Tuesday, July 28, 2009

Bahasa: Sains dan Matematik

Kita semua tahu, sekolah tempat untuk menimba ilmu. Telah ditakdirkan, menimba ilmu bukan senang. Tidak semudah minum air suam di pagi hari. Tidak kira orang bijak, orang pandai ataupun yang kurang cerdik, semuanya memerlukan usaha untuk menguasai ilmu. Tiada jalan pintas dalam menguasai ilmu, bukan?

Kita juga selalu mendengar, individu-individu yang berjaya di Malaysia ini, hampir keseluruhannya berasal dari kehidupan yang susah dan kadang-kala memeritkan. Dan hampir kesemuanya berasal dari daerah terpencil dan kampung-kampung yang kemudahannya tidak setaraf dengan di bandar. Di sebalik kemudahan yang terhad, kehidupan yang tidak menentu dan jerih keringat, mereka akhirnya adalah mereka pada hari ini. Kita tidak tahu apa rahsia kejayaan mereka. Tetapi kita semua tahu ungkapan ini "tiada kejayaan tanpa usaha."

Jadi apabila melihat bilangan pelajar luar bandar yang merosot dalam penguasaan Sains dan Matematik, menjadi sangat mengecewakan. Menjadi tanda tanya adakah pelajar luar bandar sudah semakin malas dan tidak mahu berusaha? Ataupun mereka menjadi tidak bermaya kerana diberi cabaran baru, menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?

"Apa cita-cita adik?"
"Saya nak jadi penyanyi bang!"
"Kenapa?'
"Saya nak ubah kehidupan keluarga saya, mereka orang susah."
"Macam mana adik nak capai cita-cita adik tu?"
"Akademi Fantasia, One In A Million, Mentor, LG MyStarz...bla bla bla bla..."

"Bluerghhhh!!!...zzz"

Related Posts by Categories



4 comments:

angah`izza said...

Salam..boy,dh abis study kn?dh keje ke?lama x dgr kabar.btw, trus kan m'update blog yer..i laike~

eVy-D-YaNa said...

tu realiti skrg kn..
remaja2 skrg ada perspektif pemikiran yg sgt mudah n utk jgka masa pendek..
smua nk kaya cepat tp tak nak cari ilmu byk2 yg semestinya berguna pd msa dpn...huhu~
dan kebanyakan yg berpandangan mcm ni dah tentulah anak MELAYU...huhu~

p/s: mlm ni demo kt utp~ :)

asotoko said...

setuju dan suka dgn yg ini --> "Tidak kira orang bijak, orang pandai ataupun yang kurang cerdik, semuanya memerlukan usaha untuk menguasai ilmu. Tiada jalan pintas dalam menguasai ilmu, bukan?"

dan

terlalu banyak hiburan realiti yg disogokkan kepada penonton..
lepas satu, satu.. tak sudah2..

amin, nak pinjam kata2 hang tu.. nak taruk kat blog.

Nur Amin Makhtar said...

angah: blom kerja secara rasmi. tlg family utk smentara waktu. terima kasih angah.

evy: definitely true!

asotoko: sila2. takde masalah.