- Dulu saya suka wanita yang bertudung dan kurang gemar pada yang tidak. Waktu itu saya selalu melihat mereka yang bertudung itu, sesuatu yang mempesonakan. Dan saya percaya, mereka ini pandai menjaga kehormatan dari lelaki-lelaki liar seperti saya ahah. Ciptaan Tuhan yang indah dan ayu, ditutup pula kepalanya. Tolong, saya tidak bercakap dari segi hukum. Saya melihatnya dari sudut kecantikan dan sifat personaliti. Maksud saya, mereka yang bertudung itu lebih cantik dari mereka yang tidak. Labih anggun dan ya, menambah daya pemikat pada pemakai. Saya tidak bermaksud mengatakan mereka yang tidak bertudung itu, tidak cantik. Wanita mana yang tidak cantik? Kalau ditanya pada saya sebagai seorang lelaki, ya mereka memang dilahirkan cantik. Cantik adalah sesuatu yang subjektif, bukan? Terpulang pada tafsiran masing-masing.
- Dan ada yang berkata, tudung itu wajib. Saya tidak menafikannya. Hukum adalah hukum. Itu seperti apa yang ditanam pada saya sejak kecil. Tapi saya juga percaya, apalah gunanya hukum pada seorang perempuan yang bertudung tetapi terpaksa melakukannya. Sesuatu yang tidak datang dari hati, akan kecundang juga akhirnya. Lalu didikan yang berterusan itulah yang terbaik. Lalu adakah kita akan membenarkan mereka yang tidak mahu bertudung, tidak bertudung? Saya bukan seorang perempuan, namun saya percaya, wanita yang normal akan menyerahkan dirinya pada dua entiti sepanjang hayatnya. Keluarga dan seterusnya suami. Terpulang pada mereka ini untuk menentukan. Lalu mungkin kerana itu, ada pendapat yang mengatakan dosa si anak perempuan yang belum berkahwin, tertanggung pada keluarganya. Dosa si isteri, tertanggung pada suaminya.
- Lalu kalau ditanya pada saya, bagaimana kamu? Saya tidak menghalang adik-adik perempuan saya untuk tidak bertudung, ayah juga tidak menghalang. Mungkin ada yang berkata “Ke nerakalah kamu nanti!” Saya tidak pasti, jika saya kuat beramal pun, adakah saya akan ke syurga? Adakah layak saya ini untuk ke sana? Tetapi mampukah saya di neraka? Selamat di dunia dan balik ke sana, cukuplah buat saya. Satu-satunya harapan yang saya ada. Namun saya bernasib baik, adik-adik perempuan saya bertudung. Kira terlepaslah, bukan?
- Dan kalau ada yang bertanya lagi, “Bagaimana dengan bakal isterimu nanti? Apakah pilihan?” Saya tidak pasti. Dulu ya, kalau boleh biarlah yang bertudung. Kerana mereka sangat cantik. Geram saya dibuatnya ahah. Tetapi kalau ditetapkan dengan mereka yang tidak, apalah salahnya? Kalau hati sudah suka, semuanya boleh jalan sahaja. Dan saya tidak menghalang. Jika mahu atau tidak bertudung, terpulang pada hatinya. Biarlah kerana kehendak diri, bukan terpaksa. Cukuplah jika saya dapat merasa perasaan melindungi dan menyayangi dirinya seadanya.
- Dan mungkin, ada yang akan berkata lagi, “Ahh tadi kamu katakan yang bertudung itu pandai menjaga kehormatan diri, bagaimana sekarang?” Saya silap. Saya khilaf. Siapalah saya untuk menghakimi mereka yang tidak bertudung bukan? Kita semua sama sahaja. Baik yang bertudung atau tidak, semuanya ada perasaan liar di dalam diri masing-masing. Tepuklah hati. Lihat diri sendiri.
- Dan sebelum saya menamatkan coretan, biarlah dijelaskan, saya bukanlah lelaki yang baik dan cantik moralnya. Ramai yang berkata, saya begini dan begini. Saya tidak menafikannya. Malah kalau diletak wanita yang tidak ada seurat benang di hadapan saya, saya tidak pasti, mampukah saya untuk menahannya. Lalu saya ini jahil, jika ada yang salah pada tulisan ini, maafkanlah dan betulkanlah dengan caranya.
- Oh ya, saya masih mencari Solehah. Tolong saya ya.
Wednesday, September 24, 2008
Cantik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
owh ;)
sebelum menghakimi orang laen, marilah menilai diri sendiri dulu.
entah-entah, kite pon dua kali lima.
p.s - muhasabah diri.
saya suka tgk awek, bertudung ataupun tidak.
suara hati sape ni? haha
u are right chuna!
ashkam, mumbling ke? haha
wow..hebat nukilan ni..tp sebnrnya pendpt 2 adlh tepat sekali..sy doakan moga2 kamu mendpt wanita yg solehah..amin..
TQ ;)
Post a Comment