Sunday, May 17, 2009

Sahabat

Mukadimah

  1. Semasa saya bersekolah di tingkatan 3, saya mengenali seorang kenalan bernama Azrul (bukan nama sebenar). Kami tidaklah terlalu rapat kerana dia seorang yang pendiam dan tidak selalu lepak bersama kami kawan-kawan yang lain.
  2. Kemudian bila di Tingkatan 4, saya bertukar ke sekolah teknik meninggalkan sekolah kebangsaan.
  3. Saya hampir melupakan tentang Azrul.
  4. Namun bila saya berada semester 2 di salah sebuah politeknik tertua di Malaysia, saya kembali bertemu dengan Azrul. Dia baru sahaja berada di dalam semester pertama.
  5. Tetapi karakter Azrul sudah sedikit banyak berubah daripada apa yang saya kenali dia beberapa tahun dahulu.
  6. Dia tidak lagi pendiam. Sudah mempunyai ramai kawan dan nakal seperti kami yang lain-lain.
  7. Beberapa semester kemudian, kenakalan kami bertambah menjadi sesuatu yang berat. Tidak perlulah saya jelaskan apa yang beratnya tetapi ia sedikit melanggar undang-undang.
  8. Azrul menjadi bertambah hebat lagi bila dia sudah sampai ke peringkat tokan (pembekal). Saya mula tidak sedap hati.
  9. Cuma agak seronok bila kawan sendiri menjadi tokan. Pengaruh besar. Tiada siapa yang berani kacau. Duit tidak pernah kering. Malah saya masuk ke kelab malam dengan percuma kerana ditanggung sepenuhnya oleh Azrul. Oleh kerana saya ada kereta pada masa itu, mudah bagi Azrul untuk ke mana-mana.

Permulaan

  1. Keadaan kami memang hanyut masa itu. Hampir tidak pernah masuk ke kelas. Bagaimana hendak ke kelas kalau hidup macam kelawar. Malam hidup, siang tidur.
  2. Saya hampir sahaja digantung dari mengambil peperiksaan akhir. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Surat sampai ke rumah. Tetapi sedikit beruntung kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.
  3. Bila keluar keputusan peperiksaan, gred kumulatif saya teruk. Saya mula risau. Pesan ibu bapa saya, jangan setakat sampai diploma sahaja. Tapi macam mana nak lanjutkan pelajaran kalau CGPA tidak atas 3.
  4. Bersama kawan-kawan seangkatan yang lain, kami berpindah rumah. Di rumah baru kami buat peraturan. Jangan sesekali sentuh benda tu lagi. Kami pun berjanji sesama sendiri. Tambahan pula ada 2 orang daripada kami tidak terbabit. Maka kami harus menghormati mereka.
  5. Azrul tetap seperti biasa. Dia sudah seronok menjadi tokan. Saya tidak langsung cuba menasihati dia. Biarkanlah.
  6. Azrul menetap dengan kawan-kawannya di rumah sewa yang lain. Aktiviti masih diteruskan seperti biasa.
  7. Kadang-kadang dia akan datang melepak di rumah saya. Tetapi lama-kelamaan kemudian..

Pertengahan

  1. Azrul bawa kembali benda-benda lama. Kalau dulu hanyalah tumbuhan, sekarang kimia.
  2. "Bagus untuk study", katanya. Memang benar. 3 hari 3 malam tak tidur pun tak mengapa. Segar sepanjang masa.
  3. Pada mulanya saya tak selesa. Perkara lama seperti mahu berulang kembali. Benarlah jangkaan saya. Jadi lagi. Tambah-tambah ada sokongan majoriti teman serumah yang seangkatan. Leburlah janji-janji lama. Saya pun mula balik. Tak seronoklah kalau timbul perasaan kita bukan sebahagian dari kawan-kawan. Peer pressure, tahu kan?
  4. Azrul pun semakin berani bawa benda-benda yang pelik-pelik ke dalam rumah. Penimbang, paket plastik, kertas timah dll.
  5. Kadang-kadang seronok. Kadang-kadang tidak seronok. Seronoknya sebab bila kita dianggap kawan kepada orang-orang seperti ini, hormat orang luar pada kita lain macam. Macam taiko besar sahaja rasanya perasaan. Yang tak seronok, perasaan risau. Kalau kena serbu macam mana? Kawan-kawan yang tak terbabit pun boleh kena.
  6. Tapi saya teruskan juga. Tak tahu mengapa. Seronok lebih penting, yang lain tolak tepi.
  7. Lama-lama kemudian, kawan-kawan serumah yang tak ada kena mengena mula mengadu. "Apa cerita janji dulu ni?"
  8. Bila semester 6, semester terakhir di politeknik, keadaan berubah. Teman serumah yang lain mula bertegas. Azrul pun tak datang lagi ke rumah. Kalau nak buat, pergi ke tempat dia.

Pengakhiran

  1. Azrul ketika itu sudah semester 5. Tinggal satu semester lagi untuk menghabiskan pengajian.
  2. Suatu hari, sedang saya melepak di dalam rumah bersama teman-teman serumah yang lain, berita sampai dari sms.
  3. Azrul kena tangkap. Dalam milikannya ada sejumlah tumbuhan larangan dan beratnya sudah cukup untuk ke tali gantung.
  4. Saya terkejut. Memang terkejut. Tapi itulah risiko yang kita kena menerimanya bila jadi tokan. Bila nikmatnya besar, risikonya juga pasti besar. 
  5. Azrul memang berani, tapi perlukah kita menjadi berani dalam soal-soal yang merosakkan bangsa dan negara?
  6. Saya tidak pasti jika ada kawan-kawan lain yang pergi melawatnya dalam tahanan tetapi kami tidak. Nak mampus? Kalau kena soal siasat, bagaimana pula nanti kan?
  7. Tersebar juga khabar angin di kalangan kami, bila polis pergi kepada pentadbiran politeknik, mereka tidak mengaku Azrul pelajar di situ. 
  8. Habis lebur pengajiannya dari awal sampai semester 5. Dua tahun setengah menjadi sia-sia. Hanya tinggal satu semester sahaja lagi.
  9. Sekarang saya sudah pun melanjutkan pelajaran di tempat saya belajar ketika ini. Saya dapat tahu, Azrul tidaklah sampai dikenakan hukuman berat. Saya tidak tahu bagaimana. Ada khabar mengatakan, dalam milikan Azrul itu bukanlah dia seorang yang punya. Jadi pihak yang berkenaan mengarahkan Azrul untuk memberitahu nama-nama yang melabur untuk membeli. Ada yang kata umur belum cukup. Saya tidak pasti.
  10. Beberapa tahun kemudian, seorang sahabat baik saya mengkhabarkan, dia berjumpa dengan Azrul di suatu negeri. Katanya Azrul dibuang daerah tetapi dilanggarnya juga. Dia pergi juga keluar dari kawasan yang sepatutnya.
  11. Saya hanya mampu mendoakan keselamatan dan kebaikan untuk Azrul, semoga suatu hari nanti dia boleh jadi seperti dirinya dahulu.
Perlukah konklusinya?

  1. Kalaulah saya tidak takut..

Related Posts by Categories



6 comments:

simah said...

xsabar tgu nex post! :D

u have explain to me this once in real life. and now im reading it with your words.im hoping i would not caught this in your action plak.

:D

p/s: aku juge nakal dahulu.

eVy-D-YaNa said...

have listened too~ :)

fishies said...

mau tunggu post seterusnya!

iley said...

pelik betul la kau tulis blog..
tapi aku suke.
bagus2...

Ili Khalil said...

ini story betul kau?

chillsberry said...

sima: aku tak nakal, aku baik lagi warak :D

evy: yes.

kierah: i bet u've it now.

ili aqilah: u should ask my friends, i'm weirdo than this :)

ili syazwani: 99% tipu, 1% je benar :D