Tuesday, August 18, 2009

Tamat

Saat dilahirkan,
Mengecapi indahnya cahaya,
Dalam dimensi fana,
Sebuah kehidupan.

Seperti Adam,
Ditelanjangkan,
Dibuang ke dunia,
Meninggalkan syurga,
Kecapi nikmat tanpa usaha.
Menangis,
Sejuk,
Rengekan dalam dambaan sebuah pelukan.

Teriakan esak,
Sempurna,
Menjadi bukti,
Jayanya cantuman,
Ibu,
Ayah dan rahsia keturunan.

Perlahan-lahan,
Mula melupakan,
Janji manis pada Tuhan.

Saat membesar,
Dididik,
Baca,
Tulis dan kira,
Segala ilmu kenal alam,
Tiada penghujung,
Bak dalamnya lautan.

Apa guna belajar?
Jika esok hari kita mati.
Apa guna bersusah-susah?
Jika datang kiamat kemudian hari.
Apa guna menguasai ilmu?
Jika ilmu itu milik Yahudi.

Setiap yang bermula,
Pasti ada penamatnya,
Setiap yang hebat,
Pasti ada keputusannya.

Yang hidup,
Akan mati,
Yang belajar,
Ada gulungan buktinya,
Kalau tak sudah-sudah penamatnya,
Maka tipulah guru yang mengajar,
Sia-sia penat lelah.

Namun,
Ada sesuatu tidak boleh ditamatkan,
Tidak boleh dimatikan,
Tidak boleh dimansuhkan,
Infiniti ruang masa,
Walau kita telah kembali kepada sang Pencipta,
Walau kita telah menguasai ilmu sehebat-hebatnya,
Walau kita telah capai,
Apa yang disasarkan,
Buat selama-lamanya.

Ya,
Perjuangan.
Jangan kita cepat lentur.
Untuk kesinambungan,
Kelansungan,
Anak cucu kita kemudian hari.

Dengan izin Tuhan..

Syukur Tuhan.
Terima kasih Guru.
Terima kasih Ibu.
Terima kasih Ayah.
Terima kasih sahabat.

Kerana hari bersejarah.
Pada saat ini.
Pada ketika ini.
Pada bulan ini.
Pada tahun ini.


Ya. Hari bersejarah kena bergembira sedikit.

Related Posts by Categories



9 comments:

eVy-D-YaNa said...

TAHNIAH~

eVy-D-YaNa said...

eh, mana gambar grad? nk tgk...huhu~

Nur Amin Makhtar said...

tq evy. gambar grad tampal kat dinding umah. hehe.

eVy-D-YaNa said...

ala...tak aci la ltak kt umah ja...nk tgk jgk...huhu~ ;P

angah`izza said...

rs cam dh komen smalam, tp xde lak kt cni...musyhkill..~

btw,
CONGRATS sahabat..
akhirnya bergerlar graduan UTP =)
pasni cr keje baik, balas jasa ibu+ayah, kumpul $ bantu famili& adik2 pastu bole kawen..~

try le test market kt cni:
http://www.tmcareer.com.my/

apply tau,maner tau ade rezki nnt, insya ALLAH..

p/s:andaikata ade rezki, tm panggil i'view, halo2 la kt angah..

Nur Amin Makhtar said...

evy: insyaAllah nanti.

angah: terima kasih. ko ngan azwad dok mana skrang ngah?

angah`izza said...

kami dh jd org labuan skang ni..dh setahun pun
tp angah+anak dh blk kl bln 4 ritu.angah dpt keje kt tm kelana jaya.so, wat ms ni angah-azwad pjj(p'kahwinan jarak jauh).
sedehh giler x bes!; sementara angah nk dpt tukar ke TM labuan.
p/s: azwad blk cni 24/8 ni, b'krsus di Kuantan smp bln 10 =)

farah_farhan said...

sampai ke blog ini.. nice write up.. :)

ouh abg amin da grad.. soryyy terlupaa...

congratulation on ur graduation abg amin!!!!!!

^!~ DuCk ~!^ said...

nk komen gambar je..~! nice one beb.. huu..