- Hari Rabu lepas, saya pulang ke kampung. Baru sahaja sampai di rumah, penat pun tidak hilang lagi, ayah saya menyuruh saya menggosok kemeja dan seluarnya termasuk juga pakaian adik saya.
- Terdetik juga di dalam hati, "Aii ayah, umur aku dah tua-tua camni pun kena ragging lagi?"
- Tetapi tanpa banyak soal, saya menurutkan sahaja.
- Kemudian, pagi tadi saya tergesa-gesa bersiap untuk pulang ke Perak. Tren pukul 9. Naik di Sungai Buloh, tetapi pukul 8 saya masih di rumah lagi. Masa semakin suntuk. Semua pakaian, saya sumbatkan sahaja di dalam bag. Tak sempat nak lipat. Dalam kelam-kabut itu..
- "Along, pergi buat susu untuk Intan..," tenang sahaja ayah memberi arahan tanpa langsung berpaling muka dari komputer ribanya.
- "Ya Allah ayah, aku dah tak sempat ni, suruhlah orang lain" getus hati saya di dalam hati. Tetapi saya turutkan sahaja. Nak cari botol susu satu hal lagi. Masa semakin cemburu dan ketat..
- Saya sudah pun sampai di tempat saya belajar ini. Layan wayang gambar sebentar. Saya mainkan filem The Pursuit of Happyness. Lakonan Will Smith. Sebenarnya ini kali kedua saya menontonnya. Walaupun mengutarakan subjek drama yang berat, tetapi penuh dengan inspirasi.
- Sedikit sinopsis. The Pursuit of Happyness mengisahkan tentang seorang lelaki kulit hitam yang mengharungi pelbagai cabaran di dalam hidupnya. Ditinggalkan isteri, dihalau keluar dari rumah sewa, dirampas wang simpanan kerana lewat membayar cukai, ditahan di dalam lokap, tidur di dalam bilik air keretapi bawah tanah dan lain-lain lagi keperitan hidup. Namun tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak lelakinya tidak pernah diabaikan.
- Tetapi pada pandangan saya, tunjang jalan ceritanya ialah bukan tentang kesusahan hidup yang dihadapi tetapi lebih kepada perjuangan dirinya untuk mendapatkan kerja di sebuah syarikat broker saham. Itu adalah misi dan matlamat utamanya.
- Syarat untuk menjadi agen, dia perlu bekerja (internship) selama beberapa bulan tanpa gaji. Di akhir kursus, peperiksaan penilaian akan dibuat dan hanya seorang dari berpuluh-puluh orang calon yang akan dipilih.
- Sikapnya sangat menyentuh hati saya. Dia seorang yang sangat bekerja kuat. Merendah diri tetapi yakin dan sangat berpegang kuat kepada prinsip, tiada siapa yang berhak mengatakan tidak bila kau yakin boleh melakukannya.
- Dan sikap yang ditunjukkan menjadi contoh dan teladan yang sangat baik.
- Saya rasa kalau saya mahu tulis semuanya, boleh jadi merosakkan mood untuk mereka yang tidak pernah menonton filem tersebut.
- Biarlah saya tulis yang berkaitan sahaja. Yang mempunyai hubungan dengan suasana sekarang.
- Dalam salah satu kelas program stockbroker, ketua kursus memberikan penerangan dan Chris Gardner memberikan tumpuan terhadap program tersebut, tiba-tiba secara suka hatinya, ketua kursus mengarahkan Chris Gradner mengambilkan air kopi untuknya. Langsung tidak berkaitan dengan program yang dijalankan.
- Tanpa banyak soal, Chris Gradner terus pergi mengambilkan air kopi dan dia agak tergesa-gesa kerana tidak mahu terlepas penerangan program yang dijalankan.
- Kemudian, sedang sibuk Chris Gardner menghubungi pelanggan, tiba-tiba ketua kursus menyuruhnya membelikan donat di luar pejabat. Sekali lagi, dia terus sahaja pergi.
- Suara latar membunyikan "Feeling underrated, feeling unappreciated".
- Dalam kisah lainnya, Chris Gardner berjaya membuat temujanji dengan seorang ketua pegawai eksekutif. Masa yang tinggal hanyalah 20 minit. Sewaktu keluar dari pejabat untuk ke tempat temujanji, Chris Gardner terserempak dengan ketua kursusnya. Dia menyuruhnya mengubah kereta yang diletakkan di luar pejabat ke tempat yang sepatutnya.
- Walaupun merungut, Chris Gardner menurut arahan dan dia terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.
- Jangkakanlah, dia tidak sempat menghadiri temu janji tersebut.
- Semasa saya bersekolah asrama dahulu, senior selalu menyuruh saya buat itu dan ini. Terasa macam kena buli. Tapi perkataan buli itu kita sendiri yang menganggapnya sedangkan mereka tidak. Yang mereka buat adalahlah "arahan" bukan "buli".
- Teringat sebuah kisah yang saya baca di dalam buku. Seorang guru menyuruh anak muridnya mencuci kereta. Anak murid itu menurut arahan. Selepas siap kereta dicuci, anak murid itu mengubah kereta ke tempat yang lebih panas agar cepat kering. Bila anak murid itu pergi kepada gurunya..
- "Aku suruh hang cuci kereta bukan pandai-pandai ubah kereta tu pergi tempat lain!"
- Bukan pujian atau terima kasih yang diterima tetapi makian.
- Apa kesimpulannya? Fikirkan lah sendiri. Faham tak faham, tak faham sudah.
- Tak suka dengan artikel saya kali ini?
- Seperti kata seorang sahabat baik saya "Get the hell out of my chopper now!"
p/s: Selepas ini artikel "Kenapa kau taksub sangat ni?" Tentang kisah seorang budak setahun jagung yang masih menuntut di universiti dan tidak tahu apa jasanya kepada negara tetapi sudah berani menyerang itu dan ini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
9 comments:
menanti post seterusnya..tajuk da menarik ^^
pada awalnya saya menganggap memberi arahan lebih senang dari menerima arahan.tetapi setelah berada dalam situasi yang memerlukan saya memberi arahan,nyata tanggapan tersebut jauh tersasar.
situation understood~ :)
bukan senang nak jadi pemimpin kan kord? nak puaskan hati semua orang..nak buat keputusan tak popular..nak cari idea majukan perkara yang dipimpin..phew. memang perit. belum masuk lagi kena tanggung dan jawab esok. sakit pale. dalam nikmat2 tu ada balanya..all the best kord.
sya..........
(tak tau nak cakap cemane.. huhu..)
mcm ku tau je kisah murid mencuci kereta tu..hmm..smakin tinggi pemahaman sahabatku ini..
angah. aku petik je kisah tu. pemahaman biasa2. banyak tak tau. mintak tunjuk ajar angah.
aku suke muvi pursuit of happyness. menangis dlm wayang. :D
life aint easy riteee;
:D
wa.. abg amin,
ader sedikit terasa..
cam terkena pada diri sendiri jerp..
nampak nyer kena
berubahlah nie la sikit-sikit..
mintak tunjuk ajar abg2 n kakak2.
=)
Post a Comment