun tak mengapa. Segar sepanjang masa.
  3. Pada mulanya saya tak selesa. Perkara lama seperti mahu berulang kembali. Benarlah jangkaan saya. Jadi lagi. Tambah-tambah ada sokongan majoriti teman serumah yang seangkatan. Leburlah janji-janji lama. Saya pun mula balik. Tak seronoklah kalau timbul perasaan kita bukan sebahagian dari kawan-kawan. Peer pressure, tahu kan?
  4. Azrul pun semakin berani bawa benda-benda yang pelik-pelik ke dalam rumah. Penimbang, paket plastik, kertas timah dll.
  5. Kadang-kadang seronok. Kadang-kadang tidak seronok. Seronoknya sebab bila kita dianggap kawan kepada orang-orang seperti ini, hormat orang luar pada kita lain macam. Macam taiko besar sahaja rasanya perasaan. Yang tak seronok, perasaan risau. Kalau kena serbu macam mana? Kawan-kawan yang tak terbabit pun boleh kena.
  6. Tapi saya teruskan juga. Tak tahu mengapa. Seronok lebih penting, yang lain tolak tepi.
  7. Lama-lama kemudian, kawan-kawan serumah yang tak ada kena mengena mula mengadu. "Apa cerita janji dulu ni?"
  8. Bila semester 6, semester terakhir di politeknik, keadaan berubah. Teman serumah yang lain mula bertegas. Azrul pun tak datang lagi ke rumah. Kalau nak buat, pergi ke tempat dia.

Pengakhiran

  1. Azrul ketika itu sudah semester 5. Tinggal satu semester lagi untuk menghabiskan pengajian.
  2. Suatu hari, sedang saya melepak di dalam rumah bersama teman-teman serumah yang lain, berita sampai dari sms.
  3. Azrul kena tangkap. Dalam milikannya ada sejumlah tumbuhan larangan dan beratnya sudah cukup untuk ke tali gantung.
  4. Saya terkejut. Memang terkejut. Tapi itulah risiko yang kita kena menerimanya bila jadi tokan. Bila nikmatnya besar, risikonya juga pasti besar. 
  5. Azrul memang berani, tapi perlukah kita menjadi berani dalam soal-soal yang merosakkan bangsa dan negara?
  6. Saya tidak pasti jika ada kawan-kawan lain yang pergi melawatnya dalam tahanan tetapi kami tidak. Nak mampus? Kalau kena soal siasat, bagaimana pula nanti kan?
  7. Tersebar juga khabar angin di kalangan kami, bila polis pergi kepada pentadbiran politeknik, mereka tidak mengaku Azrul pelajar di situ. 
  8. Habis lebur pengajiannya dari awal sampai semester 5. Dua tahun setengah menjadi sia-sia. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi.
  9. Sekarang saya sudah pun melanjutkan pelajaran di tempat saya belajar ketika ini. Saya dapat tahu, Azrul tidaklah sampai dikenakan hukuman berat. Saya tidak tahu bagaimana. Ada khabar mengatakan, dalam milikan Azrul itu bukanlah dia seorang yang punya. Jadi pihak yang berkenaan mengarahkan Azrul untuk memberitahu nama-nama yang melabur untuk membeli. Ada yang kata umur belum cukup. Saya tidak pasti.
  10. Beberapa tahun kemudian, seorang sahabat baik saya mengkhabarkan, dia berjumpa dengan Azrul di suatu negeri. Katanya Azrul dibuang daerah tetapi dilanggarnya juga. Dia pergi juga keluar dari kawasan yang sepatutnya.
  11. Saya hanya mampu mendoakan keselamatan dan kebaikan untuk Azrul, semoga suatu hari nanti dia boleh jadi seperti dirinya dahulu.
Perlukah konklusinya?

  1. Kalaulah saya tidak takut..

Friday, May 15, 2009

The Pursuit of Happiness



  1. Hari Rabu lepas, saya pulang ke kampung. Baru sahaja sampai di rumah, penat pun tidak hilang lagi, ayah saya menyuruh saya menggosok kemeja dan seluarnya termasuk juga pakaian adik saya.


  2. Terdetik juga di dalam hati, "Aii ayah, umur aku dah tua-tua camni pun kena ragging lagi?"


  3. Tetapi tanpa banyak soal, saya menurutkan sahaja.


  4. Kemudian, pagi tadi saya tergesa-gesa bersiap untuk pulang ke Perak. Tren pukul 9. Naik di Sungai Buloh, tetapi pukul 8 saya masih di rumah lagi. Masa semakin suntuk. Semua pakaian, saya sumbatkan sahaja di dalam bag. Tak sempat nak lipat. Dalam kelam-kabut itu..


  5. "Along, pergi buat susu untuk Intan..," tenang sahaja ayah memberi arahan tanpa langsung berpaling muka dari komputer ribanya.


  6. "Ya Allah ayah, aku dah tak sempat ni, suruhlah orang lain" getus hati saya di dalam hati. Tetapi saya turutkan sahaja. Nak cari botol susu satu hal lagi. Masa semakin cemburu dan ketat..


  7. Saya sudah pun sampai di tempat saya belajar ini. Layan wayang gambar sebentar. Saya mainkan filem The Pursuit of Happyness. Lakonan Will Smith. Sebenarnya ini kali kedua saya menontonnya. Walaupun mengutarakan subjek drama yang berat, tetapi penuh dengan inspirasi.


  8. Sedikit sinopsis. The Pursuit of Happyness mengisahkan tentang seorang lelaki kulit hitam yang mengharungi pelbagai cabaran di dalam hidupnya. Ditinggalkan isteri, dihalau keluar dari rumah sewa, dirampas wang simpanan kerana lewat membayar cukai, ditahan di dalam lokap, tidur di dalam bilik air keretapi bawah tanah dan lain-lain lagi keperitan hidup. Namun tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak lelakinya tidak pernah diabaikan.


  9. Tetapi pada pandangan saya, tunjang jalan ceritanya ialah bukan tentang kesusahan hidup yang dihadapi tetapi lebih kepada perjuangan dirinya untuk mendapatkan kerja di sebuah syarikat broker saham. Itu adalah misi dan matlamat utamanya.


  10. Syarat untuk menjadi agen, dia perlu bekerja (internship) selama beberapa bulan tanpa gaji. Di akhir kursus, peperiksaan penilaian akan dibuat dan hanya seorang dari berpuluh-puluh orang calon yang akan dipilih.


  11. Sikapnya sangat menyentuh hati saya. Dia seorang yang sangat bekerja kuat. Merendah diri tetapi yakin dan sangat berpegang kuat kepada prinsip, tiada siapa yang berhak mengatakan tidak bila kau yakin boleh melakukannya.

  12. Dan sikap yang ditunjukkan menjadi contoh dan teladan yang sangat baik.

  13. Saya rasa kalau saya mahu tulis semuanya, boleh jadi merosakkan mood untuk mereka yang tidak pernah menonton filem tersebut.

  14. Biarlah saya tulis yang berkaitan sahaja. Yang mempunyai hubungan dengan suasana sekarang.

  15. Dalam salah satu kelas program stockbroker, ketua kursus memberikan penerangan dan Chris Gardner memberikan tumpuan terhadap program tersebut, tiba-tiba secara suka hatinya, ketua kursus mengarahkan Chris Gradner mengambilkan air kopi untuknya. Langsung tidak berkaitan dengan program yang dijalankan.

  16. Tanpa banyak soal, Chris Gradner terus pergi mengambilkan air kopi dan dia agak tergesa-gesa kerana tidak mahu terlepas penerangan program yang dijalankan.

  17. Kemudian, sedang sibuk Chris Gardner menghubungi pelanggan, tiba-tiba ketua kursus menyuruhnya membelikan donat di luar pejabat. Sekali lagi, dia terus sahaja pergi.

  18. Suara latar membunyikan "Feeling underrated, feeling unappreciated".

  19. Dalam kisah lainnya, Chris Gardner berjaya membuat temujanji dengan seorang ketua pegawai eksekutif. Masa yang tinggal hanyalah 20 minit. Sewaktu keluar dari pejabat untuk ke tempat temujanji, Chris Gardner terserempak dengan ketua kursusnya. Dia menyuruhnya mengubah kereta yang diletakkan di luar pejabat ke tempat yang sepatutnya.

  20. Walaupun merungut, Chris Gardner menurut arahan dan dia terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.

  21. Jangkakanlah, dia tidak sempat menghadiri temu janji tersebut.

  22. Semasa saya bersekolah asrama dahulu, senior selalu menyuruh saya buat itu dan ini. Terasa macam kena buli. Tapi perkataan buli itu kita sendiri yang menganggapnya sedangkan mereka tidak. Yang mereka buat adalahlah "arahan" bukan "buli".

  23. Teringat sebuah kisah yang saya baca di dalam buku. Seorang guru menyuruh anak muridnya mencuci kereta. Anak murid itu menurut arahan. Selepas siap kereta dicuci, anak murid itu mengubah kereta ke tempat yang lebih panas agar cepat kering. Bila anak murid itu pergi kepada gurunya..

  24. "Aku suruh hang cuci kereta bukan pandai-pandai ubah kereta tu pergi tempat lain!"

  25. Bukan pujian atau terima kasih yang diterima tetapi makian.

  26. Apa kesimpulannya? Fikirkan lah sendiri. Faham tak faham, tak faham sudah.

  27. Tak suka dengan artikel saya kali ini?

  28. Seperti kata seorang sahabat baik saya "Get the hell out of my chopper now!"

p/s: Selepas ini artikel "Kenapa kau taksub sangat ni?" Tentang kisah seorang budak setahun jagung yang masih menuntut di universiti dan tidak tahu apa jasanya kepada negara tetapi sudah berani menyerang itu dan ini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Thursday, May 14, 2009

Diri Sendiri

  1. Maaflah. Ikut perancangannya, saya mahu menulis tentang "Kenapa kau taksub sangat ni?" Ia tentang Dr. Mahathir. Pemimpin yang banyak berjasa pada negara selama 22 tahun. Tetapi saya tahan dahulu artikel tentangnya. Kata tentatif bukan? hehe.


  2. Kali ini saya mahu menulis tentang diri sendiri. 100 peratus diri sendiri. Bagi peluang sekejap. Memang sebelum ini, saya ada blog lain. Blog itu memang tentang diri sendiri. Tetapi ada orang kata "Kau ini mencapap lah!" Lalu saya fikir ada benarnya juga. Jadi saya pun padam. Padam dengan perasaan yang berat.

  3. Namun saya buat blog baru. Cuba mengubah cara menulis dan isinya juga. Saya hanya mahu menulis isu-isu penting. Yang bagi saya mustahak juga. Saya juga kadang-kadang cuba berjinak-jinak menulis cerita pendek. Yang direka-reka. Untuk menguji batas kreativiti saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, bukan? Dan orang putih kata "practice makes perfect." haha.

  4. Saya juga sangat berharap. Saya tidak cuba-cuba menulis untuk mendatangkan kebencian kepada orang lain, ataupun memburuk-burukkan peribadi orang lain. Blog berbaur politik selalunya sebegitu. Memburukkan kerajaan mahupun pembangkang. Saling serang-menyerang. Mungkin itu strategi zaman sekarang. Tidak tahulah.

  5. Jadi, kalau kamu sekalian, mereka yang sudi membaca blog saya, jika tidak bersetuju dengan pandangan saya di dalam blog, ataupun terhidu unsur-unsur negatif, tegurlah. Saya memang seorang yang ego. Susah menerima pandangan orang lain. Tetapi saya akan cuba belajar untuk menerimanya dengan fikiran dan hati yang terbuka. Dan jika saya juga bersetuju dengan pendapat kalian (cewah~), mungkin saya akan mengubah isinya. Agar tidak langsung terjerumus dengan elemen-elemen tidak sihat yang menyakitkan hati orang lain yang membacanya.

  6. "Eleh..yang kau tulis tentang 'Baik Kau Blah' tu apa? Tak memburukkan orang lain ke?"

  7. Maaflah kepada mereka yang terasa. Mungkin saya menulis bercampur nafsu marah. Jadi kalau ikut nafsu, pastinya terlajak kata. Bila hawa datang, bercampur dengan nafsu bertukarlah ia menjadi emosi.

  8. Tetapi jauh di sudut hati saya. Saya menulis artikel itu kerana perasaan kasih kepada seorang sahabat. Sekurangnya-kurangnya tanggungjawab saya sebagai seorang teman lepaslah sedikit. Bukan kah kita saling diamanahkan untuk mengingat-ingati antara satu sama lain?

  9. "Kau cakap tiada siapa yang layak bagi nasihat, sekarang macam mana? Cerita macam kelinglah!"

  10. Benar! Saya berpegang kepada itu. Tetapi pada pandangan peribadi saya, nasihat datang dengan "Mutual Respect". Kita saling percaya-mempercayai. Kalau aku tak kenal kau ataupun kita jarang bersembang-sembang secara peribadi (rapat), ataupun ada satu-satu sebab yang menyebabkan tiada 'chemistry' antara kita, bagaimana kita mahu menerimanya dengan hati yang terbuka bukan? Kita bukan sempurna sangat untuk tabligh orang lain. Macamlah kau bagus sangat?!

  11. Baru-baru ini, seorang sahabat sebilik saya membunyikan ceramah-ceramah agama di dalam komputernya. Saya jarang mendengar ceramah-ceramah agama kecuali ceramah yang disampaikan oleh Guru saya. Dalam salah satu audio syarahan agama itu, diceritakan tentang gerakan Kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Cara mereka menyebarkan fahaman agama mereka ialah dengan mendapat kepercayaan terlebih dahulu. Dikisahkan ceritanya di dalam wad-wad sakit hospital. Gerakan 'missionary' ini mengambil berat keadaan pesakit. Mereka membantu keperluan-keperluan pesakit itu. Paling kurang, mendukung pesakit untuk ke tandas ataupun memandikan mereka. Lalu kerana sikap baik mereka itu, pesakit menjadi terhutang budi. Kepercayaan terbentuk. Hubungan mesra terjalin. "Mutual Respect" terbina. Selepas itu persoalannya, mustahil atau tidak untuk pesakit itu menukar fahaman agamanya? Dan penceramah itu menekankan di dalam ceramahnya "Sangat kurang pendakwah-pendakwah kita yang melakukan cara sebegitu sedangkan gerakan dan kaedah "missionary" itu mengikut nilai-nilai murni yang dianjurkan Islam. Mungkin hal ini boleh dipersoalkan. Tetapi lihatlah berapa ramai yang murtad? Belum termasuk lagi yang kafir dalam hati. (Semoga Tuhan menyelamatkan kita semua dari bahaya hilangnya iman)

  12. "Jadi sekarang apa hak kau untuk nasihatkan dia? Tulis dalam blog pulak tu! Kau ni memecah-belahkan orang la, rosak bangsa macam ni!"

  13. "Kau pun dua kali lima jugak! Main dota sampai cirit. Kena buang pengajian dua kali. Apa hak kau nak bagi nasihat?"

  14. Sekali lagi saya memohon maaf. Sangat-sangat mengharapkan kemaafan.

  15. Dan saya juga langsung tidak terniat sebelum itu untuk memanjangkan sampai ke blog.

  16. Saya benar-benar marah pada waktu itu. Tidak pernah saya memandang dirinya seperti saya memandang ke arah musuh kecuali pada masa itu.

  17. Sebagai simpulannya, begini. Katakan kau ada rumah. Ada seorang teman datang menumpang. Niatnya kerana hendak menghabiskan pengajian. Satu 'paper' je pun. Sikit je lagi sebelum kau intern dan grad. Lalu tuan rumah pun mengorbankan keselesaan. Rumah kecik. 2 orang je muat. Meja study yang sekangkang kera itu pun dibahagikan dua. Satu untuk kau dan satu untuk aku. Tidak mengapalah kerana niatnya hanya satu. Supaya kau boleh habiskan paper yang satu itu. Satu je pun. Come on lah.

  18. Tapi kau habiskan masa dengan Dota dan CS. Mengetuk-ngetuk kuat keyboard dan mouse. Sampai kawan-kawan pun cakap "bahagianya hidup kau". Aku senyap je satu sem walaupun kadang-kadang aku cakap jugak.."Passion kau main game tu kalau diconvert passion ke study, mesti power gila laa.." Dan kau balas balik.

  19. "Nikmat study tak sama dengan nikmat main dota.."

  20. Aku cuma mampu diam. Siapa aku nak berlebih-lebih. Aku pun cirit dota jugak. Dia tu senior. Abang pula tu. Tua aku bertahun-tahun kut.

  21. Tetapi lama-lama aku rasa bersalah jugak. Bersalah kerana sebagai kawan, aku langsung tak buat apa-apa. Nak masuk syurga sorang-sorang, nak masuk neraka tarik orang.

  22. Hujung sem kita slow talk. Aku meluahkan perasaan aku. Kau pun sama. Kita saling berbincang. Aku pun declare "Next sem ko gi intern, kalau kau ada lagi kat sini, aku halau." Kau pun nampaknya paham. Sekurang-kurangnya tak main game dalam bilik aku dan menyiapkan kerja-kerja akhir. Alhamdu Lillah.

  23. Tapi..

  24. Next sem kau ada lagi! Fail lagi! Datang lepak bilik aku lagi. Tak mengapalah. Kali ini kau buatlah betul-betul. Aku takde hal kalau kau nak tumpang satu sem lagi. Sahabat mesti tolong sahabat. Kau pun banyak jasa. Aku kenang semua itu.

  25. Cuma sentap sikitlah kau balas dengan tuba. Kau main game lagi. Kalau sekejap-kejap takpelah jugak. Selang dengan study tu sekali. Tapi bila orang tidur kau main game, bila orang bangun kau masih game lagi. Kau ni ada tenaga jin ke apa? Hebatlah.

  26. Sebulan pertama boleh tahan lagi. Next month hanya aku dan engkau sahaja yang tahu apa jadinya.

  27. Jadi sebab sebenar aku panjangkan sampai ke blog? Sebab aku lalu blog kau. Kau burukkan nama syarikat minyak penyumbang terbesar cukai negara. Kau marah mereka bina itu dan ini, kaya gila tetapi kenapa biasiswa kau kena tarik? Kau merungut. Kau mendatangkan kebencian, salah paham dan kekeliruan kepada orang luar. Sedangkan ikut logik akal yang waras, kalau kau study, boleh ke mereka tarik balik biasiswa?

  28. Bila orang menghasut orang yang lain, mematuk macam ular, maaflah aku kena pertahankan. Aku bukan nak bodek-bodek syarikat minyak tu, aku bukan scolar. Aku PTPTN je. SPM tak sehebat kau. Sekolah ceruk kampung. Pusat komunis dulu kampung tu. Bahasa omputih pun aku tak pandai sampai sekarang. Best student in the state? Jangan mimpilah aku. Nak mengharap kerja dengan mereka? Haha.

  29. Aku tulis dalam "Baik Kau Blah III", aku tak mahu fikir lagi. Noktah. Cukuplah. Tapi aku tulis lagi. Munafik betul aku ni. Terpaksa redha je lah kalau orang cap aku sebegitu. Mungkin benar juga. Aku kena check diri aku sendiri. Marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik walaupun perlahan.

  30. Cuma janganlah cap aku pemecah belah bangsa, walaupun tidak secara langsung, kinayah sahaja bunyinya.

  31. Sentap sedikitlah.

  32. Emosi?

  33. You bet it!


p/s: Lepas ni aku nak tulis pasal filem "The Pursuit of Happyness". Ditujukan khas untuk adik-adik yang merasa sentap kena suruh itu dan ini oleh abang-abang dan kakak-kakak. Mereka bukan suka-suka suruh itu dan ini untuk kepentingan peribadi, ada sebabnya. Tetapi kalau masih tak dapat menerima, terpulanglah. Jangan jadi ular cukuplah. Pantang itu!



6.22 pagi.
Kay-Ell.