
- Saya tertarik untuk memetik sebahagian ayat dari blog Soppy di bawah tajuk "Ditagged oleh Kish". Kata Soppy dalam blognya itu, "Dan aku sangat benci jamban duduk."
- Teringat pula sahabat baik saya yang juga orangnya tidak suka dengan jamban duduk apatah lagi menggunakan tisu.
- Bagaimana dia meluahkan perasaannya kepada saya, sewaktu menjalani latihan industri di bangunan berkembar milik syarikat gergasi negara.
- Katanya, jamban-jamban di situ semuanya menggunakan air yang dipancut dari dalam, dan kebanyakkannya jamban duduk. Kalau ada tandas cangkung, daripada 10 mungkin hanya 1.
- Bagaimana dia terasa sukar untuk membuang air besar di sana. Oleh kerana tidak terbiasa dengan keadaan sebegitu, dia terpaksa berjalan kaki tergesa-gesa menuju ke tandas LRT. Oleh kerana dirinya ada pas bulanan, maka keluar masuk tidak menjadi masalah. Di situ ada tandas cangkung dan yang pentingnya sekali, air tak dipancut dari dalam. Deras juga airnya di situ. Terasa yakin suci. "Ini baru selesa!" katanya kepada saya.
- Bukan tidak pernah mencuba, tapi sangat sukar dan fikiran tidak tenang selepas menggunakannya. Was-was.
- Namun selepas dua ke tiga bulan berlari-lari anak turun dari tingkat lima dan bergerak sejauh lebih kurang 800m setiap kali sakit perut, terpaksa juga memaksakan diri menghilangkan was-was menggunakan tandas sebegitu. Itupun selepas mendapat tunjuk ajar dari kakitangan yang telah lama bekerja di situ.
- Ujar mereka, "kat level 4, ada library, situ ada tandas baik punya. Kau masuk amek bilik last skali."
- Terkenang pula ajaran Docmat. Sewaktu dia menuntut di luar negara, bagaimana pihak pengurusan universitinya selalu merungut, perihal jamban duduk yang terpaksa ditukar ganti selalu. Kebanyakkan pelajar Asia sudah biasa menggunakan tandas cangkung. Lalu kerana itu, walaupun disediakan jamban duduk, mereka tetap naik ke atasnya dan mencangkung. Jamban duduk menjadi rosak. Terpaksalah ditampal notis supaya menggunakan jamban duduk dengan betul, jangan mencangkung!
- Ahhh jamban. Ada kaitan ke dengan budaya?